Wednesday, July 31, 2013

Debaran demi debaran

Debaran 1 -- tiba ke kemuncaknya pagi tadi. Alhamdulillah. Syukran jazilan. Keputusan penuh semester satu is full of surprise, beyond my expectation. Melalui saat-saat yang sukar sewaktu minggu intensif dengan cabaran peperiksaan berterusan, jadual kuliah yang rapat dengan keadaan diri yang tak berapa sihat. Sehinggalah membawa kepada minggu-minggu peperiksaan yang menuntut pengorbananan. Kerja tak boleh ditinggalkan. Perasaan down datang tiba-tiba bila tengok rakan-rakan lain gigih menelaah dengan menggunakan waktu cuti sepanjang minggu peperiksaan dengan baiknya. Sedang I pulak, tak senang duduk di pejabat. Bila di rumah, buku yang baca I...hehe. Lebih menekan bila study group di facebook berbincang soalan-soalan spot, hampir semuanya tak mampu I jawab. Dalam hati..."habislah I kali ni...". Saat tu, baca apa pun rasa tak masuk. No more last minute study for coming sem! I wish!



Nak kata sipi-sipi untuk dapat dean's list pun tak sipi sangat lah. Masih banyak usaha gigih perlu dilaburkan untuk dapat 3.50 ke atas. Anyway, sangat-sangat bersyukur. My expectation is to pass in all, 9 papers dan tak perlu repeat. Dapat result macam ni pun, Alhamdulillah. Cukup sebagai pembakar semangat meneruskan perjuangan yang masih bersisa lagi 3 tahun...(in shaa allah...).

Berkat doa bonda, family dan rakan-rakan, I believe. Terima kasih banyak-banyak semua yang mendoakan. Mudah-mudahan semangat I dan kawan-kawan PPJJ yang lain tidak luntur tak kira apa jua keputusan yang diterima hari ni. CGPA is only on paper. Kejayaan hakiki adalah terlalu subjektif..it happens bila kita mencari keberkatan ilahi, meletakkannya sebagai number one priority. Kejayaan hakiki juga bila kita berjaya memerdekakan hati dan akal, redha dan meneruskan survival di sebalik ujian dan dugaan tanpa berputus asa. Renungan untuk diri sendiri jugak!

Esok ada debaran lagi. Sekali lagi, tidak menaruh harapan tinggi menggunung. Kalau ada rezeki, alhamdulillah.

Love,
Murni Alfathunnisa

XOXO :D
Publish!


Saturday, July 27, 2013

Ramadhan 17: Majlis Iftar Penang Halal Food, Taha D Mutiara, TH Hotel, Penang


Hak buat event adalah hak kami! *tiba-tiba




Program ini adalah program short-notice facebook group "Penang Halal Food, Jalan-Jalan Cari Makan di Pulau Pinang." Asalnya nak buat macam friends-get-together-for-iftar, lepas tu kecoh-kecoh kat fb, ada members yang nak join, then terus jadi event.

Maybe jugak sebab tarikan utama buffet ramadhan di Taha D Mutiara, TH Hotel itself yang eksotik middle east -- BBQ Kibas. Ramai jugak di kalangan members yang dah tak tahan dan pi mencuba dulu. Quite happy, walaupun bilangan yang turut serta tak ramai, tapi alhamdulillah..at least dapat kenal kawan-kawan baru. Ada jugak di kalangan members yang datang dengan buat reservation sendiri bersama family.




Terjawab sudah persoalan, macammana rasa kibas. Sedap. Like the flesh, cuma bila ada orang sebut pasal bau yang ada sedikit menyerupai kambing, terus jadi macam..."errrr, ye ke..okay je." But, okay la for me. Cuma last night masa iftar, memang tak seorang pun dari kami yang jumpa blackpepper sauce. Kalau ada, rancak sikit nak menyicah. Teringat lamb grill yang baru ni mak beli..satu bekas habis dicicah dengan sos lada hitam. Sape la punya angkara kannnnn.... :p






Food overall was..OK. Berbaloi dengan harga RM 35 per pax yang dibayar bagi dewasa dan RM 15 per pax bagi kanak-kanak. Banyak pilihan menu seperti mandhy rice, sup kibas, char koay teow, laksa, tomyam campur, lempeng kelapa, variety of kuih, dessert and cakes, variety of appetizer & salad termasuklah ulam-ulaman, budu, air asam dan segala satnika sambal. Hidangan main course pun banyak pilihan lauk pauk seperti ayam rendang pinang, daging masak merah thai, kari sotong kacang buncis, bayam masak lemak ubi keledek, udang goreng rangup & otak-otak ikan dimakan bersama nasi putih.

Setiap kupon buffet dewasa dapat melayakkan diri untuk cabutan bertuah yang akan diadakan di hari terakhir promosi buffet di TH Hotel.





 Antara ahli yang hadir pada majlis iftar PHF... 2 tables yang di'reserved' atas nama group dan dua family lagi yang hadir melalui personal reservation.



No fake fake talk, all like family wan. Not like planting sugarcane at the lips...hehehehe. Kalau tak faham sekalipun, sila buat-buat faham sudah.

Throughout this week, berjaya arrange dua majlis iftar. Satu untuk company, seperti tahun-tahun sebelumnya, di Equatorial Penang. Dan satu lagi..bersama dengan group Penang Halal Food. Letih sikit je. Takpe lah. Janji seronok dan ada kebebasan buat arrangement tanpa ikut kepala otak orang lain saja. Sikit-sikit problem melibatkan koordinasi reception dan kaunter di luar Dewan Mutiara TH tu adalah perkara biasa dan dapat diselesaikan dengan baik. Tidak ada sesuatu acara atau majlis yang tak ada cacat cela nya...ye dak?




Yang baik itu dari Allah, yang buruk itu dari diri sendiri. Mintak maaf untuk terlebih, terkurang sepanjang majlis dan terima kasih semua yang turut serta berbuka puasa sambil "beramas mesra".

 In shaa Allah..kalau ada rezeki boleh la buat gathering lagi. Tak perlu formal dan skema sangat, sekadar suka-suka get together and pergi makan-makan. Itu dah cukup.

To those interested to join our group and discover more on penang's eating spot, please click link above.
 

P/s: Daripada sibuk-sibuk jaga bucu kelambu dalam bilik tido orang, baik kelebek kelambu sendiri dulu.



Love,
Murni Alfathunnisa Ishak

XOXO :D
Publish!




Thursday, July 25, 2013

Bila Ramadhan...Kapitan Briyani is a Must!

Cerita last saturday..hari ni, dah tengah malam baru sempat update. Buat-buat busy sangat kan...? Alhamdulillah...rezeki. So far, dah tiga kali ramadhan dan dalam sebulan ramadhan tu, at least once, mesti berbuka kat Kapitan. Kapitan Chulia Street ya...no no no for any other branch. Chulia Street jugak yang special. Rasa dan 'kick' nya tak sama kalau makan di cawangan Kapitan yang lain.



Satu family..semua pakat pilih menu chicken briyani. Thumbs up sangat. Portion ayam grill yang besar. Briyani rice pun banyak. Gambor kuah lupa nak snap. Siap mintak pack bawak balik. Buka puasa larat mana lah nak hadap sampai licin. Those yang nak pi berbuka di Kapitan sepanjang Ramadhan ni, please reserve awal-awal. Don't simply walk-in. Berkemungkinan tak dapat tempat ataupun lambat dapat menu yang dipesan. Meriah macam rumah kenduri. Yang dapat table atas jalan berbumbung kanopi pun ramai.

Sebelum buka puasa..kami adik badik berjalan-jalan 'eat wind wash eyes' kat 'Little India'. Serius rasa macam kat Mumbai, Chennai and Delhi. Perghhh..confident nya ayat I. Macam pernah sangat sampai India, kannnnnn. Hehehehe....sebelum ni lalu dengan kereta, tak feeling-feeling macam kat India ponnn.




 Tapi, that day when we stroll along Queen Street and Market Street, tetiba macam dalam pilem bollywood pulak perasaannya. Meriah dengan lagu tamil, kedai-kedai jewellery, rempah ratus, textile...dengan sari yang kaler maler lip lap lip lap dipamerkan di hadapan kedai. Dan paling penting, we are totally in an Indian enclave. Sangat 1Malaysia!



Destinasi sebenar....



Yup, Bazaar Ramadhan Liga Muslim. Never been here. Only after the articles about the specialty of this bazaar ramadhan appears in 'The Star' recently, and co-incidence we're in the same area...baru la sempat mai menengok apa yang best sangat kat sini.



This is a stall selling variety of kuih manis..halvah or manisan. Kebanyakkanya, tak kenal nama pun. This stall are the same stall selling special drinks called 'chigar thanda'. Masa 'the star' quote about this special drinks, dok pelik jugak, apa kebenda la chigar thanda tu. Rupa-rupanya...ais serbat! Minuman penyejuk badan. Disebabkan ramai pembelinya, so, kami pun beli la jugak. Hehe...


 Ni la stall yang sibuk sangat diperkatakan tu..


Suasana kat bazaar ramadhan ni lebih kurang jugak dengan bazaar ramadhan lain. Cuma yang uniknya...peniaga-peniaga kat sini, boleh dikatakan semuanya india muslim, mamak..and selling more or less the same menu. Antara menu yang memonopoli ruang niaga bazaar ni adalah nasi briyani, nasi dalca, nasi tomato dan lauk pauk. Semuanya antara yang terkenal di kalangan masyarakat Penang yang berbilang kaum seperti restoran Tajuddin Hussain, Dawood dan Sultania. Sebut pasal briyani..baru first time jugak i tau ada briyani putu mayong..juga turut dijual kat sini and highlighted in the newspaper as well.



We ended up beli 2 set of roti jala, sebab tertarik dengan method menggoyang acuan roti jala berkenaan. Tengok pan dia yang nalla tuuu...and the taste..alhamdulillah, sedap. Roti jala tu lembut..bukan lembik. dan tak keras bila dipanaskan masa sahur.



Stall ni pun boleh tahan ramai pembeli nya. Our jalan-jalan bazaar ramadhan ends here. Kami terus menapak ke Kapitan yang letaknya di seberang jalan. Nak kena booked table. Takut tak dan nak berbuka on-time dek sebab full-house.

Actually I'm a bit offended with one remarks made by somebody in one of facebook group yang claimed mamak as 'pengotor'. Such remarks adalah biadap in my opinion. Hakikatnya pengotor ni adalah suatu yang bukan hanya "penyakit" untuk suatu etnik yang tertentu. Such remarks adalah bersifat etnosentrisme, dengan merendah-rendahkan sesuatu yang asing it doesnt make any better ya. Sangat tak educated. Melayu? Cina? Mat Salih takdak yang pengotor kah..? Pengotor konon...tapi tengok majority patrons adalah melayu yaa. I rasa nak gelak besaq, statement tak cukup akal. 

heheheh..see, bulan puasa bagi I maki..hmm. FYI, I'm born in a mixed family. Mom is malay as late tok wan Said is Kedahan's malay grown-up in rural area of Mukim Tunjang. While, late tok Amah was born and grown-up in pious family, anak tok bilal and ustazah yang mengajar quran from Tanjung Bungah. Late abah is born in mixed family of which, the late Tok Rokiah is a malay lady with bugis roots, and the late tokwan Dolah is pakistan born migrate to Malaya following his late father, moyang Hukmi to work in Seberang Perai (Province Wellesley) long before merdeka. Nah...hambek kau! How do u define me now...? Hahaha...there's no pure malay in Penang, my dear.

What is important here...we are muslims. Muslims should unite. Apa la nak rasis sangat. Tambah-tambah di Penang ni yang sangat multi-racial..dan paling multi-racial among other states in Malaysia. Buat malu orang Penang saja.

There's one article which i found quite interesting...read and study if u interested.. India Muslim, Mamak dan Melayu. Kesahihan...? Don't ask me.
 Tak pasal-pasal I kena melalut di entry tema ramadhan ni..nyamfah noks. Al-maklumlah, banyak hari tak membebel. Nak pi tidoq lah...esok I blogwalking ya. Thanks for those yang mai baca entry ni...I lep uols!

Love,
Murni Alfathunnisa


XOXO :D
Publish!

 




Friday, July 19, 2013

Baby Ramadhan

Two babies were born on 1st Ramadhan. Jelly and Charcoal. Anak ke-5 dan ke-6 mummy cik Pong and daddy Nico O'Neil. Nama mat salih sangat cucu-cucu adik I ni..hehehe.  Muka ada sikit 'kepek'..eurasian gitu. Pak nye mat salih, mak ada gen siamese gitu! Hopefully, the 5th & 6th tak la eksen sokmo macam si Muffin, kakak diorang. Very the eksen, tak layan mak menakan depa yang "kampung girl" ni.

Adik si Coffee & Muffin yang 2 ekor lagi dah dihadiahkan Dik Na kepada kawan dia. Pun dah gebu gebas walaupun baru je dalam sebulan dua berpindah rumah.

Kalau dulu Coffee & Muffin dilahirkan masa Syawal..adik-adik ni pulak di awal Ramadhan. Sokmo lahir di hari baik bulan baik.. :-)




Occupancy rate kat rumah Dik Na ni dah meningkat lah. Bekalan makanan terutama sekali di musim perayaan ni harus lah ditingkatkan bagi mengelakkan tekanan inflasi dihadapi oleh rakyat jelata kucen sekaliannya. In total..6 ekor semuanya. Semuanya kuat makan..except yang dua ekor new-born ni lah, masih menyusu.

Still waiting for the manifesto's implementation -- penyediaan cat-tree lengkap dengan fasiliti berteknologi tinggi dan mesra rakyat yang dijanjikan Dik Na dulu. Kang kucen tak demonstrasi jalanan, ahkak yang takde kena mengena ni pulak yang over! hehehe..



Alololo...very the shy! Sorok-sorok muka sebab belum kenal kamera lagi. Ce tunggu besor sikit...confirm, tak camera shy dah! Nampaknya, Jelly is the first calico born in the family. Bakal jadi kesayangan selepas "awang senandung" Coffee, yang lately suka benor manja-manja dengan orang. Dah tak penakut macam dulu. Pantang nampak orang duduk lepak nak menyondol je kejanya. Owh, rindu depa. Esok nak pi melawat.

Sudah la cerita pasai baby ramadhan..cerita pasal auntie Murni pulak.

Auntie Murni apa khabar..? Baik saja. Sendiri tanya sendiri jawab. Letih. Sibuk. Bulan posa pun kena turun site. Tapi puasa tak boleh dijadikan alasan. Dah disuruh tu kita buat saja lah. Nama pun makan gaji. Kalau dok melawan, baik jadi tokey. Kannnnn....

Puasa...? Alhamdulillah..penuh setakat ini. Hehehe.

Love, 
Murni Alfathunnisa

XOXO :D
Publish!


Wednesday, July 17, 2013

Two Days Before Ramadhan

Two days before Ramadhan...bertemu ketenangan di sini. Syok! Takdak orang kacau. Just me, alone, novel, langit mendung, hembusan bayu lembut dan desiran ombak menghempas pantai.



I missed the moment. Stressful workdays sangat mendesak untuk bersendirian macam ni lagi..where I could throw away all the hurtful words, at least for a short period.



I thought, after all the struggles boleh la dapat bawak-bawak berehat somewhere, unlucky me! Rezeki tak menyebelahi. Banyak benor ujian dan kekangan yang perlu dihurai satu demi satu.

Kalau tiba-tiba diam sebentar, maknanya...proses mencari ketenangan itu sedang berlangsung. Dan kalau tiba-tiba bising dan pot pet yang luarbisa, itu maknanya...proses menyeimbangkan kewarasan akal dan hati sedang berjalan. Harap maklum.

Kalau rajin, esok lusa will update more. Anyway...I lep uols! Take care peeps!


Love,
Murni Alfathunnisa

XOXO :D
Publish!


Wednesday, July 10, 2013

Bila Ramadhan... Nostalgia Acar Buah.

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan.. masih belum terlambat rasanya nak ucapkan salam ramadhan dan selamat berpuasa to all of u. Semoga kita sama-sama diberikan kesihatan supaya dapat melipat-gandakan ibadah dan beroleh keberkatan di bulan 'madrasah' ni.

Occay..seperti puasa tahun lalu, bila bulan puasa saja mesti ada entry-entry mengimbau nostalgia. Ramadhan for me terlalu sinonim dengan kenangan manis zaman kecil. Kenangan melalui sepanjang ramadhan dengan berterawih di masjid kampung semata-mata nak menikmati moreh, kisah bertukar juadah & menu istimewa untuk buka puasa...and.... yang paling best of course la cerita membeli baju raya stail dulu-dulu.




2 weeks before Ramadhan, I dah mengingatkan mak bonda. It's about time to prepare for acar buah! Resipi turun-temurun yang mak bonda belajar dari arwah Tok Rokiah. Arwah abah suka sangat makan acar ni. So, mak pun gigih la belajar buat acar buah ni dari her mother in law, Tok Rokiah. Ever since, kami sekeluarga memang jarang sangat nak missed dari merasa kesedapan acar buah ni setiap kali tibanya Ramadhan. Memang tak perlu beli. Yang beli tak sesedap ni, occay.

Anakanda nya ni pulak tak kisah berbelanja and sometimes terkejar sana sini jugak nak dapatkan bahan untuk buat acar buah, pembuka selera waktu sahur ni. Kena dengan nasi panas-panas..telur masin..perghhhh sangat!
 




Tadaaaa....! Suspen ye-ye je. Alhamdulillah..tahun ni dapat la seperiuk besar. Selamat diagihkan untuk mak-mak sedara tersayang, besan mak bonda, ipar-duai, dan kawan-kawan yang dah dari awal "booked" acar yang mak bonda buat ni. Mana yang tak sempat tu, mintak ampun & maaf bebanyak, in shaa allah..ada rezeki, lain batch pulak okey.

Batch kali ni pedas maximum punya! Spesis cabai kering tu yang menjadikannya extra pedas. Dan, seperti yang sebelum ni, memang melilau jugak cari jeruk limau untuk buat acar ni. Orang dulu-dulu, macam arwah tok Rokiah, dia sendiri yang jerukkan buah-buahan termasuk limau tu. Memang mengambil masa. Sebulan dua sebelum Ramadhan dah kena gelut mengeringkan buah-buahan segala. So, sangat tak sesuai nak diaplikasikan di zaman serba pantas ni. Sekarang, kalau nak cari jeruk limau, kena rajin berkunjung dari satu kedai mamak ke satu kedai mamak yang lain. Kedai mamak yang jual rempah ratus tu. Itupun kalau ada rezeki la.

Masaknya pulak kena selalu kacau dan berjam-jam jugak lamanya. Itupun kalau nak acar buah ni bertahan lama. Versi acar mak bonda ni less minyak. Lagipun bahan-bahan seperti buah-buahan jeruk, plum, prune, kismis, kurma, limau, bawang putih, bawang merah dan bijan tu memang fully-loaded. See....sangat pekat, kan. Sampai tak nampak minyaknya. But alhamdulillah, setakat yang mak bonda dok buat ni, walaupun kurang minyak, memang tahan lama.

Rindu arwah abah. Sahur awal pagi tadi terasa sayu sangat. Macam baru kelmarin arwah ada bersama. Arwah kalau bersahur, siap tambah nasi dengan adanya acar buah ni. Kegemaran arwah sekarang ni turun ke kami dua beradik..I dengan dik Na. Budak hero tu memang tak pandai sangat makan acar.

Niat nak belajar buat acar ni terbantut lagi..mungkin kena tunggu batch lagi sekali baru dapat belajar buat dari mak bonda. Mrs. Jack Sparrow dah siap pesan suruh berguru dengan mak bonda..senang katanya bila dah berkeluarga nanti. Yolahh...nanti chek belajaq la noo.

Waktu berbuka dah dekat...kena stop ber-nostalgia. Mari menolong bonda di dapur..



Thursday, July 4, 2013

39th MPSP Day Celebration

Meriahnya bangunan Majlis Perbandaran malam ni. Very the kaler maler. Curi-curi tembak masa on the way balik dinner dengan mak bonda sebentar tadi.

Dah tau dah kenapa terang benderang je malam ni. Bersempena dengan sambutan Hari Majlis yang ke-39, 6th July nanti. Hari sabtu yer. Boleh la datang beramai-ramai. Nampak macam banyak jugak aturcaranya. Paling penting dan menarik, yang ada saman MPSP atau kompaun tertunggak, boleh la take this opportunity to settle them, okeh. Ada discount untuk kompaun letak kereta dan kompaun perlesenan. Banyak mana discount, tak pasti pulak. Nak kan kepastian pegi je sabtu nanti.



Dan untuk makluman, malam esok, 5th July ada dianjurkan Forum Perdana, "Ramadhan Membangun Sahsiah Ummah" bertempat di MPSP jam 8.30pm esok. Ahli panel majlis forum perdana sempena sambutan hari majlis malam esok tu terdiri daripada Ustaz Roslan Che Ros dan Ustaz Ellias Zakaria. Err.....ada sesape nak temankan hambe tak esok..? Rasa nak pegi la..! Walkathon je dari rumah, tak sampai berapa ratus meter pun. Melampau la kalau nak driving bagai kan...





Wednesday, July 3, 2013

Wordless Wednesday #46: Boy Selling Pickles



Boy selling some pickles at Omar El-Mokhtar St., Gaza, Palestine. Note a pair of gloves he's wearing and the word 'Ramadan Kareem' on the background. Photographed by Asmaa Motaz ElKhaldi.



Photo credit: 
International Ramadan Photography Contest, 2012. 
www.spiritoframadan.org

Tuesday, July 2, 2013

Last Weekend

Program "kelas memasak julung-julung kali" yang dirancangkan weekend lepas terbantut. As usual, banyak agenda ad-hoc menjelma di minit-minit terakhir.  Hari ahad dihabiskan separuh hari bagi menyelesaikan urusan di JPJ Kulim. Adik bertuah punya pasal.

Sabtu yang keseorangan di rumah, dengan perut berkeroncong balik dari pejabat, berperang pulak di dapur. Menu simple, kurma telur, sup lobak putih dengan meatball.



Macam menu orang tak sihat je kan. Memang tengah tak sihat pun. Nasi pun separuh pinggan je, tu pun susah nak abis. Dah la makan sorang. Sedih je mood nya. Mujur sambal goreng masih berbaki, gagah jugak dihabiskan sepinggan nasi tu. Malang pulak tu, silap pilih lobak putih yang tua...liat benor nak masak nye. Well, petua memilih lobak memang chek tak arif. Yang arif bab makan je.



Update dari kebun Mrs. Jack Sparrow. Labu nye ni entah bila tahun baru dapat transform jadi kereta macam cinderella punya tu. Tak sabar I..! Baru nak besar sikit, dah kena "gerit" serangga. Mudah-mudahan kali ni sempat membesar jadi kereta labu.



Lain-lain hasil tanaman yang dah berjaya dituai..bendi, sawi, jagung dan tak lupa pucuk labu. Agaknya Mrs. Jack Sparrow dah berapa kali yer berlaukkan masak lemak pucuk labu tu..? Baby corn tu kata Mrs. Jack Sparrow selalu dijadikan aksesori dalam nasi goreng versi beliau. Habis licin dikerjakan suami dan anak. Hehehe. Jeles aih. Layan gambar aje la. Dari kejauhan I berdoa semoga pokok-pokok dari kebunnya menjadi. 

Dapat lebih, boleh kongsi dengan "jirang-jirang" yang tak lokek memberi. Baru-baru ni jiran beliau bagi buah manggis dan ikan tilapia. Betul sangat lah, rezeki dari Allah ni datang dalam macam-macam bentuk yang kita tak duga. Mungkin takde rezeki dapat kerja, bergaji...tapi rezeki pulak menikmati hasil alam dan kemurahan hati jiran. 

Rindu sama Mrs. Jack Sparrow sekeluarga. Dok terfikir-fikir macam nak beraya kat sana je tahun ni.....pengalaman baru lah kalau menjadi rancangan ni. Nanti nak fikir-fikirkan dulu.


Love,
Murni Alfathunnisa

XOXO :D
Publish!



Monday, July 1, 2013

What Will You Do..if..?

What will you do...if....orang yang anda sayang tidak lagi mahu mendengar nasihat anda? Tidak mahu lagi menerima teguran..? Tidak mahu lagi menerima kebenaran? Tidak mahu mengakui hakikat dosa dan kelemahan diri? Tidak mahu berubah untuk kebaikan...?

Adakah anda membiarkan mereka terus hanyut? Atau terus menerima cerca nista dari orang yang anda sayang itu kerana terus mencampuri hal peribadi mereka..?

Dilema kan...? Lebih-lebih lagi jika orang yang anda sayang itu adalah orang yang mempunyai pertalian darah dengan anda.....what will you do?






An Uzbek woman outside the Juma Mosque in Tashkent, Uzbekistan. The mosque was built in the 9th Century after Arab invasion of the ancient Zoroastrian Tashkent region. Photo credit: Great Mosque Around The World, Yahoo.

Ramadhan dah dekat. Tak sabar rasanya. Melihat masjid dan pekarangannya kembali meriah. Mudah-mudahan diberikan rezeki dan umur menikmati Ramadhan kali ini. Amin.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails