About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Tuesday, September 17, 2013

Mari Mengapi-api: Kerang Berapi 'A' Tomyam

Ni namanya mengapi-apikan diri sendiri di malam hari tatkala perut sedang bernyanyi dengan girangnya. Lapar okey. Walhal sebelum maghrib tadi dah dinner, nasi separuh, diet la kononnya. Nah..sekarang pukul sepuluh suku dah rasakan penangan diet tak bertempat.

Entri siaran tertunda sebab tuan punya blog lebih padat agenda berbanding masa lapang nak update entry. Sudah menjadi adat, masa free, tak ada bahan, tak ada idea. Masa tak free, idea mencurah-curah. Bahan pun penuh folder.





Punya la lama nak cari masa nak singgah restoran ni, akhirnya, ada orang tu teringin tergedik-gedik nak makan kerang berapi, sampai lah kami berempat ke restoran Kerang Berapi A Tomyam, Pokok Sena. That night, we all order Set 1, then tambah lagi 2 plate nasi putih and their special menu, Kerang Berapi. 

In summary yang ada atas meja for dinner is, seafood tomyam (ketam, sotong & kepah), daging daun bawang, bawal 3 rasa, telur dadar, kerabu mangga dan kerang berapi. Mewah jugak portion nya untuk 4 pax. Total bill, RM 55.00.

In my opinion..sedap, berbaloi, puas hati, boleh buat lawatan balas..and recommended! Disebabkan we all pergi during weekdays, service memang ok, pantas.

To those yang berhajat nak mencuba makanan seafood ala thai di sini, boleh ikut PLUS exit Sg. Dua. Traffic light pertama, belok kiri menghala Pokok Sena. Restoran ni selepas Lahar Yooi on your right hand side.


Address: Jalan Pokok Sena, 13220 Pokok Sena, Pulau Pinang.Contact: 013-4345274
GPS Coordinates: 5°28'55"N 100°27'27"E
Facebook page: https://www.facebook.com/.../556187904404269


 
Selamat berapi-api di Kerang Berapi! ;-)





21 comments:

  1. MasyaAllah... tengok kerang tuh rasa nak terbang ke Penang la la ni jugak! SITI niii....!

    ReplyDelete
  2. Pokok Sena pun ada di Penang eh? Ingatkan ada di Kedah saja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak azie,

      ada....penang pun ada Pokok Sena, Kepala Batas. Kedah pun ada Kepala Batas. Jangan pening-pening..meh makan kerang berapi on the sizzlers.....lalalala

      Delete
  3. Ehhh saya dapat takhta pengomen nomot satu!!! yeayyy!

    ReplyDelete
  4. Azie tu sesajalah nak komen banyak-banyak hihi...

    Kakak tengok meleleh air liur ni. Tapi nampak sangat memang pedas menyegat betul. Merah menyala!! Tapi kalau ala Thai kakak suka:) Kalau dekat sini lama dah jadi tempat kakak singgah makan:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakzakie,

      Sesuai dengan namanya..berapi..memang pedas berapi..disajikan pulak panas-panas..tak ada kata-kata lain, melainkan sedap dan sangat puas hati.

      Delete
  5. Akak kalau lalu kawasan tu mesti nampak papan tanda kedai tu tapi tak pernah singgah. Peh ni bolehla, hehe. Siang2 dok pi makan mi kuah tak jauh dari situ dengan ais kacang, mihihihhh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak dinas,

      dinasihatkan pegi on weekdays. saya ada jugak dengar rungutan servis lambat, tapi mungkin masa tu prime time waktu makan malam atau during weekend. so...selamat mencuba. ayam goreng femes dan tersedap di seberang perai pun ada dekat area2 tu jugak..

      Delete
  6. First time saya makan tomyam campur dengan kerang masa tu di Cherating. kureng sedap, tapi mahal. mungkin sebab itu tempat tumpuan pelancong.

    kerang gambar di atas tu memang sedap. tapi alahai, malas nya nak kopek. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. t.a.t.a

      kerang dalam tomyam meme' bukan taste saya jugak. tak berapa kena. tapi kerang kalau gaya macam ni..meme' sedap. erk..malas nak kopek...hehe..saya rela makan kerang lagi dari kena perisi ikan dengan tulang...lagi leceh dan malas...hehe

      Delete
  7. ooo pokok sena penang..mati2 ingat pokok sena kedah..

    kerang berapi tu nampak memang berapi pehhh meleleh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. zie,

      masih dalam p.pinang..kot2 ada di seberang perai..boleh la lajak singgah. adik akak la..teringin beria-ia dengan kerang berapi tu..kalau suka makan kepah/lala...kat sini pun boleh je buat ala2 berapi ni..

      Delete
  8. Aku suka betul kerang sambal tu...mmg best.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. jebat,

      tak la ala sambal sangat..sebab kuah dia tak pekat pun..cair je..yang penting ala sizzling..panas+pedas. memang taste kita sangat..kalau dekat boleh la jebat try..ye dak...asyik try food kat taiwan jer....ahaks....kikikiki

      Delete
  9. Nampak sedap semua lauk tu. Dah lama akak tak jalan2 makan luar. Bizi sangat. Murni, maaf kalau akak tak sempat baca semua n3 sebab tak sempat, dik. Harap Murni, mak dan adik2 sentiasa sihat dan dalam lindungan Allah. Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak aidah,

      takpe kak...adikmu memahami..cewahhh. mudah2an kak aidah dan family pun sama..sihat hendaknya. ada masa update lah blog tu...dapat gak kami mengubat rindu... :-)

      Delete
  10. Salam

    nampak mcm pedas je kerang tu

    Bapak tak suka kerang pasal malas nak kopek hehehe
    kalau dah siapkopek , bapak makan hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam bapak..

      bapak pun sama...malas kopek kerang ye...haha...aduhai...saya malas perisi isi ikan dengan tulang...sebab tu suka makan fillet ikan je...ahaks. kerang ni sanggup lagi kopek dan ngap...

      kerang siap kopek ala frozen isi dah tak manis...tak fresh...maknanya kena puan wife bapak la buat kerja mengopek untuk bapak...hehe

      Delete
  11. First sekali...GPS coordinate salah....Second, makanan kat kedai ni sedap tetapi kebersihan kena improve banyak....terlalu banyak lalat........

    ReplyDelete
  12. baru try walaupun selalu dok lalu kot tu.. patutlah ramai.. next time try kerang berapi dia plak..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails