About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Wednesday, July 31, 2013

Debaran demi debaran

Debaran 1 -- tiba ke kemuncaknya pagi tadi. Alhamdulillah. Syukran jazilan. Keputusan penuh semester satu is full of surprise, beyond my expectation. Melalui saat-saat yang sukar sewaktu minggu intensif dengan cabaran peperiksaan berterusan, jadual kuliah yang rapat dengan keadaan diri yang tak berapa sihat. Sehinggalah membawa kepada minggu-minggu peperiksaan yang menuntut pengorbananan. Kerja tak boleh ditinggalkan. Perasaan down datang tiba-tiba bila tengok rakan-rakan lain gigih menelaah dengan menggunakan waktu cuti sepanjang minggu peperiksaan dengan baiknya. Sedang I pulak, tak senang duduk di pejabat. Bila di rumah, buku yang baca I...hehe. Lebih menekan bila study group di facebook berbincang soalan-soalan spot, hampir semuanya tak mampu I jawab. Dalam hati..."habislah I kali ni...". Saat tu, baca apa pun rasa tak masuk. No more last minute study for coming sem! I wish!



Nak kata sipi-sipi untuk dapat dean's list pun tak sipi sangat lah. Masih banyak usaha gigih perlu dilaburkan untuk dapat 3.50 ke atas. Anyway, sangat-sangat bersyukur. My expectation is to pass in all, 9 papers dan tak perlu repeat. Dapat result macam ni pun, Alhamdulillah. Cukup sebagai pembakar semangat meneruskan perjuangan yang masih bersisa lagi 3 tahun...(in shaa allah...).

Berkat doa bonda, family dan rakan-rakan, I believe. Terima kasih banyak-banyak semua yang mendoakan. Mudah-mudahan semangat I dan kawan-kawan PPJJ yang lain tidak luntur tak kira apa jua keputusan yang diterima hari ni. CGPA is only on paper. Kejayaan hakiki adalah terlalu subjektif..it happens bila kita mencari keberkatan ilahi, meletakkannya sebagai number one priority. Kejayaan hakiki juga bila kita berjaya memerdekakan hati dan akal, redha dan meneruskan survival di sebalik ujian dan dugaan tanpa berputus asa. Renungan untuk diri sendiri jugak!

Esok ada debaran lagi. Sekali lagi, tidak menaruh harapan tinggi menggunung. Kalau ada rezeki, alhamdulillah.

Love,
Murni Alfathunnisa

XOXO :D
Publish!


24 comments:

  1. Alhamdulillah! Tahniah atas keputusan tu, berbaloi usaha & doa selama ni. Teruskan usaha! Jia you!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak dinas,

      mekacih..syukur ke hadrat ilahi. tak dapat dean list, tapi rasa dah sepadan dengan usaha saya. inshaaallah..cukup buat pembakar semangat meneruskan baki pengajian.

      Delete
  2. tahniah....teruskan kecemerlangan. semoga berjaya dunia & akhirat

    ReplyDelete
  3. usaha serta doa membuahkan hasil yg cemerlang..tahniah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak kamsiah..

      tq kak...kena usaha lagi..tak boleh hepi2 sokmo sampai lupa diri.hehe.

      Delete
  4. Syabasssss...! 3.6 pointer tu hebat dah tuh. Cuba lagi lebih lagi yaaa. All the best Siti.

    Btw, tengok pada subject, tak faham sangat. Apa course sebenarnya nih?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak azie,

      3.6 pointer tu utk subjek teras..tapi yang diambil kira 3.46 tu..tak dapat la anugerah dekan. saya ambik social science. tapi semester pertama ni kena ambil semua kursus pengantar. semester baru mula ni dah mula concentrate untuk major yang saya pilih..ekonomi dan minor sains politik.

      Delete
  5. Tahniah Murni. Kakak rasa dgn keadaan waktu nak exam itu dapat pointer above 3.5 dah terbaik. Bukan yg duduk dlm kelas dan mengulit buku selalu sebab bekerja kan... Syukurlah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakzakie,

      terima kasih kak...pointer yg diambil kira 3.46 tu. kalau 3.5 dah boleh dapat dean list. takpa lah..rezeki saya setakat tu saja. itupun syukur dah kak. enjin lebih 13 tahun tak panas...masih boleh pakai lagi rupanya..hehe.

      Delete
  6. alhamdulillah..memang sipi2 la kak murni..tahniah2..

    debaran untuk 1/8 dh di pospon ke 7/8 plak..ye la tak menaruh harapan yang tinggi..kalau ada rezeki, ada la..kalau tak kita apply lagi hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. zie,

      tahniah utk zie jugak. kita semua dah cuba. cuma kedepan ni kena extra gigih lagi. dan tahniah jugak dapat calon simpanan untuk 'debaran ke2' tu. belum rezeki akak lagi. takpa...nanti update ja spa8 tu kan.

      Delete
  7. Salam anak murni

    Alhamdulillah
    insyallah,buat lah yang terdaya sebaik2nya , yang penting enjoy dgn alam pekerjaan dan enjoy dgn alam pembelajaran


    bapak tak berpeluang semua tu , lulus derejah 6 je hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. bapak,

      saya setuju komen bapak. yang penting kita enjoy apa saja yang kita buat. saya pun hari tu bila dah melalui kelas..mengadap buku jadi tak berapa enjoy dengan keja..perasan jugak performance merudum, mana dengan stress office politics. tapi la ni..alhamdulillah..keadaan bertambah baik. terima kasih, nasihat bapak tu. saya hargai sangat. :-)

      Delete
  8. Alhamdulillah. Tahniah, tahniah dik! Akak tumpang bangga. Betul tu cgpa hanya atas kertas je. Murni bertuah sebab keje dah ada, tinggal naik pangkat je nanti, insyaAllah. Tak pe kita bersusah sekarang janji income tetap ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak aidah..

      tengkiu kakak..lep u..! mekasih banyak2..kak aidah..kak dinas..dan semua la kakak2 dan abang2 kat blog ni yang selalu bagi moral support masa saya down. penting tu. walaupun kecik org nampak, besar nilainya pada saya. naik pangkat tu macam tak la kak..yang penting saya kotakan janji pada diri sendiri. kalau arwah abah ada...mesti dia happy.

      Delete
  9. alhamdulillah...tahniah yee murni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ain..

      tengkiu kak ain..belanja peliss! hehe

      Delete
  10. Replies
    1. wak gelas..

      thanks wak...belanja laaaaa..hehe

      Delete
  11. Alhamdullilah...Tahniah!!
    Jadikan result ini sebagai pemangkin utk terus berjaya..

    Dlm subjek Hubungan Etnik tu, ada kaji/belajar tak pasal Kejadian 13 May?

    ReplyDelete
    Replies
    1. daddy ziyyad,

      yaa...pembakar semangat ni. tenkiu doc!
      hubungan etnik antara subjek yang menarik. pasal 13 mei..konsep perpaduan, agama, ras, etnik..dasar2 negara..dasar pendidikan, dasar pembangunan..banyak jugak yang disentuh.

      Delete
  12. tahniah sis! hehe
    in shaa allah sem 2 dpt 3.5 tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. amanina,


      amin.. akak amin kan doa best student ni. mudah2an ya..doakan akak tau!

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails