About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Thursday, September 12, 2013

Kehujanan


Cuaca hari ni cerah, walaupun ada simptom-simptom nak hujan, awan hitam tu tetap bertahan, terus menampung titisan-titisan wap yang berat dari turun melimpahi segenap muka bumi Seberang Perai.

Jauhnya melencong..

Sebenarnya nak habaq..yang "hujan" nya tuan punya blog.....kikikiki.

"Hujan" pun nak habaq..? Eh, suka hati I la...tak suka tak payah ambik tau, tak suruh pun. :p

Kehujanan di Pulau Dayang Bunting -- Episod esok.

Lepas seorang demi seorang staff berlalu pergi..hari-hari di office semakin tenang tanpa gossip liar. Walaupun kena handle semua benda, tapi tak kisahlah, janji tak perlu lagi tengok orang buat muka ketat.
 
Back to "hujan" punya topik. Seawal pagi sebelum 9 dah sampai office. Sampah sarap yang ditinggalkan staff2 sebelum ni belum habis buang. Baaaaanyak betul sampah diorang tinggalkan. "keqhosek" (read: korek)  sana sini..dipendekkan cerita, terjumpa memo, or show cause letter, or whatever it is dalam laci bersama beberapa kertas recycle. Just a copy untuk simpanan orang yang menulis tu dan ditujukan kepada my boss. Di belakang, there is an attachment, kenal benar dengan tulisan tu..handwriting my senior site supervisor...memang paling kanan dan paling senior lah. I remember, I once wrote tentang betapa bermasalah nya nak solat gara-gara perangai senior ni. 

So, the handwriting...is actually a draft to that memo. Kira macam bagi idea untuk si penulis memo ni menyalahkan I in certain things happen lah. Oh pedih hati..hurtful words. Itu je dapat bagitau. The rest of the contents tak payah lah didedahkan di sini, semua internal matter, yang tidak berasaskan fakta, tidak ada bukti, dan tidak ada pengesahan dari orang yang dipersalahkan yakni myself.

Ok fine, menangis merambu-rambu airmata memang tak dapat selesaikan apa-apa. I faxed a copy to branch office. Masalah ni perlukan clarification. Sampai bila I need to carry and keep such a hurtful words to myself. Luckily, BFF yang merangkap workmates ni memahami..cepat-cepat dia mengadu kat bos. Me..nak mengadu..memang a big no no no. Tera tak mengadu pun macam-macam orang dok mengata.

To conclude things..bos balik ke office to have a slow talk...wakakaka. Itupun soon after he had a "short meeting" dengan senior yakni tukang draft memo tadi. Disebabkan dia terlampau free tolong buat draft untuk orang yang mengadu dengan dia tanpa buat pengesahan pula tentang orang yang diadu, maka...dapat lah warning. Moral yang beliau dapat belajar -- sebelum percaya bulat-bulat apa kata orang, periksa dulu kebenarannya.

By lunch time, senior tu datang minta maaf. Elok lah...sebaldi airmata I habis okey! For the sake of company, and thinking of professionalism...i forgive him. Cepat memaafkan, yes..it is. Dia mengaku, it is just a misunderstanding. He listen to the wrong person. But to me, orang yang buat memo ni adalah 'backstabber' paling besar. My bos admit the same thing. Finally, I burst things out di hadapan bos, (tapi kental sebab masa meluahkan perasaan, takde pulak "hujan"..kikiki.) I told him, all this while, the two girls are trouble maker, create problem, create issue yang takde-takde, but I just keep it to myself. Rather than complaint to management yang maybe memandang perkara ni adalah normal office politics and little gossip, lebih baik I diam. Even I had a chance untuk mengadu ke HQ, but i choose to remain silent. Rupa-rupanya, people take for granted and back-stabbing. Nama dah buruk dijaja, tak ada apa yang boleh dibuat lagi. 

Dan moral bagi orang yang menghadapi situasi yang sama, like me,  difitnah, orang kata belakang, kena mengumpat dan macam-macam hal lagi orang bawak mulut pasal kita -- kalau kita di pihak yang benar, diamkan saja...sabar. Mohon dan mengadu pada Allah. In shaa Allah, one fine day, kebenaran akan terserlah jugak. Bangkai gajah lama mana boleh ditutup.

Hikmah hujan airmata hari ni -- proposal untuk install motorised shutter untuk office ni dengan installation cost yang agak besar dan dalam keadaan projek baru masih belum launching, telah pun diluluskan. Yeay!

Bak kata my BFF, "duri dalam hati u telah dicabut keluar oleh bos"...hahaha...apa punya sastera daaa!

Kalau lepas ni ada orang-orang tertentu yang free dan google about me, their previous superior, terbaca cerita ni lepas tu bawak mulut pulak, "tengok tu..unfair, dia mintak apa semua dapat, datang lambat tak kena marah, buat itu takpe, buat ini ok"..meh sini nak habaq...there's no room for a complainer and greedy person here. The firm is flexible all this time. Just don't take for granted, if people can handle 10 yrs without any unsatisfaction,  why don't u? I tak memilih untuk menjadi ketua, to become a leader...but I was choosen. If I had a choice, I don't want you as my subordinates either. Thanks atas jasa bakti ditaburkan kalian..tak sampai 3 tahun perkhidmatan, and apologize, semua yang the firm bagi serba tak cukup. Datang kerja duduk saja di reception, boleh manicure, pedicure, buat part-time job as real estate agent, boleh tenet kalau nak, can read newspaper, can read novel and magazine...hujung tahun dapat enjoy overseas holiday..cuma you're given certain task..just a little that you think I serahkan kerana melepaskan tanggungjawab sebagai 'ketua' and at the meantime, you feel that u're lowly paid. Tak cukup kan yang the firm can give? Buat kerja macam nak mampuih....dapat sikit, bos kedekut...superior asyik nak lari dari tanggungjawab. Sorry for the bad experience you have.


Selamat bertugas di firma baru. Yang pastinya menawarkan pengalaman lebih indah, gaji berlipat kali ganda bersama superior yang pastinya hebat dan tak akan bagi apa2 kerja untuk dibuat.


Ya Allah, berikanlah hambaMu ini kekuatan menempuh hari mendatang. Aamin.


P/s: Hanya sedikit ujian dariNya. Esok lusa sambung cerita island hopping, okeh. 




22 comments:

  1. sanar je la...

    anyway semua dh selesai in its way kan??

    kite pun ade masalah jugak dengan keje kite

    :(( sob sob

    ReplyDelete
    Replies
    1. rapunzeel,

      di mana-mana pun tetap ada masalahnya kan..beza nya kritikal atau tidak. alhamdulillah. benda dah lepas. harapnya lepas ni tak ada lagi cerita ceriti negatif pasal diri ini.

      Delete
  2. kadang2 macam tu la..bila kita bercakap pasal tu kita tak sedih tak nangis.tapi bila dah duduk sendiri tetiba air mata keluar..banyak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. diana,

      mula2 tu saya bertahan jugak. tapi dalam kepala ni dok ternampak baris2 ayat yang ditulis tu...remuk redam rasanya...itu yang bercucuran jugak airmata ni..haha..

      Delete
  3. hmmm.. dunia n manusia.. kalau x ada semua tu, x la indah corak dunia ni kannn...


    kadang2 tu, up to a certain point, tinggalkan sajalah semua tu di belakang, mula hidup baru untuk corak n warna yang lain pula... <-- pesanan org y suka mencuba benda baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. zonaku,

      kalau hidup kita ni tak menyeret orang lain bersama tentu lah mudah nak mulakan segala yang baru..masalahnya bila nak mula mengorak langkah, ada pulak yang main tarik kaki.

      Delete
  4. tabahkan hati siti,mengadulah pada Allah, doa orang teraniaya insha Allah dimakbulkan..
    kalau ikut experience akak dengan orang cenggini dia akan kena juga suatu hari nanti..
    silap2 dia akan mintak maaf kat siti nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak tiha,

      tukang draft dah mintak maaf..saya pun dah maafkan. tukang tikam belakang sampai sekarang masih seronok menjaja cerita. sedangkan hari terakhir dia bekerja, saya yang dulu hulurkan salam maaf kalau2 selama dia berkhidmat, saya tertinggi suara dan sebagainya. tak apa lah..biar lah.

      Delete
  5. Satu masalah pejabat. Novel nyata

    ReplyDelete
  6. Salam

    Masa pegi island hoping tu, pasti kecut perut pasal depa bawak bot mcm nak gila hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam bapak,

      woooo..besttttttt tau tak. bot depa laju. kecut perut tu tak la...cuma susah nak celik mata..angin kuat!

      Delete
  7. fuhhhh..
    moga tenang lebih pasneh..

    I pon baru gaduh2 marah dak india sorg neh..
    seminggu hilang x masuk keje..
    pastuh penipu.. jap kata org neh ganti dia..
    jap kata ada mc la..
    tapi sebenarnya ponteng~

    bila bos diam.. I pon letusan gunung berapi...
    dan akhirnya.. dikala opis kelam kabut issue minah tuh, i sedap2 tido kat umah lepas abes shift malam.. syorgaaaa~

    ReplyDelete
    Replies
    1. siribenmerah..

      harap2 pun begitu jugak.
      haha..sebut pasal penipu, terjadi la jugak pada watak yang dah diceritakan sebelum ni. pegi interview, lambat masuk opis, pastu tipu hari hujan. kawan office kebetulan lalu tempat tinggal dia pagi tu....hampeh..hujan menda nya, cerah bagai.
      bos cool..kita yang wajib meledak..sebab kita yang terima padahnya...

      Delete
  8. u're lucky kak murni..boss boleh dengar masalah,fikir secara realistik n professional..tapi kat sini (my opis la) haramm...

    keje gomen, kalau lebih 10 tahun tak berubah2 position, still di tempat lama, task yang sama maka akan wujudlah batu karang yang sangat2 merbahaya.nampak cantik, tapi sekali terkena lukanya memang dalam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dan nak bagi pecah batu karang tu sangat susah dan seksa tau. perlu jalani procedure.

      Delete
    2. zie,

      akak ni bukan kaki mengadu. sebelum ni, sebaik mungkin akak cuba back-up kesalahan budak2 ni. tapi melampau-lampau, little that i know, diorang ni sebenarnya kaki cucuk. awal2 dah hantar baaaaanyak memo dan surat2 kat bos mengadu pasal akak..buat tuntutan yang bukan2 dan terus terang mengaku tak ada rasa untuk hormat akak sebagai ketua. kalau akak pulak ungkit dan cungkil semua kesalahan diorang..nak kira lagu mana pulak tu..? sabar zie, akak ni dah banyak nangis. 2/3 tahun suffer...la ni dah berhenti semua..lega rasa.

      Delete
    3. t.a.t.a

      batu karang yang cantik ni cuma perhiasan di laut dalam dan biru..cuba bawak naik ke darat..tengok apa jadi..?

      Delete
    4. sebab tu la 'batu karang' takut sangat nak kuar dari laut..takut mampuih hehehe

      Delete
    5. tapi kalau batu karang yang dalam badan kita tak keluar, silap minit kita yang mampuih, kan?

      Delete
  9. selepas hujan..muncul pelangi yg indah..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam pelangi yang keluar dari tangan spongebob.

      Delete
    2. kak kamsiah,

      alhamdulillah..."pelangi" pun ada lah "ujian" buat kita. :-)

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails