About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Saturday, July 27, 2013

Ramadhan 17: Majlis Iftar Penang Halal Food, Taha D Mutiara, TH Hotel, Penang


Hak buat event adalah hak kami! *tiba-tiba




Program ini adalah program short-notice facebook group "Penang Halal Food, Jalan-Jalan Cari Makan di Pulau Pinang." Asalnya nak buat macam friends-get-together-for-iftar, lepas tu kecoh-kecoh kat fb, ada members yang nak join, then terus jadi event.

Maybe jugak sebab tarikan utama buffet ramadhan di Taha D Mutiara, TH Hotel itself yang eksotik middle east -- BBQ Kibas. Ramai jugak di kalangan members yang dah tak tahan dan pi mencuba dulu. Quite happy, walaupun bilangan yang turut serta tak ramai, tapi alhamdulillah..at least dapat kenal kawan-kawan baru. Ada jugak di kalangan members yang datang dengan buat reservation sendiri bersama family.




Terjawab sudah persoalan, macammana rasa kibas. Sedap. Like the flesh, cuma bila ada orang sebut pasal bau yang ada sedikit menyerupai kambing, terus jadi macam..."errrr, ye ke..okay je." But, okay la for me. Cuma last night masa iftar, memang tak seorang pun dari kami yang jumpa blackpepper sauce. Kalau ada, rancak sikit nak menyicah. Teringat lamb grill yang baru ni mak beli..satu bekas habis dicicah dengan sos lada hitam. Sape la punya angkara kannnnn.... :p






Food overall was..OK. Berbaloi dengan harga RM 35 per pax yang dibayar bagi dewasa dan RM 15 per pax bagi kanak-kanak. Banyak pilihan menu seperti mandhy rice, sup kibas, char koay teow, laksa, tomyam campur, lempeng kelapa, variety of kuih, dessert and cakes, variety of appetizer & salad termasuklah ulam-ulaman, budu, air asam dan segala satnika sambal. Hidangan main course pun banyak pilihan lauk pauk seperti ayam rendang pinang, daging masak merah thai, kari sotong kacang buncis, bayam masak lemak ubi keledek, udang goreng rangup & otak-otak ikan dimakan bersama nasi putih.

Setiap kupon buffet dewasa dapat melayakkan diri untuk cabutan bertuah yang akan diadakan di hari terakhir promosi buffet di TH Hotel.





 Antara ahli yang hadir pada majlis iftar PHF... 2 tables yang di'reserved' atas nama group dan dua family lagi yang hadir melalui personal reservation.



No fake fake talk, all like family wan. Not like planting sugarcane at the lips...hehehehe. Kalau tak faham sekalipun, sila buat-buat faham sudah.

Throughout this week, berjaya arrange dua majlis iftar. Satu untuk company, seperti tahun-tahun sebelumnya, di Equatorial Penang. Dan satu lagi..bersama dengan group Penang Halal Food. Letih sikit je. Takpe lah. Janji seronok dan ada kebebasan buat arrangement tanpa ikut kepala otak orang lain saja. Sikit-sikit problem melibatkan koordinasi reception dan kaunter di luar Dewan Mutiara TH tu adalah perkara biasa dan dapat diselesaikan dengan baik. Tidak ada sesuatu acara atau majlis yang tak ada cacat cela nya...ye dak?




Yang baik itu dari Allah, yang buruk itu dari diri sendiri. Mintak maaf untuk terlebih, terkurang sepanjang majlis dan terima kasih semua yang turut serta berbuka puasa sambil "beramas mesra".

 In shaa Allah..kalau ada rezeki boleh la buat gathering lagi. Tak perlu formal dan skema sangat, sekadar suka-suka get together and pergi makan-makan. Itu dah cukup.

To those interested to join our group and discover more on penang's eating spot, please click link above.
 

P/s: Daripada sibuk-sibuk jaga bucu kelambu dalam bilik tido orang, baik kelebek kelambu sendiri dulu.



Love,
Murni Alfathunnisa Ishak

XOXO :D
Publish!




21 comments:

  1. Yang penting halal, dapat beramas mesra & kenyang, hehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak dinas,

      ya, betul..halalan thoyyiba. seronok jugak majlis macam ni..

      Delete
  2. Kibas ya? Mulanya kakcik ingatkan kambing tapi agak kecil...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakcik,

      a'ah kibas. saya pun tak pernah tengok..ini la first time. memang saiznya kecik sikit dari kambing. daging dia sedap jugak.

      Delete
  3. ada kes kah???? selara masing2 & pilihan di tangan masing2... x perlu kecoh2

    ReplyDelete
    Replies
    1. zonaku,

      biasalah manusia..entah apa dengki sangat pun tak tau. event dah settle semua ok...tapi ada lagi manusia jenis suka menyindir kot tepi. betul sangat...selera dan pilihan di tangan masing2. tak payah takut sampai nak sabotaj event orang lain. :-)

      Delete
    2. sampai nk sabotaj??? melampau la.. takat acara buka puasa ja pun.....
      biarkan saja org y macam tu. x ada guna amik pusing... lama2 diam la

      Delete
  4. waaa kibas...

    aku teringin gak rasa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rapunzeel,

      alhamdulillah dah dapat merasa kibas tu. biarpun tak berapa favourite sangat...tapi just nice lah. isi nya lembut, manis. asalkan tak ada bau, should be ok :-)

      Delete
  5. bab kambing tuh yang tak boleh tahan nie....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eelobor,

      Bukan kambing tapi kibas - murni

      Delete
  6. salam nak murni

    qibas ok , jangan lepas makan kebas pulak hehehe

    tak mahal harganya, sangat berpatutan . Tak mcm kebanyakkan yang ada harga buffet ramadhannya hingga mencecah 100+++ , sapalah boleh makan sampai banyak mcm tu , tu kalau pulun makan jugak pasal rasa dah bayo mahal, mau tak terawih seminggu psl kekenyangan hahaha



    ReplyDelete
    Replies
    1. bapak, salam...

      hehe...tak kebas aih. kami semua yang pi majlis berbuka malam tu memang berpuas hati. food semua sedap. berbaloi dengan harga yang dibayar. buffet buka puasa mahal-mahal tu semua adalah satu bentuk pembaziran pada saya. betul sangat...banyak mana la sangat boleh masuk. kenyang sangat nak jadi 'ulaq sawa' pulak...hehehehe

      Delete
  7. RM35 meamng berbaloi kalau makanannya macam tu. Ada tu sampai beratus-ratus tapi kakak rasa yg mampu masuk perut tak sampai nilai yg dibayar..

    Macam ini seronok juga sebab sambil dapat gathering dgn family/kawan-kawan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakzakie,

      betul tu kak. Yang kita mampu makan tak sampai pun nilai yang cecah ratus tu. dah jadi membazir pulak. so, kita berbuka dengan cara bersederhana saja. itu yang dituntut. majlis gathering dengan kawan-kawan ni pun..ni la sekali rasanya untuk ramadhan kali ini. tapi memang seronok. cuma yang kurangnya sebab mak bonda tak nak ikut sekali.

      Delete
  8. Murahnya dik buffet ramadhan kat situ. Kat KL ni jangan harap nak dapat camtu. Kalau ada kambing grill lagi melambung. Kat PD pun sama. Mahal jugak banding tahun lepas. Akak belum berhajat lagi nak pergi sebab badan dan poket kurang sihat. Hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Aidah,

      A'ah..berbaloi makanan dengan harga nya kak. Kat sini saya tak jumpa lagi yang exceed hundred. Paling mahal kalau tak silap, Equatorial, dalam RM 82++. Mungkin ada hotel lain yang saya tak sempat survey yang lebih mahal dari tu, saya tak pasti pulak. Tapi, saya lagi suka kalau dapat berbuka dengan mak..ni dia tak ikut. rasa tak best je.

      Delete
  9. Best....!

    SITI nampak kurus...!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Azie,

      orang ke-3 menegur "kekurusan" chek. memang dah turun berat badan. kurang selera makan sejak sebelum puasa hari tu. nampak benor susut nya kan.

      Delete
  10. meriahnya.. alangkah best kalau dpt join.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails