About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Monday, August 19, 2013

Acara Solo

Hari yang penuh pancaroba kini bermula. Tapi I tidak akan sekali-kali membiarkan ketakutan dan fobia itu meracuni semangat energetik untuk terus berkhidmat demi agama, bangsa dan negara. Berkobar-kobar semangat kannn... 


Start a day with kiwi+apple smoothie. Mudah-mudahan sarapan segar dan menyihatkan dapat membawa mood segar sehingga ke penghujung hari. Sekarang dah tak tinggal fruit smoothie, jadi rutin breakfast. Semalam and 2 days before buat kiwi+strawberry. Esok nak buat banananananana au chocolate pulak..kekeke.  I have to be "gigih" in doing this, kesihatan pun bukannya baik sangat. Berbaloi beli "shake n take" ni kat groupon hari tu. So, sapa-sapa nak beli boleh check-out kat LivingSocial, tengah on-going promotion.


Office sunyi sepi. I'm all alone. That's why I mentioned about phobia just now. Every single thing..hanya ahkak la yang menguruskannya. Seorang staff dah cuti bersalin, sorang lagi baru join sebulan dah resign sebab dapat better offer. Itu yang malas nak employ fresh graduate! Dua kerani kat reception sebelum ni resign sebab dapat better offer...or lebih tepat lagi, tak tahan pressure. Pressure sendiri cari. Kalau tak nak tertekan, jangan menekan. Itu je petua dia kalau nak survive lama kat sini. Dua orang yang resign tu telah meninggalkan macam-macam "harta karun". Udah jadi keja I pulak nak membersihkan sampah sarap diorang ni. Suku hari habis sebab mengemas barang-barang tak dituntut ni. Cukup 14days, I buat lelongan amal depan office...hehehehe. Sedekah pun afdal..ada bantal bucuk, collagen, maggi kimchi, mug, personal stationery, box of tissue, snowglobes, tabung buluh pun adooo....macam barang-barang dalam karung merah santa claus! kekeke...

Tapi dalam kesibukan berlari dari depan ke belakang..dari belakang ke depan, jadi tukang bukak pintu opis, tukang on semua equipment dan lighting, tukang beli paper, tukang masak air kat pantry,  jadi receptionist, jadi kerani receiver, jadi kerani mailing, jadi eksekutif dalam masa yang sama.. I rasa tenang. Dah tak stress macam sebelum ni. Kekadang tu nak bangun pagi jadi liat je..stress punya pasal, nak masuk office pun rasa malas. Sekarang tengah dalam proses mencari calon-calon untuk position Marketing Executive & General Clerk. Mau jugak paling kurang dua minggu kena lalui episod bercakap dengan dinding dan buat semua kerja secara solo...hmm

Apa pun, I believe, ujian ni semua ada hikmah yang tersembunyi. I've learned, that I can't do everything on my own, there is a word called "cooperation", "delegation" and there is also a phrase, "a leader is one who knows the way, goes the way and shows the way", I'm failed at certain point! 

Love,
Murni Alfathunnisa

XOXO :D
Publish!

18 comments:

  1. Hello miss serba boleh....nak apply jadi receptionist boleh? :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mck,

      erk..melangitnya gelaran tu utk saya..tak berapa nak serba boleh sebenarnya, tapi sebab mula dari bawah..dari zero. sekarang kena back to basic la gayanya. nak apply...?mohon submit resume...hehe

      Delete
  2. Boleh kuwus tu murni....berlari2 kedepan kebelakang mcm tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ain,

      saya ni dah la sedia kuwus keding..tak berisi la gayanya ni, exercise sentiasa...hehehe

      Delete
  3. #fuhhhh memang penat.seb bek ada smoothie tu pembekal tenaga yang hebat!

    #setuju sangat2 kak murni, nak jadi bos kena tau semua benda dari sekecik2 alam tu sampai la sebesar2nya.jangan nanti bila jadi bos dok pandang benda atas je, hat bawah2 ni pandang sebelah mata pun idak.siap boleh cakap " we all busy.banyak keja.bukan macam u all"------macam luahan perasaan je khennn

    ReplyDelete
    Replies
    1. zie,

      smoothie tu tahan sejam dua ja..kalau dah jenis makan berulang-ulang ni memang tak membantu pun utk penuhkan perut lama-lama..hehe. sekadar supplement utk yang vitamin yang terkurang dan mood untuk energize.

      Delete
  4. last time bila i nk bangun pagi pegi keja pun liat, i know that my Id no longer can accept it. A sub-conscious reminder of myself to me.....


    result : change!

    and a lot happier now :)

    ReplyDelete
  5. Bila dapat jadi tukang naikkan gaji diri sendiri.... dok tunggu nie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. harrizam,

      owh..tukang tu yang paling best...hehe

      Delete
  6. Rajin nya pagi2 siapkan kiwi apple smoothie..semoga makin sihat kekal cergas>>:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. diana,

      simple je..potong dan mesin..hehe. tak sampai berapa minit siap, terus bawak masuk keta. kadang2 breakfast dalam jem..

      Delete
  7. Ada pros and cons jugak kan. Akak tak de pengalaman kat opis tapi opis dapur tu adalah. At times, akak pun suka buat kerja sendirian berhad kat dapur. Tak messy sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak aidah,

      nampaknya walaupun opis kat dapur, cara kita bekerja memang sama. lebih suka independent, tak suka orang lain campurtangan sesuka hati and tinggalkan mess untuk kita 'clear'..

      Delete
  8. Salam Syawal dan selamat hari raya murni..

    Makchaq balik penang hari tu sat sangat, tak tidoq pun.. Segan nak tidoq rumah adik, kami rakyat ramai.. Malas nak menyusah depa, lagi pun kedai nasik kandaq tak bukak lagi buat apa tunggu... Eh...ke situ pulak makchaq

    Sorang2 kat opis setakat sebulan dua apa ada hai... Robinson crusoe bertahun2 dok sorang... Apa pun tak dak.. Shake and take jangan mimpi la... ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam, makchaq..

      takpa makchaq, ada masa balik penang lagi boleh la pi pekena nasi kandaq puas2...raya ni kedai banyak tutup. tak best nak jalan-jalan pun.

      Delete
  9. Teruk jugak nak kena buat semua keja tu sementara nak dapat staf baru. Tapi nasib baikla cuma sementara saja. Boleh pi tinggai barang depa kat situ, kita pulak nak kena clear harta meghedak depa, apa punya spesies tu hah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak dinas,

      tang clear harta meghedak depa tu memang chek geram. bukan saja harta benda depa sendiri, harta benda kompeni pun suka suki depa lempaq sana sini, sorok celah2 drawer dan rata cabinet. sebelum ni tak pernah tau depa dok buat keja macam tu, maklumla, bila kita dok qosek sangat2 satgi orang kata kita dok asyik cari salah depa pulak, la ni bila dah tak dak, terbongkar lah semuanya dengan jelas. staff baru dapat dah kak..alhamdulillah..next week start, kena bagi training.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails