About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Monday, August 12, 2013

Potret Syawal 1434H





Potret Syawal tahun ini. Seperti tahun-tahun sebelumnya..tiada istilah balik kampung. Tiada lagi rumah kampung. Tok & Wan kedua-dua belah, pun dah tak ada. Dan, tahun ke-9 kami menyambut Syawal tanpa abah disisi. Al-fatihah.



Dik Na dan encik ahbi on-off di teratak bonda. Raya kedua pula di rumah mertua. Mak-mak dan pak-pak menakan cuma dapat berkumpul pada raya pertama. Masing-masing ada tuntutan lain..bertugas demi agama, negara dan bangsa. Apa pun..special menu seperti laksa utara memang tak miss!

Malam raya pertama kami berhimpun makan meehoon tomyam dan halwa maskat yang eksotik tu di rumah maklong & paklong. Tak jauh pun, bayar tol 4 hengget je. Bunyi macam orang kaya pulak! hehe. Tapi, frust sikit, tahun ni maklong tak buat ketupat jagung. Raya kedua pulak kami bertandang ke rumah pak menakan sebelah arwah abah, pak anjang Isa. Dihidangkan dengan mee bandung. Raya ketiga pegi menyemak rumah Dik Na pulak. Juadahnya, squid tempura!! Konklusinya, raya kami sekadar Sg. Petani, Butterworth, Bukit Mertajam & Georgetown.

Azam dah lama...nak cari calon ahbi yang ada kampung. Ada dusun rambutan, doyan dan sebagainya is a bonus..hehehe. Demand kemain. Yang tak ada kampung pun tak dapat..lagi nak demand yang ada kampung siap dusun buah segala. 

Raya dah abis. Hari ni dah start keja. Melambak dok tunggu. Semester baru pun dah bermula. Pendaftaran subjek dan kursus minor pun dah decide, siap, beres siang tadi. Assignment pun dah dapat.

Marilah mula berkerja! Errr....takmo puasa 6 ker...I pun belum mula lagi..bila la..bila..???




Ibn Qudaamah mentioned in al-Mughnee (2/259) that Muhammad ibn Ziyad said: I was with Abu Umamah al Bahili (rahimahullah) and some other companions of the Prophet (sulAllahu alaihi wa salaam).

When they returned from the eid, they said to each other, ‘Taqabbalallahu minna wa minkum (May Allaah accept it from you and us).”

24 comments:

  1. Selamat Hari Raya cik siti murni (teringat cikgu murni @ haji bakhil)...siti 3 beradik ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mck,

      a'ah..kami 3 beradik je..tapi kalau sekali berjumpa tu..mau hingaq jugak la satu floor..hehe.

      Delete
  2. Baca N3 nie samapai kat halwa maskat terus nak tau kat mana boleh dapat yang yg best belah utara nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. harrizam,

      halwa maskat & dodol antara menu yang crucial. nak beli pun seriau..kot2 kena yang tak sedap. so, tahun ni memang tak beli atau tempah langsung. merasa dekat rumah orang saja..tu baru rasa sedap..hehe.

      Delete
  3. br nk mula arini sebab start keje... selagi kat rmhn bercuti.. mmg x best nk puasa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. zonaku,

      selagi banyak jemputan rumah terbuka, selagi tu la rasa tak best..hehehe. esok2 dah kat opis lagi la banyak invitation open house...sabaq bebanyak je la. yang penting kalau dah tekad nak puasa tu..elok buat ja. tak payah tangguh2, kan..?

      Delete
  4. assalam murni selamat hari raya maaf zahir dan batin
    acik ada kampung..tapi tak de rumah he he..beraya dirumah sendiri jugak dan 4 tahun//pagi raya balik jugak kampung beraya dirumah jiran2 untuk melepaskan rindu udara kampung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. acik erna,

      wkmsalam...maaf zahir batin juga..taqaballahu minna wa minkum.
      untung acik masih ada jiran2 rapat di kampung tu..boleh jugak lagi bertandang. macam kami ni..jiran2 kampung pun ramai yang dah tak ada, semuanya sebaya arwah tok, abah & wan. yg muda2 semua dah pindah belaka...

      Delete
  5. selamat ari raya k.murni..
    betul3 calon ahbi yang ada kg memang 1 keistimewaan..bila lagi nak rasa lecak jalan kg, bau taik lembu, tengok taik kambing sepanjang jalan ahak ahak

    ReplyDelete
    Replies
    1. zie,

      haha...betul tu..tepat sangat2! yg tu la paling feel bila dok kampung..kalau kat rumah kampung dulu, musim ujan mesti terbau aroma 'bijih' kambeng peliharaan arwah tok wan. arwah moyang dulu siap bela lembu tepi rumah. rumah kami pulak kat belakang ada reban ayam. takde nak jakun pun tengok itik berenang kat 'ban'. tapi suasana macam tu la yang bangkit nostalgia dan indahnya kehidupan kampung yang budak2 zaman sekarang susah nak rasa dah.

      Delete
  6. selamat hari raya murni...
    inshaa allah akan tertunai hajat tu nak carik calon org yg ada kg...aminnn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ain,

      amin..amin ya rabbal aalamin. kak ain banyak2 la doakan untuk adikmu ini ya...mekacih.. :D

      Delete
  7. itu lah....bila dah berkumpul ramai2 saya pun susah nak bergerak balik ke KL balik. tapi demi tuntutan tugas, terpaksa jugak beratkan hati gerak menuju ke ibukota jam 3am nanti. semoga perjalanan saya nanti selamat tiba ke lokasi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. eelobor,

      seronok..lebih2 lagi kalau adik beradik ramai dan susah nak jumpa sekali. bila dah jumpa, banyak je nak digossipkan...betul dak..?hehe...makan pun sedap2, kannnn.....

      saya doakan semoga selamat sampai dan perjalanan berjalan lancar nanti ya..

      Delete
  8. Berkenan baju Raya bonda awak. Simple, tapi lawo!

    Selamat Hari Raya Siti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak azie,

      baju bonda tu anak2 perempuan dia la yang pilih dan belikan. nasib baik dia suka. kami dua beradik dah tau taste dia..mesti kena ada merah atau hitam.

      selamat hari raya kak azie..maaf zahir batin.

      Delete
  9. Seronok bergambaq masa raya, tiap2 tahun boleh tengok perubahan diri masing2 (cakap masa tengok gambaq raya family sendiri akak nih), hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak dinas,

      bergambaq tu patut dijadikan acara wajib. cuma kadang2 tak dan. maklum la dah berkumpul ramai..macam2 karenah dok ada. qalit sampai bebai jugak jurukamera..hehe.

      Delete
  10. Jom2 pi kampung akak tapi tak dak la kambing, lembu bagai ayam ada la 2-3 ekoq...ahahaaa...

    Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin sis, mana tahu selama dok pi mai-pi mai kat blog ni ada terkasq bahasa, taun depan jom raya kat Perelih.

    ReplyDelete
  11. Akak tahun ni tak dak gambaq raya pun. Tak cukup korum. Sebenarnya nak elakkan banjir besar jadi lari sikit dari kebiasaan. Tapi akak seronok tengok gambaq raya murni. Tak pa kalau tak dak kampung, asal mak kita ada sebelah dah cukup.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails