About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Monday, September 23, 2013

Cik Siti Menjejak Sejarah: Khoo Kongsi

Leong San Tong Khoo Kongsi! Wah..lama benor baru dapat mai tengok senibina warisan hasil ketukangan dari Southern Fujian. Sunday yang free dan available untuk sahabat lama, so, dia bawak I jalan-jalan tengok senibina warisan di sini yang I tak sempat nak explore habis-habisan lagi.

Khoo adalah antara lima suku/keturunan/clan yang terbesar di Pulau Pinang yang menjadi tulang belakang pembentukan komuniti Hokkien terawal di Pulau Pinang. The Five Big Clans is called 'Goh Tai Seh', Khoo, Cheah, Yeoh, Lim & Tan. Bermula dari pertengahan kurun ke-19, kongsi ni berkembang menjadi satu perkampungan suku yang besar bermula dari Chulia Street Ghaut sehinggalah ke Beach Street. Tapi, harus diingat ya..bukan semua surname yang bermula dengan nama 'Khoo' adalah dari Khoo clan ni, cuma yang originate dari daerah Sin Kang, now known as Xiangcheng, China ya.




 

Ahkak berjalan lenggang kangkung tengah panas, terlupa kulit dah 'tan' secara semulajadi. Begitulah gigihnya ahkak semata-mata nak capture pic atas ni.




 

Lepas tu, together with my BFF yang bertindak sebagai tour-guide pada hari berkenaan, kami pun masuk lah ke dalam Khoo Kongsi ni. Gambar atas ni dari tangga prayer pavilion menuju ke upper floor central hall. Nampak tak round wall carvings di dua-dua belah sisi pintu tu..? Bukan kerja mudah nak ukir batu yang bertindak sebagai tingkap dengan lubang pengudaraan untuk tujuan ventilasi, tapi dalam masa yang sama penuh berseni dan membawa maksud tertentu. Gambar detail ukiran berkenaan ada di my instagram.






One from a pair of lion, stone carving yang terletak di pintu masuk upper floor, central hall atau dikenali sebagai Cheng Soon Keong. The lions symbolize as the gate-keeper dan sebagai simbol penghormatan kepada tetamu yang memasuki ruang dewan. Yang ini male, playing with two coins.

Kami explore dulu ukiran-ukiran di sekitar verandah dekat prayer pavilion sebelum masuk ke hall yang paling kanan.






Another wall carving at the right hall. Semua ukiran dinding ni mengandungi maksud tertentu sama ada yang tersurat atau tersirat. Kebanyakan ukiran-ukiran dinding di Leong San Tong Khoo Kongsi ni mengalu-alukan kedatangan tuah dan mengelakkan nasib malang dengan bermotifkan unsur-unsur seperti bunga, burung, binatang dan manusia. Ukiran atas -- auspices and blessings” (qi qiu ji qing).

Tak lama pun kami meninjau kat tingkat atas ni..sebab dua hall yang occupy tingkat atas ni cuma ada altar for prayers dan satu hall lagi menempatkan name plaque setiap descendants dari Khoo clans. Secara kesimpulannya, the Khoos ni semua kaya-kaya, wealthy merchant from all over the straits of Malacca. 

So, apa lagi..we all pun berlenggang-lenggang lagi ke tingkat bawah.





At the lower floor yang kini ditempatkan sebagai ruang muzium, ada dipamerkan salasilah,latarbelakang sejarah Khoo clans dari perkampungan Sin Kang, China sehingga mereka immigrate ke tanah malaya dan gambar-gambar yang mengimbau nostalgia.








Top photo -- entrance to lower floor, museum.






Ukiran yang terdapat pada dinding berhampiran pintu masuk ke bahagian kitchen.





Suddenly rasa macam betul-betul kat China, dengan senibina nya yang saling tak tumpah macam yang kita tengok dalam pilem 'terbang'2 diorang tu..hehehehe






This is the kitchen....klasik!





Haaa....gobok ni memang menarik perhatian I. Teringat masa duduk kampung dulu. Gobok ni arwah tok dan mak bonda buat simpan lauk dan botol 'tokyu'. Ada jugak teringat nak cari gobok ni, still practical untuk digunakan tapi untuk simpan benda lain la kot...and in the mean time, unique as part of interior decoration. Antique giteww...




 
Semua 'gadjet' yang digunakan di dapur zaman dulu...





Ada banyak illustrasi dan mural di Khoo Kongsi, top photo is among the famous murals -- "Eight Immortals". It depicst eight in leisurely moods and painted by artist named Tan. Mural ni letaknya kat ruang koridor belakang rumah warisan ni.




 
Ni pun kat bahagian belakang...nature feels.








Ahkak layan perasaan kejap tengok ikan berenang-renang sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya......masih lagi di Unesco World Heritage site.



Love,
Murni Alfathunnisa


XOXO :D
Publish!






17 comments:

  1. Assalamualaikum,
    Gigihnya dikau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam anyss,

      hehe...bukan selalu dapat gigih macam ni, sementara belum bertimbun keja skulah..daku gigih jalan-jalan dulu.

      Delete
  2. menarik... cantik decoration tokong ni. Pernah skali je saya tour tokong. Tokong ular yg famous di Penang. Area2 nak ke Bukit Bendera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selaseh,

      saya suka senibina sebenarnya..tak kisahlah bangunan apa sekalipun..paling suka tengok keunikan senibina. Snake temple yang famous kalau tak silap di Bayan Lepas. Kalau area Bukit Bendera tu kuil buddha terbesar..Kek Lok Si.

      Delete
  3. Kalau sekadar tengok gambar memang macam jelajah ke China. Tapi itulah sebab di Penang komuniti Cina masih kuat dia simpan heritage ini utk anak-cucu dia... kita tumpang tengok dan tahu sejarah mereka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakzakie,

      Bangunan warisan yang ada ciri-ciri ketimuran, oriental dan sedikit sebanyak pengaruh westeners masih banyak di Penang. In shaa allah..saya nak jelajah semuanya. Setuju baris akhir komen kakzakie, kita tumpang tengok...ilmu pengetahuan jugak buat kita dengan mengetahui sejarah dan latarbelakang mereka...

      Delete
  4. hhmm.... mcm ada nk komen y blh jd punca gaduh..
    btw, nice pics!!!! tan semulaajdi la untung, x yah susah payah guna payung or bazir duit ngan sunblock bagai

    ReplyDelete
    Replies
    1. zonaku,

      rasa-rasanya most of my entry kat sini memerlukan readers yang mempunyai openness. kalau tak bersifat terbuka..asyik prejudis je la kekdahnya.

      Gaya ni punya merayau tengah panas, kalau pakai uv whitening ka sunblock ka...sampai bila-bila pun tak berkesan...hehehe

      Delete
  5. gobok tu masa zaman aruah mak kakain ada elok jer lagi...sekarang ni dah reput tak berjagakan..sayang la jugak..

    ReplyDelete
  6. oh kejap. aku hampir tertipu dengan gambar mereka yang duduk makan di meja itu. nampak macam real.

    ReplyDelete
  7. cantik la gambar2 nya..tengok depan2 tak de la cantik gini pun..hehehe

    ReplyDelete
  8. Lemari lauk tu nostalgia betoi. Teringat yg kat rumah arwah tok. Dah goreng lauk buat gulai bagai, simpan dalam tu, hehe.

    Cintalah sejarah. I like.

    ReplyDelete
  9. cantik ukirannya, waarna cata pun menarik dan suka scene ikan berenang tu..

    ReplyDelete
  10. salam murni
    Byak lg yg ta tak tau rupanya.thanks sudi sharekan

    Maaf lama tak dtg sini

    ReplyDelete
  11. kat sana banyak tokong yang besar2 kan.... masa pegi itu ari sempat gak singgah beberapa tempat yang menarik ambik gambar kat sana

    ReplyDelete
  12. IM pun tak pernah pergi secara dekat walau dah puluh tahun tinggal kat penang!

    ReplyDelete
  13. Gambo last tu den suka benor...kalau le leh buat kat rumah den...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails