About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Friday, June 7, 2013

Saya Sombong, Saya Cuma Nak Tunjuk Baik

Negatifnya tajuk! Yup, dan yang menerima tuduhan sebegitu, sangatlah sulit menerimanya dengan fikiran yang positif. 

Ye, mengaku. I sombong. Dah orang nak tuduh I sombong, what can i do. Dia ada mulut untuk bersuara. Ada jari untuk menaip mesej. Benda bukan boleh nak simply erase. Kan? "Kalau tidak berada-ada takkan tempua bersarang rendah". Kalau tak bersebab, takkan suka-suka nak menyombong bagai. Lagi pula, tidak ada kewajaran lagi untuk beramah mesra. 

Sebab nombor 1, kalau dah namanya laki orang tu..selamanya dengan sikap "laki orang". Kalau mengayat, mesti ada maknanya. Kalau baik, mesti ada tujuannya. Tak payah disebut, dan tidak wajar disebut atau diungkit pun kata-kata beliau yang berkisah tentang isterinya, diburukkan di hadapan perempuan lain..(perempuan lain tu takde lain..yang menulis ni). Kalau diikutkan jahat hati ni, nak saja I pi mengadu kat si isteri tu, biar tahu belang atau tompok-tompok gatal sang suami.

Sebab nombor 2, tiada motif, tiada objektif, tiada misi mahupun visi, juga tiada kepentingan pun melayan lelaki berstatus "suami orang". Kau nak harap apa? Jadi bini nombor 2..?? Haha...lawak akhir zaman. Kalau betul nak dijadikan isteri, bertahun dulu dah buat. Dah lama I kasi green light. Takkan tak faham-faham lagi. Kata berpengalaman sangat, banyak makan garam. Bahasa tanpa kiasan..dah sound-direct pun kalau tak faham, tak dapek den nolong yer.

Sebab nombor 3, mesej yang tidak berbalas tu ibarat timbal balik. Apa yang pernah dibuat pada 'perempuan' ni suatu masa dulu, sekarang 'perempuan' ni buat balik kat dia. Bukan niat at the first place untuk balas dendam...naturally happens, tak berminat nak melayan mesej lagi. Sibuk. Dulu pun bagi alasan yang sama kannnnn.

Sebab nombor 4, "suami orang" itu sudah tiada dalam hati ini lagi. Di saat berada dalam hati, buat tak layan. Sekarang dah tak ada, tak perlu mengendeng lagi. Sedangkan pantai lagikan berubah. Habis cerita. 






Perempuan, at my age, terpaksa mengakui hakikat. Calon-calon jodoh yang datang bukan lagi dari kategori bujang. Yang ada cuma duda. Paling kerap suami orang. Sekarang...I kata sekarang...dua kali ditekan perkataan SEKARANG, I PUN TAK MAU SUAMI ORANG. Tak dinafikan, perasaan MELUAT itu tiba-tiba hadir. Putaran kisahnya sama. Tak berakhir ke mana. Fed-up. Give-up. Namun, siapa kita menolak ketentuan dariNya. Kan? DULU dengan SEKARANG....TIDAK SAMA.






Tak layan suami orang, sombong dan garang tak bertempat dengan lelaki....tiba-tiba ADA YANG BUKAN SUAMI ORANG YANG TAK ADA KENA MENGENA DENGAN INI CERITA menuduh kita nak tunjuk baik pulak. Susah kan. Mentang-mentang dia tahu sikit kisah hidup kita, diandaikan segenap ceruk kain sarung kita dia tau. Hebat. 

Begitu banyaknya ragam manusia yang serba tak sempurna ini. Bila kita layan, dikatanya perempuan miang, perempuan gatal, soooo cheap, mudah kena ayat, mudah digoda ayat manis, cepat cair, desperate. Semua lah yang tak baik. Bila tak layan, dikatanya kita sombong. Aik, sombong dengan yang "tak patut" pun salah.

I ni tengah exam week. Sebolehnya tak mau berpatah arang, berkerat rotan. Baru je mintak ampun dan maap segala. Tapi, di sebalik kesabaran dan 'kesenyapan' I ni, janganlah pulak dieksploitasikan dan cuba mengambil kesempatan. Jangan mengumpan I dengan komen provokasi. Ia tak pernah membuatkan I rasa kagum. Annoying ada la! Berhentilah melontarkan kata-kata tajam, manusia ni sabarnya ada limit. Kalau tak mahu diaibkan, jangan pulak membuka aib orang. "Tahu yang sedikit itu bukan cerminan seluruh diri." Berdakwah ada caranya. Komen pedas bukan sebahagian cara dakwah. Lain padang lain belalang, lain orang lain ragam. Apa pulak perasaannya kalau diri sendiri dituduh cuba nak "tunjuk baik"? Bagaimana rasanya? Pedih tak...? Kita tak mungkin tahu apa yang tersirat dalam hati orang lain...belajar lah jadi insan lembut hati dari terus menjadi insan yang tak putus dengan lontaran kata keji. Kita bukan maksum. Takkan lah yang silap tak boleh diperbetulkan. Yang buruk tak boleh diperelokkan. Tak ada ruang kah untuk insan berdosa cuba berhijrah untuk menjadi seorang yang lebih baik....??

Kesalan di hari jumaat. Memasukkan seseorang ke dalam senarai 'terlarang' adalah suatu perkara yang tak best..sangat tak best. Tapi, demi mengelakkan hati ini terus dicarik-carik, lebih baik begitu. Di hari jumaat ini...anda dimaafkan. Tapi, kata-kata sebegitu tak mungkin dilupakan. My mistake, kisah hidup yang hitam sebenarnya tak BOLEH diceritakan kepada SESIAPA sekalipun. Lesson learned.



Yang sedih,
Murni Alfathunnisa



 



37 comments:

  1. meluahkan itu suatu tindakan y bijak. tahniah kerana berani melontarkan.

    harap adik sentiasa kuat semangat dlm menghadapi kehidupan.

    k.Ayu doakan semua y baik
    ps: jgn sedih kamu kn kuatkan hatimu. peduli kata2 org baik pedas atau cair bak salji

    ReplyDelete
    Replies
    1. ayu,

      terima kasih ayu. berani kerana benar. ceywahh. tak rela maruah dipijak-pijak 'lelaki2' macam ni. alhamdulillah...semangat dah recover dah. tak sedih...manusia suka mengaibkan orang macam ni tak layak dibuat kawan.

      Delete
  2. Kita tak akan dpt puaskan hati semua orang yang penting kita jadi diri kita sendiri. Tk perlu bermuka2 untuk jaga hati orang yg tak perlu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. JunAina,

      owh..saya sangat suka ayat itu. tak perlu bermuka-muka untuk jaga hati orang yang tak perlu. betul sangat! saya buat tak tau je..hal saya..susah senang saya..saya yang tanggung...bukan lelaki2 tu pun.

      Delete
  3. Bila kesabaran dirobek tidak mustahil akan tercoret jua akhrinya dik. Kakak boleh kata "sabarlah" tapi hati yg disayat-sayat memang tak dapat tidak tetap mahu memberontak. Walau airmata mencurah rasanya tak dapat nak membasuh perasaan dan hati yg luka.

    Harap dapat melalui exam dgn tenang. Doa kakak Murni berjaya. Lenyapkan seketika kisah ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakzakie,

      tu lah...selagi boleh bersabar sebolehnya saya tak nak sesiapa pun tau...tapi bila dah cecah limit sabar yang saya simpan ni..bila berkali-kali diaibkan oleh orang yang sama..hati perempuan mana dapat menahan...ini yang terluah jugak kat entry ni. terima kasih kak..atas doamu itu. luka di hati ni biarlah disitu...orang tu tak payah la susah2 nak ubatkan...tak sudi. terima kasih banyak2 memalukan saya di depan kawan2.

      Delete
  4. Prejudis adalah sesuatu yg sukar diubah kalau dah ada dalam peribadi seseorang. Dia fikir kalau dah dulu begitu, sekarang pun mesti begitu jugak. Kita tak dapat nak ubah apa yg orang nak fikir, tambah pulak orang yg jenis terlalu mudah salah faham. Akak doakan semoga Murni dapat melalui dugaan ni. Biaq pi la orang tu nak cakap atau fikir apa, concentrate kat exam tu dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak dinas,

      alhamdulillah..chek berjaya menepis gangguan ni...tapi mai gangguan lain pulak. macam tu lah..kehidupan. ada pahit, ada manis. prejudis tu sifat buruk berkarat yang dah lama meredap...dia ingat pengalaman dia cukup kot nak judge orang suka-suka hati.

      Delete
  5. mesti dah tak tertahan dah kan, moga siti tabah hadapi kerenah insan seperti dia..moga insan ni sedar akan hakikat..wallahualam

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak tiha,

      tabah sampai rasa nak block teruih...haha..tunggu la...cari pasal lagi...confirm saya akan lenyap di alam maya ni pada dia...nak sangat melaser kan. memang tak tertahan kak tiha...sebab dah banyak kali sangat. bosan saya nak meraban pasal dia.

      Delete
  6. sombong bertempat dan sangt patut kita jadi sombong dalam keadaan macam ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. diana,

      kan....? tak salah pun saya nak sombong dengan laki orang...yang salah kalau pi menggatal..tu baru salah.

      Delete
  7. Sombong bertempat tak salah....Semoga dugaan ni tak mengganggu minggu exam Murni dan semoga berjaya dengan cemerlang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. makchaq,

      itu orang..suka suki bagi komen tak fikir perasaan orang. chek pun boleh buat benda yang sama. terima kasih makchaq, atas doanya.

      Delete
  8. Relaks la.

    Dunia ini kekadang sukar kita nak fahami fe'elnya. Apapun, kita buat yang terbaik boleh kita buat. Selebihnya, Allah lebih tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. IM,

      Maaf...saya tak relaks bila maruah saya dipijak-pijak.

      Delete
  9. tabahkan hati, kuatkan minda, yakin dengan apa jua tindakan kita...pedulikan kata kata orang..

    Saya doakan moga Allah pertemukan awak dengan lelaki bujang yang baik hati, beriman, dan berjaya memimpin awak ke syurga Nya...Insya allah...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. daddy ziyyad,

      amin...amin ya rabbal aalamin. terima kasih kerana mendoakan kebaikan buat saya.
      saya telah tidak mempedulikan mereka2 itu..biarkan mereka hidup dalam kepompong mereka sendiri..tak kuasa saya nak ikut masuk kepompong itu..muahaha.

      Delete
  10. berhati-hati yer...banyak suami orang yang gatal2 kat luar sana tuh...;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. PM,

      thanks atas peringatan. selalu berhati-hati..tapi kalau terkena jugak...wallahualam. hanya Tuhan yang mengetahui baik buruk akan sesuatu.

      Delete
  11. waka...waka....waka....saba geng....jgn marah2 sgt....nanti darah tinggi....hah...tak dpt makan laksa ko buat.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. jebat,

      chek memang dah ada darah tinggi pun. marah tetap kena marah...ini soal maruah seorang wanita tauuu...haha

      Delete
  12. itulah manusia...habis madu sepah dibuang....dh bosan dgn isterilh tu, mula nk mengatal xtentu pasal...aduyai....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak nza,

      saya pun agak macam tu. susah payah isteri dia, dia tak kenang pulak..lahirkan zuriat yang comel2 untuk dia. suka2 hati datang nak menggatal dengan kita. kalau saya ni jahat sangat nak porak perandakan rumahtangga diorang..lama dah saya mesej wife dia kak. kesian tengok muka anak2 dia.

      Delete
  13. Betapa istimewa insan itu..kerana elert banyak dn kuat serta tinggi darjah kepanasnnya..

    ReplyDelete
  14. assalam cik murni..

    lama dah x menjengah....lil bit suprised wen i read this....btw x sume manusia perfect...bila org keliling mengata...cara terbaik
    ..ignore it...lantak la...mulut manusia lbh suka mengata sesuatu yg negative...

    apepun..u are the person who spoken truth n not hipocrite like some others...thts make u diff...

    ReplyDelete
  15. assalam cik murni..

    lama dah x menjengah....lil bit suprised wen i read this....btw x sume manusia perfect...bila org keliling mengata...cara terbaik
    ..ignore it...lantak la...mulut manusia lbh suka mengata sesuatu yg negative...

    apepun..u are the person who spoken truth n not hipocrite like some others...thts make u diff...

    ReplyDelete
  16. assalam cik murni..

    lama dah x menjengah....lil bit suprised wen i read this....btw x sume manusia perfect...bila org keliling mengata...cara terbaik
    ..ignore it...lantak la...mulut manusia lbh suka mengata sesuatu yg negative...

    apepun..u are the person who spoken truth n not hipocrite like some others...thts make u diff...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkmsalam fatiha,

      masalahnya yg mengata tu orang yg sama. entah apa dia tak puas ati entah. ingatkan perempuan ja tipikal, rupa2nya lelaki lagi dasyat kalau mengata, melaser. i am always me, fatiha...tak suka selindung. kalau tak suka, just cakap direct. rasa nak diam..diam saja. senang. dan...bila rasa nak "block"..i block lah...muahaha...

      Delete
  17. Akak sangat simpati dgn murni dan mungkin juga memahami. Sebab akak pernah melalui. Dalam kes akak, dia kata dia duda. Hampir2 dibawak lari dan kahwin tanpa restu mak abah. Tapi Allah Maha Pengasih. Rancangan jahat dia dapat dipintas oleh sahabat baik akak dan diberitahu pada mak abah. Masa tu akak rasa perit sangat sebab tak dapat hidup bahagia dgn orang yang akak sayang. Tapi DIA lebih mengetahui. Rupa2nya masih beristeri dan anak pulak 7. Kecik2 lagi. Bahagiakah nanti akak. Tentu isterinya juga akan ada isu dgn akak kan. Perancangan Allah amat sempurna dik. Akak percaya akan ada jodoh yang lebih baik untuk Murni, insyaAllah. My sis dulu pun datang jodohnya pada usia yang agak lewat. Dan jugak bujang. Alhamdulillah. Akak doakan yang sama jugak untuk adik ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Aidah,

      Alhamdulillah kak..saya ni dah terima seadanya ketentuan Allah. tapi tak tau la pasaipa manusia2 ni yang tak puas hati lagi. sombong susah..banyak cakap susah..depa saja yang betui.
      saya setuju dengan kak aidah, perancangan Allah itu yang terbaik. tapi buat masa ni..saya selesa menyombongkan diri dengan mana2 lelaki sekalipun. tak sanggup lagi nak merasa perit buat kesekian kali.

      Delete
  18. kak tak sombong la..hehe
    biaq org nk kata apa pun. dulu jd kes macam nie gak last buat hal sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amanina,

      betui...kak nak buat hal sendiri ja la ni..malas nak layan orang mental asyik dok 'paku' orang..macam dia baik sangat.

      Delete
  19. tapi kita tetap kawan kan.....

    ReplyDelete
  20. Dik Murni, ok tak? Dia mai jenguk kita, dia pulak sengap kat sini haa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak dinas,

      ok sokmo...mau dok buat rileks ja. ada haa..baru buat entry lewat malam semalam..

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails