Sunday, September 29, 2013

Ragut: I'm one of the Statistics

Bila terbaca di ruang maya dan dada-dada akhbar tentang kes ragut, kita ikut sama terasa emosional..geram dan menyumpah seranah peragut-peragut yang makin hari makin menjadi-jadi. Seolah-olah dah jadi kerjaya professional pulak puak-puak ni. Never that I thought, one day I am one of the statistics.

Pagi Khamis 26 September lalu, I woke up at 6 something with no difficulties at all. Biasanya liat nak bangun. Selepas solat, hantar mak bonda ke tempat kerja..sempat lagi 'mandi' kan cik bee di pekarangan pejabat asrama. Jam 7 lebih, balik ke rumah dan cepat-cepat siap. Perut tersangat lapar. Supposed pagi tu dah berjanji nak belanja my BFF officemate, Ms. Project Manager untuk breakfast. Traffic pun a bit okay pagi tu, takde jem teruk-teruk dekat persimpangan Bayu Mutiara. So I reached office at around 8.30. Memang awal dari biasa la, since office hour begins at 9.00am.


Tempat letak kereta opis corner lot ni ada 4 parking space. Tempat yang biasa i park petak no. 1 paling hampir dengan main entrance dan betul-betul tepi main road taman. Masa park kereta, berhenti sebuah motosikal, which I believe jenis Honda EX5 warna kelabu. Kalau silap maknanya mata I la yang 'kelabu'..! huhu. Yang bawak moto tu perempuan dengan jaket pink, berseluar jeans, helmet putih. Di belakangnya si pembonceng lelaki melayu berbaju putih, dan helmet in same color. "oo..couple ni pepagi nak pegi keja...berhenti tepi jap boypren pegi post office," dengus I dalam hati. Lelaki baju putih tu berjalan menghala ke arah pejabat pos yang letaknya di blok belakang. Yes sangat kan...





Dalam kereta, dalam masa tak sampai 1 min, I decided to bawak turun my lappy bag sekali, since I did not bring anything much...so malas nak 2 tiga kali kerja bawak aje lah turun, which is luar dari kebiasaan. Normally, I bawak beg lunch je turun dari kereta..barang-barang lain tinggalkan dulu. Lock kereta dan jalan ke pintu office yang tak sampai berapa meter pun. Lappy tu ada di sisi I masa I menunduk bukak kunci shutter dan pad-lock, suddenly beg lappy tu direntap dari sebelah kanan. Masa direntap tu terus teringat, mesti dak amoi Ms. Project Manager datang nak melawak dengan I, tapi sekali toleh budak lelaki tadi daaa...! Terus I menjerit sambil cuba nak tarik beg tu, unfortunately dia rentap pulak handbag I yang I galas di sebelah kanan. So bermula la adegan tarik menarik rentap merentap dalam masa beberapa saat. Akhirnya beg tu terlepas dari tangan I. Everything happens so fast..yang I ingat, I dah jerit few times sambil baling pad-lock yang ada di tangan I. Kudrat dan kuasa nak aim dengan tepat memang tak cukup dalam waktu-waktu panik macam tu. Budak lelaki tu dengan cepatnya dah lari panjat moto, budak perempuan terus memecut. Masa panik, hilang semua takut, terus I start kereta dan kejar moto tu...tapi....hilang sudah dari pandangan.

I drove back to office, masa kejar dengan kereta tu berselisih dengan dak amoi...just a few minutes late. Benda dah nak jadi agaknya. Kalau dah tertulis macam tu, tak boleh nak kata apa lagi dah. Then only upon reaching car dak amoi, sambil cerita kat dia apa yang jadi baru la I merembes airmata. Dan-dan rasa sakit tangan bedenyut-denyut.

Tak berlengah lagi, kami terus ke Balai Polis Bukit Tengah untuk buat laporan. Straight away jugak call maxis dan semua bank untuk block all the cards. Boleh merambu ayaq mata saja lah. Dah bukan rezeki I. Alhamdulillah...I'm fine, takde cedera kritikal cuma tangan masih sakit even dah 3 hari berlalu.

Trauma..? Usah cakap la...malam-malam tak boleh tido lena. Still dok recall insiden pagi tu. Everytime dengar enjin moto yang lalu, mesti terbangun dan terjenguk-jenguk la dari tingkap bilik. Dan, saturday ....datang opis bertemankan mak bonda. Dah tak berani nak jalan solo. Even keluar dari rumah nak kunci pintu pun terasa takut amat sangat.

Just a reminder untuk semua teman-teman blogger..dan sahabat-sahabat especially ladies....alert please..with the surrounding, lagi2 when you're alone. Peragut ni sama je ibarat harimau yang menunggu the right timing untuk menerkam mangsa. Bear in mind, 'they' could be anyone, even a woman! Listen to you instinct, we are gifted with it. Jangan jadi macam I..dah nampak depan mata, tapi simpan rasa curious.

Apa-apa pun, Alhamdulillah, I'm grateful, tak dicederakan. Ityang penting. Harta material yang hilang, memang such a big loss, tapi semua tu boleh dicari. Kesusahan itu dah pernah dirasai...Allah masih sayang, diujinya kita supaya kittak terus lalai. Kepada kawan-kawan yang tak berhenti-henti mengirimkan doa, ucapan simpati dan kata-kata semangatterima kasih banyak-banyak. At least I know, ada orang masih sayang I. :-( Allah beri peluang untuk diri ini mencelikkan matyang selama ni malas nak buka luas-luas. 

thanks dak amoi Ms. Project Manager, and sis Sugahoney a.k.a Dik Na, helps me a lot through the hardship.


P/s: recovering needs time... 


Love,
Murni Alfathunnisa

XOXO :D
Publish!

Monday, September 23, 2013

Cik Siti Menjejak Sejarah: Khoo Kongsi

Leong San Tong Khoo Kongsi! Wah..lama benor baru dapat mai tengok senibina warisan hasil ketukangan dari Southern Fujian. Sunday yang free dan available untuk sahabat lama, so, dia bawak I jalan-jalan tengok senibina warisan di sini yang I tak sempat nak explore habis-habisan lagi.

Khoo adalah antara lima suku/keturunan/clan yang terbesar di Pulau Pinang yang menjadi tulang belakang pembentukan komuniti Hokkien terawal di Pulau Pinang. The Five Big Clans is called 'Goh Tai Seh', Khoo, Cheah, Yeoh, Lim & Tan. Bermula dari pertengahan kurun ke-19, kongsi ni berkembang menjadi satu perkampungan suku yang besar bermula dari Chulia Street Ghaut sehinggalah ke Beach Street. Tapi, harus diingat ya..bukan semua surname yang bermula dengan nama 'Khoo' adalah dari Khoo clan ni, cuma yang originate dari daerah Sin Kang, now known as Xiangcheng, China ya.




 

Ahkak berjalan lenggang kangkung tengah panas, terlupa kulit dah 'tan' secara semulajadi. Begitulah gigihnya ahkak semata-mata nak capture pic atas ni.




 

Lepas tu, together with my BFF yang bertindak sebagai tour-guide pada hari berkenaan, kami pun masuk lah ke dalam Khoo Kongsi ni. Gambar atas ni dari tangga prayer pavilion menuju ke upper floor central hall. Nampak tak round wall carvings di dua-dua belah sisi pintu tu..? Bukan kerja mudah nak ukir batu yang bertindak sebagai tingkap dengan lubang pengudaraan untuk tujuan ventilasi, tapi dalam masa yang sama penuh berseni dan membawa maksud tertentu. Gambar detail ukiran berkenaan ada di my instagram.






One from a pair of lion, stone carving yang terletak di pintu masuk upper floor, central hall atau dikenali sebagai Cheng Soon Keong. The lions symbolize as the gate-keeper dan sebagai simbol penghormatan kepada tetamu yang memasuki ruang dewan. Yang ini male, playing with two coins.

Kami explore dulu ukiran-ukiran di sekitar verandah dekat prayer pavilion sebelum masuk ke hall yang paling kanan.






Another wall carving at the right hall. Semua ukiran dinding ni mengandungi maksud tertentu sama ada yang tersurat atau tersirat. Kebanyakan ukiran-ukiran dinding di Leong San Tong Khoo Kongsi ni mengalu-alukan kedatangan tuah dan mengelakkan nasib malang dengan bermotifkan unsur-unsur seperti bunga, burung, binatang dan manusia. Ukiran atas -- auspices and blessings” (qi qiu ji qing).

Tak lama pun kami meninjau kat tingkat atas ni..sebab dua hall yang occupy tingkat atas ni cuma ada altar for prayers dan satu hall lagi menempatkan name plaque setiap descendants dari Khoo clans. Secara kesimpulannya, the Khoos ni semua kaya-kaya, wealthy merchant from all over the straits of Malacca. 

So, apa lagi..we all pun berlenggang-lenggang lagi ke tingkat bawah.





At the lower floor yang kini ditempatkan sebagai ruang muzium, ada dipamerkan salasilah,latarbelakang sejarah Khoo clans dari perkampungan Sin Kang, China sehingga mereka immigrate ke tanah malaya dan gambar-gambar yang mengimbau nostalgia.








Top photo -- entrance to lower floor, museum.






Ukiran yang terdapat pada dinding berhampiran pintu masuk ke bahagian kitchen.





Suddenly rasa macam betul-betul kat China, dengan senibina nya yang saling tak tumpah macam yang kita tengok dalam pilem 'terbang'2 diorang tu..hehehehe






This is the kitchen....klasik!





Haaa....gobok ni memang menarik perhatian I. Teringat masa duduk kampung dulu. Gobok ni arwah tok dan mak bonda buat simpan lauk dan botol 'tokyu'. Ada jugak teringat nak cari gobok ni, still practical untuk digunakan tapi untuk simpan benda lain la kot...and in the mean time, unique as part of interior decoration. Antique giteww...




 
Semua 'gadjet' yang digunakan di dapur zaman dulu...





Ada banyak illustrasi dan mural di Khoo Kongsi, top photo is among the famous murals -- "Eight Immortals". It depicst eight in leisurely moods and painted by artist named Tan. Mural ni letaknya kat ruang koridor belakang rumah warisan ni.




 
Ni pun kat bahagian belakang...nature feels.








Ahkak layan perasaan kejap tengok ikan berenang-renang sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya......masih lagi di Unesco World Heritage site.



Love,
Murni Alfathunnisa


XOXO :D
Publish!






Tuesday, September 17, 2013

Mari Mengapi-api: Kerang Berapi 'A' Tomyam

Ni namanya mengapi-apikan diri sendiri di malam hari tatkala perut sedang bernyanyi dengan girangnya. Lapar okey. Walhal sebelum maghrib tadi dah dinner, nasi separuh, diet la kononnya. Nah..sekarang pukul sepuluh suku dah rasakan penangan diet tak bertempat.

Entri siaran tertunda sebab tuan punya blog lebih padat agenda berbanding masa lapang nak update entry. Sudah menjadi adat, masa free, tak ada bahan, tak ada idea. Masa tak free, idea mencurah-curah. Bahan pun penuh folder.





Punya la lama nak cari masa nak singgah restoran ni, akhirnya, ada orang tu teringin tergedik-gedik nak makan kerang berapi, sampai lah kami berempat ke restoran Kerang Berapi A Tomyam, Pokok Sena. That night, we all order Set 1, then tambah lagi 2 plate nasi putih and their special menu, Kerang Berapi. 

In summary yang ada atas meja for dinner is, seafood tomyam (ketam, sotong & kepah), daging daun bawang, bawal 3 rasa, telur dadar, kerabu mangga dan kerang berapi. Mewah jugak portion nya untuk 4 pax. Total bill, RM 55.00.

In my opinion..sedap, berbaloi, puas hati, boleh buat lawatan balas..and recommended! Disebabkan we all pergi during weekdays, service memang ok, pantas.

To those yang berhajat nak mencuba makanan seafood ala thai di sini, boleh ikut PLUS exit Sg. Dua. Traffic light pertama, belok kiri menghala Pokok Sena. Restoran ni selepas Lahar Yooi on your right hand side.


Address: Jalan Pokok Sena, 13220 Pokok Sena, Pulau Pinang.Contact: 013-4345274
GPS Coordinates: 5°28'55"N 100°27'27"E
Facebook page: https://www.facebook.com/.../556187904404269


 
Selamat berapi-api di Kerang Berapi! ;-)





Friday, September 13, 2013

Weekend Holiday: Panggilan Pulau? Lompatan Pulau?

"Ayo Ayo Ayo Ayo..Ayo Kezambo.....aaaaaa....mari menari....." hohoho...huduh okey, Cik Murni. Tetiba teringat pilem P. Ramlee, Panggilan Pulau, 1953. Namun, entry hari ni tiada kena mengena dengan pilem berkenaan.

Jika hari pertama we all di Langkawi dah habiskan masa bershopping coklat, pinggan mangkok ayun dan sebagainya di segenap pekan Kuah, Day 2 pulak we all feeling-feeling foreign tourist. Tak layan la shopping bagai nak rak, feeling nak buat lompatan pulau (read: island hopping) pulak. Arrangement untuk program island hopping ni we all dah buat seawal tiba di Kuala Perlis melalui Emar Link Holidays. Kadar per pax RM 30 hengget je uols. Memandangkan agenda ke Gunung Mat Cincang dibatalkan di saat-saat akhir, so, we all decide untuk melompat dari pulau ke pulau aje lah.


Sebuah jeti di Pantai Tengah, tempat menaiki bot untuk agenda 'lompatan pulau'

Seawal pagi lagi we all dah jadi pak pacak, menunggu di hadapan Aseania Resort sebelum di bawa ke tempat pelepasan bot-bot untuk island hopping di Pantai Tengah. Terjadi jugak tragedi di bulan ogos ni. Ahkak yang arrange program ni kemain garangnya. Usahkan dia punya boatman kena tempik, we all yang customer ni pun tak pasal-pasal kena jerit. Kuang asam okey. Memandangkan we all ni datang nak seronok-seronok jalan tempat orang, malas le nak gaduh segala. Dia tak puas hati we all dok call confirm 3 times from 2 different number, so, dia dah silap percaturan berapa orang in total yang nak ikut tour dia. Agak bengong di situ ye....penat je buat sistem resit segala tapi tak ikut. Hmm....



 Nak naik bot pun jenuh tunggu giliran..takpe, asal berbaloi. Tapi best sangat...lajuuuuuuuu! Sampai nak celik mata pun susah dek tiupan angin tengah laut yang mengganas, terpelanting jugak topi pelancong minah sebelah i tu..hahaha.... :p



Pemandangan....subhanallah..sangat cantik. Dengan airnya..dengan struktur batu batan dan pulau-pulau kecil yang bertaburan.



Seee......cantik kan..?




Dalam lebih kurang 15 minit macam tu sampai la ke Pregnant Maiden Island atau dalam bahasa malaya nya Pulau Dayang Bunting. Dah banyak blogger buat entry pasal ni, tapi nak cerita jugak. kalau dah dasar kuat membebel tu kannn....


Menapak jugak sebelum sampai ke tasik nya. Memang kena exercise sikit la..dalam 5-10minutes walk melalui trek menuju ke kawasan tasik. Tapi kalau pergi dengan warga emas, dinasihatkan suruh aje diorang rest kat luar, tak perlu ke tasik tu. penat menapak, kesian diorang, nak kena mendaki segala.




Pasangan suami isteri yang isteri nya topi melayang-layang tu kannnn....diorang decide nak boating, tapi malas nak kayuh. So diorang hire yang ada solar panel, tak perlu senaman lagi!
 



Ahkak malas nak kacau privasi suami isteri tu..so duduk lepak kat pelantar tu sambil rendam kaki dalam air. The weather memang cloudy masa tu, tapi bayu nya sedap, sejuk dan nyaman. Breathtaking view. 



Lama jugak pasangan suami isteri ni kat tengah-tengah tasik tu, tah ape diorang buat....hahaha....




Dalam masa tak sampai beberapa minit, hujan turun dengan tiba-tiba. Maka bertempiaran lah lari dengan gegak gempita nya segala makhluk yang bertebaran di tasik itu. 

Alhamdulillah..nasib pasangan suami isteri tu baik..sempat balik ke pelantar sebelum hujan turun. Orang pakat lari menyelamatkan diri, ahkak pulak sibuk snap gambar orang tengah panik cari bumbung...wakaka...

Hujan berhenti lepas beberapa minit. We all balik ke jeti, nak ambik bot sebelum lompat ke pulau lain pulak.


Our next destination, Beras Basah Island. Tapi sebelum ke sini, we all pegi eagle watching dekat satu kawasan mangrove. Bukan mangrove tour, just sepintas lalu tengok helang-helang di mencari makan. Exciting. Sebab you can see the real picture bagaimana tangkas dan accurate nya sang helang ni menyambar ikan di dasar air. Gambar? Hohoho...battery SLR buat hal. Sekian. Malas nak cakap banyak. Kang cakap ahkak membebel lagi....




So, Beras Basah Island is really an idyllic place. Airnya membiru. Geram macam nak terjun mandi. Bila fikir 2 kali, tak jadi lah..sebab no changing room, no toilet, no bathroom...nothing. Just ada orang jual jajan untuk picnic...and again, water sports facilities. 



Picturesque. Pantai di Beras Basah yang telah di-instagram-kan. So, our island hopping berakhir di Pantai Tengah, lebih kurang jam 2. Separuh hari je la..ko bayar murah, ko nak expect ape kan. But overall, worth it. Pengalaman yang best. Rasa kalau nak tour lebih banyak pulau, memang memakan masa jugak tu..and makan modai jugak...ekekkeke. Since the value of experience is infinity, apalah salahnya sesekali kan.

Lunch nasi campur di Pantai Cenang sebelum balik ke Kuah, then send off kereta sewa di Kuah. By the way, we all sewa myvi-lagi-best, kata perempuan yang terpelanting topi tu, berkali-kali la ditekankan perkataan lagi best tu. Menyampah! Mentang-mentang myvi i lagi tak best. Sampai hati beliau!



Bingkisan terakhir dari Langkawi....gambar atas. Barangsiapa yang rajin nak cari info berkenaan homestay ni dipersilakan. A bit info yang I dapat, homestay yang cantik pemandangan sekitarnya ni, berlatarbelakangkan gunung, surrounded with sawah bendang yang sangat kampong style ini letaknya di Kampung Berjaya, Mukim Temonyong kalau tak silap. Dah cuba google, tiada berhasil jua. Waze telah menyebabkan we all merentas desa untuk ke pekan Kuah tengahari tu. Secara tak disengajakan lalu kawasan kampung ni. Itu saja hint yang dapat dibekalkan.

Habis sudaa cerita Langkawi, next episode cerita makan-makan pulak, okey. Macam lari dari kebiasaan sebab tak ada cerita makan setelah sekian lama.


Daaaaa....

Love, 
Murni Alfathunnisa

XOXO :D
Publish!



 


Thursday, September 12, 2013

Kehujanan


Cuaca hari ni cerah, walaupun ada simptom-simptom nak hujan, awan hitam tu tetap bertahan, terus menampung titisan-titisan wap yang berat dari turun melimpahi segenap muka bumi Seberang Perai.

Jauhnya melencong..

Sebenarnya nak habaq..yang "hujan" nya tuan punya blog.....kikikiki.

"Hujan" pun nak habaq..? Eh, suka hati I la...tak suka tak payah ambik tau, tak suruh pun. :p

Kehujanan di Pulau Dayang Bunting -- Episod esok.

Lepas seorang demi seorang staff berlalu pergi..hari-hari di office semakin tenang tanpa gossip liar. Walaupun kena handle semua benda, tapi tak kisahlah, janji tak perlu lagi tengok orang buat muka ketat.
 
Back to "hujan" punya topik. Seawal pagi sebelum 9 dah sampai office. Sampah sarap yang ditinggalkan staff2 sebelum ni belum habis buang. Baaaaanyak betul sampah diorang tinggalkan. "keqhosek" (read: korek)  sana sini..dipendekkan cerita, terjumpa memo, or show cause letter, or whatever it is dalam laci bersama beberapa kertas recycle. Just a copy untuk simpanan orang yang menulis tu dan ditujukan kepada my boss. Di belakang, there is an attachment, kenal benar dengan tulisan tu..handwriting my senior site supervisor...memang paling kanan dan paling senior lah. I remember, I once wrote tentang betapa bermasalah nya nak solat gara-gara perangai senior ni. 

So, the handwriting...is actually a draft to that memo. Kira macam bagi idea untuk si penulis memo ni menyalahkan I in certain things happen lah. Oh pedih hati..hurtful words. Itu je dapat bagitau. The rest of the contents tak payah lah didedahkan di sini, semua internal matter, yang tidak berasaskan fakta, tidak ada bukti, dan tidak ada pengesahan dari orang yang dipersalahkan yakni myself.

Ok fine, menangis merambu-rambu airmata memang tak dapat selesaikan apa-apa. I faxed a copy to branch office. Masalah ni perlukan clarification. Sampai bila I need to carry and keep such a hurtful words to myself. Luckily, BFF yang merangkap workmates ni memahami..cepat-cepat dia mengadu kat bos. Me..nak mengadu..memang a big no no no. Tera tak mengadu pun macam-macam orang dok mengata.

To conclude things..bos balik ke office to have a slow talk...wakakaka. Itupun soon after he had a "short meeting" dengan senior yakni tukang draft memo tadi. Disebabkan dia terlampau free tolong buat draft untuk orang yang mengadu dengan dia tanpa buat pengesahan pula tentang orang yang diadu, maka...dapat lah warning. Moral yang beliau dapat belajar -- sebelum percaya bulat-bulat apa kata orang, periksa dulu kebenarannya.

By lunch time, senior tu datang minta maaf. Elok lah...sebaldi airmata I habis okey! For the sake of company, and thinking of professionalism...i forgive him. Cepat memaafkan, yes..it is. Dia mengaku, it is just a misunderstanding. He listen to the wrong person. But to me, orang yang buat memo ni adalah 'backstabber' paling besar. My bos admit the same thing. Finally, I burst things out di hadapan bos, (tapi kental sebab masa meluahkan perasaan, takde pulak "hujan"..kikiki.) I told him, all this while, the two girls are trouble maker, create problem, create issue yang takde-takde, but I just keep it to myself. Rather than complaint to management yang maybe memandang perkara ni adalah normal office politics and little gossip, lebih baik I diam. Even I had a chance untuk mengadu ke HQ, but i choose to remain silent. Rupa-rupanya, people take for granted and back-stabbing. Nama dah buruk dijaja, tak ada apa yang boleh dibuat lagi. 

Dan moral bagi orang yang menghadapi situasi yang sama, like me,  difitnah, orang kata belakang, kena mengumpat dan macam-macam hal lagi orang bawak mulut pasal kita -- kalau kita di pihak yang benar, diamkan saja...sabar. Mohon dan mengadu pada Allah. In shaa Allah, one fine day, kebenaran akan terserlah jugak. Bangkai gajah lama mana boleh ditutup.

Hikmah hujan airmata hari ni -- proposal untuk install motorised shutter untuk office ni dengan installation cost yang agak besar dan dalam keadaan projek baru masih belum launching, telah pun diluluskan. Yeay!

Bak kata my BFF, "duri dalam hati u telah dicabut keluar oleh bos"...hahaha...apa punya sastera daaa!

Kalau lepas ni ada orang-orang tertentu yang free dan google about me, their previous superior, terbaca cerita ni lepas tu bawak mulut pulak, "tengok tu..unfair, dia mintak apa semua dapat, datang lambat tak kena marah, buat itu takpe, buat ini ok"..meh sini nak habaq...there's no room for a complainer and greedy person here. The firm is flexible all this time. Just don't take for granted, if people can handle 10 yrs without any unsatisfaction,  why don't u? I tak memilih untuk menjadi ketua, to become a leader...but I was choosen. If I had a choice, I don't want you as my subordinates either. Thanks atas jasa bakti ditaburkan kalian..tak sampai 3 tahun perkhidmatan, and apologize, semua yang the firm bagi serba tak cukup. Datang kerja duduk saja di reception, boleh manicure, pedicure, buat part-time job as real estate agent, boleh tenet kalau nak, can read newspaper, can read novel and magazine...hujung tahun dapat enjoy overseas holiday..cuma you're given certain task..just a little that you think I serahkan kerana melepaskan tanggungjawab sebagai 'ketua' and at the meantime, you feel that u're lowly paid. Tak cukup kan yang the firm can give? Buat kerja macam nak mampuih....dapat sikit, bos kedekut...superior asyik nak lari dari tanggungjawab. Sorry for the bad experience you have.


Selamat bertugas di firma baru. Yang pastinya menawarkan pengalaman lebih indah, gaji berlipat kali ganda bersama superior yang pastinya hebat dan tak akan bagi apa2 kerja untuk dibuat.


Ya Allah, berikanlah hambaMu ini kekuatan menempuh hari mendatang. Aamin.


P/s: Hanya sedikit ujian dariNya. Esok lusa sambung cerita island hopping, okeh. 




Wednesday, September 11, 2013

Wordless Wednesday #47: One Night in Langkawi


















Monday, September 9, 2013

Weekend Holiday: Lena Diulit Ombak Rindu di Langgura Baron Resort, Langkawi


Ketibaan kami ke Langgura Baron tengahari sabtu yang panas merembang tu disambut oleh kucing yang sedang nyenyak lena diulit deruan ombak rindu. Kemain dia ni. Bikin panas je. Dah la ngantuk sejak dari atas feri tadi tapi tak dapat nak tido...

Dik Na si pencinta kucing tegar tu mai dok gosok-gosok dia, teruih bangun dari tido yang sedap. Hehehe. Jinak kemain budak oren ni.



Kami tinggalkan dia kat luar. Dik Na dan ahbi beliau masuk buat spot-check kat room yang I book ni..deluxe room. Wooden type chalet yang sepatutnya menghadap laut, but unfortunately dah ada sebuah chalet lain yang block view dari chalet Langgura ni.



Lepas Dik Na tinggalkan I demi bersama ahbi kesayangan di bilik standard mereka..I pi mandi, bersihkan diri, guling-guling atas katil ala bollywood sat..solat dan siap-siap untuk keluar balik. Belum sempat siap..somi isteri dah mai cari I. Sempat la Dik Na snap photo dalam bilik yang kejap je dah disepahkan ahkaknya ni.


Room dia luas. Ada 2 queen bed dalam satu chalet ni. Memang worth-it bayar RM 160.00 per night untuk room ni. Ada bathtub. Syiok lerrr dapat mandi buih uolss....hehehe...


Kata nak snap kondisi bilik, habis dengan ahkaknya tengah bersiap pun dia snap. Terlepas penapisan filem sebab tak ada unsur sensored di situ ya.


Berjangkit la bila dah siap, dengan dia sekali nak enterprem.



Pose bertiga kat luar bilik. To be honest, memang suka stail2 chalet ni. Kampung living by the beach gitu.



Room yang I dapat ni nasib baik tak totally blocked. So, masih boleh nampak pokok rhu, pohon nyiur melambai-lambai...chewahhh..ayat sajak penuh bermakna!

Sedikit tips about Langgura Baron, no breakfast provided. Surrounding area ada banyak option untuk breakfast. Customer service is good. Room condition, jangan expect 5 star facility lah at the price yang agak reasonable..you get what you pay. Room with air-cond and coffee-making facility. Got fridge. Got TV.

Sesuai jugak untuk datang dengan family, as the room is quite big dengan 2 queen bed. Tapi ahkak occupy sorang je. Taknak diganggu, nakkan privacy katanya. Parking is a bit problematic, very limited. Kena share parking dengan beach-goers. Cleanliness aspect, perlukan improvement. Especially untuk bed. Make sure tak ada bendasing atas katil. That day, macam ada daun kering ke cebisan kertas atau tisu..tak pasti apa. Tepuk-tepuk buang je.  Location vise, very good. Opposite Cenang Mall bagi yang masih tak boleh hidup tanpa shopping mall and urban civilizations. Ada starbucks, ada KFC, ada Oldtown. So, don't worry. You still can survive. Shopping bazaar sepanjang jalan je..memang walking distance dengan Langgura. SPA is everywhere.



Beginilah pemandangan Pantai Cenang, live dari belakang chalet penginapan kami. Tak dapat pergi Maldives, dapat mai sini untuk weekend holiday pun alhamdulillah. :-)



Nak feeling-feeling hawaii, mediterranean pun boleh.

The most important point here, during this weekend holiday, I memang dapat quality sleep seperti yang diharapkan. Tido sampai tak hengat dunia. And, what a beautiful sunday morning when I woke up by the sound of nature, macam terngiang-ngiang lagi deruan ombak yang menghempas perlahan ke dada pantai pagi tu. Awesome!

Tuesday, September 3, 2013

Datang Tak Dijemput, Nak pi..? Dipersilakan....

I manusia yang tahap kesabarannya kadang-kadang senipis kulit bawang. Every little thing there must be a reason behind it. I dah choose not to see certain feed, but it still appear, and it hurts me so bad. I'm sorry that, I am what I am and not to pleased you as you wish.

Office -- we are here for professionalism, we don't talk behind, we simply use harsh words in this industry, we sometimes tend to get temper easily due to continuous pressure, be it from internal or external party. Everything must be fast, factual and accurate. I hate office politics, I keep remind all staff not to spread rumours, not to gossip...banyak lagi benda lain hangpa boleh sembang. But, siapa kita untuk tutup mulut manusia. I am not the best, I'm just an ordinary person, I make mistakes, I'm not an angel, I'm not good either. Bila ada orang kata, "bangsa lain pun mengutuk dia, inikan pulak melayu sama melayu". Sebelum seseorang mengeluarkan statement ni, did she ever think that she is Muslim? We are Muslims..permusuhan apa yang buatkan dia mengeluarkan statement ni to me, I'm her superior previously. She decide to quit dengan alasan dapat "better offer", leaving me alone running the whole operation of the office for two weeks. I'm not a coward, I believe I can do it even I'm alone. Allah ada. So naive that I don't exactly know the reason behind her resignation which is probably cannot tahan with "my behaviour"..like a child?? What are my behaviour during her service yang looks like a child? Or did she simply just listening to gossip from somewhat "bangsa lain" yang dah resign?? Never she did ask me, why you do this, or why you do that to this person..so that I would have a good answer to tell her.

Or..is this "temperament" statement just because I put both of them (adik-kakak) in my "restricted list" for my facebook account just after her resignation?? Marah sebab dah tak boleh nak tau perkembangan perempuan yang perangai kebudak-budakan ni? I have reason for putting them under "restricted list". Some things are better left unsaid.  I bukan artis, bukan model, bukan selebriti menjaja cerita, bukan kaki tayang photo camwhore.. What for that you need to know my whole 'timeline' if you don't have any effort to 'like' or 'comment' or at least show me your keikhlasan to still keep in touch.? You don't even care kan? It's not that I nak mengata mengumpat you that I put you in my restricted list. It is just happen. And for record, dah berapa ramai masuk dalam 'restricted list' tu, they dont even care pun...sebab depa tak pernah pun dok skodeng timeline orang. Why? I just think, depa tak nampak feed apa-apa dari I pun tak apa, nothing important for them. Post biasa yang tak glamer, just about me and my world yang tak pedulikan hal orang..even hal minyak naik 20sen pun I tumpang komen dan baca saja. Ask me straight in my face lah. Bukannya meluah rasa di facebook dengan menghina, memaki dan mencerca. Yes, people maybe did not aware, orang yang dicaci tu siapa, but semua yang mengomen, seems like bersepakat tahu cerita yang sama dan menyindir orang yang sama. Coincidence..?Hmm..come on la! Macam-macam yang dikata, minah senget la, perangai macam budak-budak la...tak matang la..umur meningkat la...belajar tinggi tapi tak itu ini lah...perasan artis la. So, I see their true color now. Thanks sangat.

I don't have to tell the whole world, macammana berbahasa-basi nya si kakak masa nak recommend kan si adik untuk berkerja. The decision to employ is not mine, dan dah memang rezeki dia. Allah yang tentukan bukan kuasa I pun. Macammana baik orang treat you as a new employee..macam tu la baik yang you kena buat when you leave the firm, isn't it? Not spreading around the gossip dengan outsiders yang tak ada kena mengena dengan firm. Performance vise..lain disuruh, lain yang buat. Tak faham pun tak bertanya. Kata graduate bagus sangat, konsep pun tak faham. Gaji demand kemain. Suruh fax satu surat pun alih-alih "perempuan-pelik-lagi kebudak-budakan" ni yang kena buat. Ceruk mana datang pandai tu..? Baru first day keja dah sibuk dengan dua 'semat-fon' yang tak ada kredit, facebook! Can you imagine?! Kita ni masuk 8tahun keja baru pandai mengelat, tu pun sebab assistant ramai, buat apa ada assistant kalau semua kita nak kena buat. Tak puas hati terms ni, please direct your unsatisfaction to the management. Wa tak heran okey. Siap signature dengan cop rasmi & nama director wa boleh dapat ok.

Zaman I dulu (Chewaaahhh..macam tua sangat dah bunyinya...), bila tak pandai, makin kena marah, makin kita nak belajar dan buktikan kita bukan bodoh yang tak boleh menerima ilmu. Dan ilmu tu pulak bukan datang bergolek sendiri, kena gali sana sini, korek merata, tebalkan muka tanya senior-senior...kena perli, kena sindir. Takat senyum sinis superior dan senior tu takde mendanya. Kena maki berkandaq pun tetap hadap keja yang sama setiap hari, 6 bulan lamanya bertahan kat syarikat hartanah konglomerat yang rasis tu. Belum kira 2 tahun lebih kat syarikat hartanah yang rasis tapi tak konglomerat. Sebab apa?? Sebab -- sapa nak bagi makan? Boypren? Sabar dalam menimba pengalaman dan mencari sesuap nasi. Budak la ni...hmmm...tegur sikit sentap, tak tegur kata tak ambil berat..buat tak tau, cakap kita tak ambil peduli. Yang paling best....mulut manis kemain kat depan kita, kat belakang mulut lagi teruk dari bau longkang. Entah apa-apa dah cerita pasal I yang merebak mengalahkan gosip artis...see, who's childish now..?

Fresh graduates dear, cuba lah untuk tak demand dalam mencari pengalaman. Persaingan terlalu sengit. Dunia ni bukan luas mana pun..silap-silap still in the same industry. Sekali bermulut celupar, selamanya orang ingat. Dan...jangan ingat dengan mencerca orang kat facebook dapat kepuasan hati dan perasaan semata-mata. Takut-takut esok nanti, putih mata. Ada certain employer yang review candidates based on their facebook profiles, untuk kaji character calon-calon yang bakal ditawarkan sesuatu jawatan. So, jangan dok cakap pandai sangat. Mulut kena jaga. Hati pun kena jaga. Jangan dok sangka buruk kat orang, jangan dengaq cerita tak sahih. Guna otak bila dapat maklumat. Main semberono lepas tu cerita merata. Elok la pi sharpen your skill, belajar short-course, or pi la cari keja lain untuk timba pengalaman dari buang masa mengumpat, menyindir kat facebook tu. Zaman dah maju, gadjet serba canggih, mindset hulu-banat. 

For me, lesson learned sekali lagi. Tak mau terlibat dah dalam sebarang usaha menolong kawan-kawan atau ahli keluarga kawan-kawan yang dahagakan pekerjaan lepas tu hangat-hangat taik ayam, lepas tu baling pulak taik ayam tu kat orang yang tolong. Toksah la mai keja dengan kami..buat leceh ja, profit and bonus nak kena share, setahun sekali nak kena hangkut pi oversea...semak flight..! Bagi kami-kami yang old-timer ni saja yang pi. Sekian, terima kasih.

Terima kasih bebanyak jugak la sebab dok tabur fitnah, jaja cerita dan berita yang tak pasti kesahihannya tentang diri ini. This pain I'm going through..biar Allah saja yang mengadili.

Hikmahnya -- dah dapat pun pengganti, and you know what, pengganti ni lepasan SPM je noks. Untuk 2 hari perkhidmatan ni, nampaknya seorang yang eager to learn, lebih mudah faham, lebih ceria dan betullah kata orang, orang tamak selalu rugi. Budak baru ni takde demand gaji, dapat gaji plus travelling allowance yang lebih tinggi. Mudah-mudahan lasting kat sini, seronok rasa dapat mengajar orang yang suka belajar dari mengajar orang yang penuh kepura-puraan dan ke'plastik'an.

Love, 
Murni Alfathunnisa

XOXO :D
Publish!

P/s: spoil mood nak cerita-cerita jenjalan Langkawi.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails