About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Tuesday, July 2, 2013

Last Weekend

Program "kelas memasak julung-julung kali" yang dirancangkan weekend lepas terbantut. As usual, banyak agenda ad-hoc menjelma di minit-minit terakhir.  Hari ahad dihabiskan separuh hari bagi menyelesaikan urusan di JPJ Kulim. Adik bertuah punya pasal.

Sabtu yang keseorangan di rumah, dengan perut berkeroncong balik dari pejabat, berperang pulak di dapur. Menu simple, kurma telur, sup lobak putih dengan meatball.



Macam menu orang tak sihat je kan. Memang tengah tak sihat pun. Nasi pun separuh pinggan je, tu pun susah nak abis. Dah la makan sorang. Sedih je mood nya. Mujur sambal goreng masih berbaki, gagah jugak dihabiskan sepinggan nasi tu. Malang pulak tu, silap pilih lobak putih yang tua...liat benor nak masak nye. Well, petua memilih lobak memang chek tak arif. Yang arif bab makan je.



Update dari kebun Mrs. Jack Sparrow. Labu nye ni entah bila tahun baru dapat transform jadi kereta macam cinderella punya tu. Tak sabar I..! Baru nak besar sikit, dah kena "gerit" serangga. Mudah-mudahan kali ni sempat membesar jadi kereta labu.



Lain-lain hasil tanaman yang dah berjaya dituai..bendi, sawi, jagung dan tak lupa pucuk labu. Agaknya Mrs. Jack Sparrow dah berapa kali yer berlaukkan masak lemak pucuk labu tu..? Baby corn tu kata Mrs. Jack Sparrow selalu dijadikan aksesori dalam nasi goreng versi beliau. Habis licin dikerjakan suami dan anak. Hehehe. Jeles aih. Layan gambar aje la. Dari kejauhan I berdoa semoga pokok-pokok dari kebunnya menjadi. 

Dapat lebih, boleh kongsi dengan "jirang-jirang" yang tak lokek memberi. Baru-baru ni jiran beliau bagi buah manggis dan ikan tilapia. Betul sangat lah, rezeki dari Allah ni datang dalam macam-macam bentuk yang kita tak duga. Mungkin takde rezeki dapat kerja, bergaji...tapi rezeki pulak menikmati hasil alam dan kemurahan hati jiran. 

Rindu sama Mrs. Jack Sparrow sekeluarga. Dok terfikir-fikir macam nak beraya kat sana je tahun ni.....pengalaman baru lah kalau menjadi rancangan ni. Nanti nak fikir-fikirkan dulu.


Love,
Murni Alfathunnisa

XOXO :D
Publish!



16 comments:

  1. berbudi kepada tanah.. rezeki namanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. baby comel,

      betul tu..tak rugi berbudi pada tanah.

      Delete
  2. berbudi kepada tanah ada hasilnya..heheheh.sila lah dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. man,

      itupun ada yang sanggup biarkan tanah terbiar kosong..rugi.

      Delete
  3. Salam

    Seronok lihat bila tanaman menjadi

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam bapak,

      orang yang bercucuk tanam pun seronok..yang tumpang tengok saja ni pun berlebih-lebih seronoknya. tak payah beli kat pasor dah..

      Delete
  4. Oh... kakak masih ingat yg dulu tunjuk masa dia tanam dah berhasil dah ye. Bestnya!!
    Pucuk labu tu masak lemak putih sedap tau dik.. tapi mesti kena lawan sambal belacan dan ikan masin sedapnyaaaa:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakzakie,

      betul sangat2 tu. jenuh diorang makan masak lemak. jeles saya. dah la feveret!

      Delete
  5. acik bila nampak gambar pucuk labu tu..terus teringat nak masak sambal tempoyk daun kayu

    ReplyDelete
    Replies
    1. acik erna,

      alahai...sambal tempoyak la pulak...kecur air liur ni..hehe

      Delete
  6. pucuk labu tu kalau masak lomak mak aii sodapnya..dah lama tak makan sbb payah nak cari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. zie,

      nampaknya ramai penggemar masak lomak ya..hmm..tak bley jadi..tuan yang menulis ni plak yang tergugat..

      Delete
  7. Bestnya makan sayur cucuk tanam sendiri. :)

    ReplyDelete
  8. Besar pahala mrs sparrow tu. Sayur tanam sendiri ni manis...tak sama macam dibeli. Akak merasa makan sayur sendiri ni masa kecik2 je sebab arwah abah dan mak rajin bercucuk tanam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak aidah,

      sama pengalaman kita. masa kecik dulu merasa jugak. duduk kampung, mak ayah tanam pokok2 sayur ni belakang rumah. takpe lah kak, at least ada kenangan dan pengalaman jugak merasa sayur tanam sendiri.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails