About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Wednesday, July 10, 2013

Bila Ramadhan... Nostalgia Acar Buah.

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan.. masih belum terlambat rasanya nak ucapkan salam ramadhan dan selamat berpuasa to all of u. Semoga kita sama-sama diberikan kesihatan supaya dapat melipat-gandakan ibadah dan beroleh keberkatan di bulan 'madrasah' ni.

Occay..seperti puasa tahun lalu, bila bulan puasa saja mesti ada entry-entry mengimbau nostalgia. Ramadhan for me terlalu sinonim dengan kenangan manis zaman kecil. Kenangan melalui sepanjang ramadhan dengan berterawih di masjid kampung semata-mata nak menikmati moreh, kisah bertukar juadah & menu istimewa untuk buka puasa...and.... yang paling best of course la cerita membeli baju raya stail dulu-dulu.




2 weeks before Ramadhan, I dah mengingatkan mak bonda. It's about time to prepare for acar buah! Resipi turun-temurun yang mak bonda belajar dari arwah Tok Rokiah. Arwah abah suka sangat makan acar ni. So, mak pun gigih la belajar buat acar buah ni dari her mother in law, Tok Rokiah. Ever since, kami sekeluarga memang jarang sangat nak missed dari merasa kesedapan acar buah ni setiap kali tibanya Ramadhan. Memang tak perlu beli. Yang beli tak sesedap ni, occay.

Anakanda nya ni pulak tak kisah berbelanja and sometimes terkejar sana sini jugak nak dapatkan bahan untuk buat acar buah, pembuka selera waktu sahur ni. Kena dengan nasi panas-panas..telur masin..perghhhh sangat!
 




Tadaaaa....! Suspen ye-ye je. Alhamdulillah..tahun ni dapat la seperiuk besar. Selamat diagihkan untuk mak-mak sedara tersayang, besan mak bonda, ipar-duai, dan kawan-kawan yang dah dari awal "booked" acar yang mak bonda buat ni. Mana yang tak sempat tu, mintak ampun & maaf bebanyak, in shaa allah..ada rezeki, lain batch pulak okey.

Batch kali ni pedas maximum punya! Spesis cabai kering tu yang menjadikannya extra pedas. Dan, seperti yang sebelum ni, memang melilau jugak cari jeruk limau untuk buat acar ni. Orang dulu-dulu, macam arwah tok Rokiah, dia sendiri yang jerukkan buah-buahan termasuk limau tu. Memang mengambil masa. Sebulan dua sebelum Ramadhan dah kena gelut mengeringkan buah-buahan segala. So, sangat tak sesuai nak diaplikasikan di zaman serba pantas ni. Sekarang, kalau nak cari jeruk limau, kena rajin berkunjung dari satu kedai mamak ke satu kedai mamak yang lain. Kedai mamak yang jual rempah ratus tu. Itupun kalau ada rezeki la.

Masaknya pulak kena selalu kacau dan berjam-jam jugak lamanya. Itupun kalau nak acar buah ni bertahan lama. Versi acar mak bonda ni less minyak. Lagipun bahan-bahan seperti buah-buahan jeruk, plum, prune, kismis, kurma, limau, bawang putih, bawang merah dan bijan tu memang fully-loaded. See....sangat pekat, kan. Sampai tak nampak minyaknya. But alhamdulillah, setakat yang mak bonda dok buat ni, walaupun kurang minyak, memang tahan lama.

Rindu arwah abah. Sahur awal pagi tadi terasa sayu sangat. Macam baru kelmarin arwah ada bersama. Arwah kalau bersahur, siap tambah nasi dengan adanya acar buah ni. Kegemaran arwah sekarang ni turun ke kami dua beradik..I dengan dik Na. Budak hero tu memang tak pandai sangat makan acar.

Niat nak belajar buat acar ni terbantut lagi..mungkin kena tunggu batch lagi sekali baru dapat belajar buat dari mak bonda. Mrs. Jack Sparrow dah siap pesan suruh berguru dengan mak bonda..senang katanya bila dah berkeluarga nanti. Yolahh...nanti chek belajaq la noo.

Waktu berbuka dah dekat...kena stop ber-nostalgia. Mari menolong bonda di dapur..



26 comments:

  1. Acar buah ni, mmg penambah/pembuka selera, baik masa berbuka...ataupun sahur..:)

    I am sorry tentang arwah abah awak...Betul, tatkala Ramadan & Syawal, org2 tersayang yg telah tiada mmg kita rasakan kehilangannya....Sabar ya, dan doakan yg terbaik buat arwah...

    Selamat menyambut Ramadan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. daddy ziyyad,

      Dah 9 tahun pun arwah pergi. Kenangan dengan arwah masih segar dalam ingatan kami.

      thanks doc..

      Delete
  2. Salam

    Kalau acar buah ni kat Johorb, kalau dedulu kerja kawin, pasti ada acar buah yg dibuat sendiri oleh tuan rumah

    Arwah ibu dan arwah nenek bapak mmg expert buat acar buah ni dgn pelbagai buah dan bahan
    Laaaaaa ni kalau nak makan, kenalah beli tapi tak sama langsung dgn yg dibuat sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam..bapak,

      kat sini pun sama..cuma sekarang ni orang dah jarang sediakan acar buah ni masa kenduri kawin. kalau ada pun semua dah include pakej catering.

      Delete
  3. Che G jeruk sendiri limau tu tau, 3 bulan dok dalam botoi2 besaq. Mempelam & belimbing buluh pun jemoq sendiri. Acar buah yg dibuat tahun ni dah siap dibedak pada sesapa yg patut. Licin, hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak dinas,

      che G kat rumah memang dan la nak buat persediaan 3 bulan tu. lagi pulak, mak chek kan keja..sapa la nak mentengok buah-buah yang dijemur tu..hehe. jeruk limau tu macammana kaedah menjeruknya...ce tanya che g sat...chek nak belajar ni..

      Delete
  4. Oh, susah gak buat acar buah ni. hmm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sinuha,

      susah nak balance kan minyak dan jangkamasa lama yang diambil masa memasak tu..

      Delete
  5. Selamat berpuasa dik.
    Acar buah tu mmg sedap n femes emos belah utara....sbgai pembuka selera trutama bln poso nie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak nza,

      selamat berpuasa untuk akak jugak.
      tu la..menu wajib terutama sekali during sahur.

      Delete
  6. Biasa makan acar rebung?

    Kalau bab acar ni memang le tak pandai buat pandai makan je tapi semangat nak try buat tu tetap ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. JunAina,

      tak biasa makan acar rebung..kat kampung mesti famous kan..?
      kalau semangat dah ada, tak lama lagi mesti boleh buat jugak acar ni..in shaa allah..

      Delete
  7. teringat ada kes org menipu datang jual acar buah kat rumah.. ada few lokasi kena... dia datang, kata sesiapa adik beradik kita y x ada kat rumah y pesan srh hantar. kalau kit jenis x kesah, mmg akan bayar camtu ja la kann.

    namun alhamdulillah acar dia hantar tu memang sedap.. kalau dia x menipu pun, mmg laku la jualannya....


    tp mmg sedap kalau mkn sahur ngan acar n telur masin.. yummy!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. zonaku,

      maybe dia dah terdesak sangat nak dapatkan hasil jualan tu. apa pun alhamdulillah la sedap.

      Delete
    2. terkilan bab menipu tu la......

      Delete
  8. Alahaiii sayu pulak bila bab arwah Abah bersahur tambah nasi tu...

    Kak Azie pun peminat Acar Buah. Sangat suka!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak azie,

      sayu bertambah-tambah bila sahur nya chek dengan mak bonda saja..berdua.

      Delete
  9. Kiya nak cari akok..dah nama pantai timur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. zeq,

      kat sini pun ada akok..takkan kat sana tak ada...

      Delete
  10. Buat banyak-banyak kakak ingat jual tapi utk agih pada keluarga - alhamdulillah murah rezeki. Ganjaran sentiasa tertulis dibulan ramadhan lagi setiap kali ianya tersua ke dalam perut yg makan.

    Selamat berpuasa dik.

    ReplyDelete
  11. wah.. nampak menarik tu.. pergh

    ReplyDelete
  12. sedapkan acar buah..selalu jugak buat dan agihkan kt jiran2.
    selamat berpuasa buat keluarga

    ReplyDelete
  13. sodap ke acar buah ni...den tak leh terima laaa...tapi bila kat restoren org berebut ambil...den pelik plak...sedap sgt ke....tapi...itu lah kan...org kalau suka...sure le depa pi ambil....den jerk yg tekak tah apa2.....

    ReplyDelete
  14. kalau gi makan kenduri acar buah lah yg dulu bunda cari...tapi jarang juga orang hidangkan menu acar ni...

    ReplyDelete
  15. hehehe...belum terlambat gak nak wish happy ramadhan to sis murni kut...

    ReplyDelete
  16. Betul tu, dik. Berguru supaya ilmu tu tak stop kat bonda je. Akak ni cuma sempat dapat 20 persen je dari ilmu masak mak. Mak akak dulu siap orang tempah masak kenduri kahwin. Sayang sgt bila akak tak belajar dgn dia betul2.
    Acar buah mak bonda tu memang nampak sedap. Memang bertambahlah makan kalau dapat ni. Hehehe.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails