About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Sunday, September 29, 2013

Ragut: I'm one of the Statistics

Bila terbaca di ruang maya dan dada-dada akhbar tentang kes ragut, kita ikut sama terasa emosional..geram dan menyumpah seranah peragut-peragut yang makin hari makin menjadi-jadi. Seolah-olah dah jadi kerjaya professional pulak puak-puak ni. Never that I thought, one day I am one of the statistics.

Pagi Khamis 26 September lalu, I woke up at 6 something with no difficulties at all. Biasanya liat nak bangun. Selepas solat, hantar mak bonda ke tempat kerja..sempat lagi 'mandi' kan cik bee di pekarangan pejabat asrama. Jam 7 lebih, balik ke rumah dan cepat-cepat siap. Perut tersangat lapar. Supposed pagi tu dah berjanji nak belanja my BFF officemate, Ms. Project Manager untuk breakfast. Traffic pun a bit okay pagi tu, takde jem teruk-teruk dekat persimpangan Bayu Mutiara. So I reached office at around 8.30. Memang awal dari biasa la, since office hour begins at 9.00am.


Tempat letak kereta opis corner lot ni ada 4 parking space. Tempat yang biasa i park petak no. 1 paling hampir dengan main entrance dan betul-betul tepi main road taman. Masa park kereta, berhenti sebuah motosikal, which I believe jenis Honda EX5 warna kelabu. Kalau silap maknanya mata I la yang 'kelabu'..! huhu. Yang bawak moto tu perempuan dengan jaket pink, berseluar jeans, helmet putih. Di belakangnya si pembonceng lelaki melayu berbaju putih, dan helmet in same color. "oo..couple ni pepagi nak pegi keja...berhenti tepi jap boypren pegi post office," dengus I dalam hati. Lelaki baju putih tu berjalan menghala ke arah pejabat pos yang letaknya di blok belakang. Yes sangat kan...





Dalam kereta, dalam masa tak sampai 1 min, I decided to bawak turun my lappy bag sekali, since I did not bring anything much...so malas nak 2 tiga kali kerja bawak aje lah turun, which is luar dari kebiasaan. Normally, I bawak beg lunch je turun dari kereta..barang-barang lain tinggalkan dulu. Lock kereta dan jalan ke pintu office yang tak sampai berapa meter pun. Lappy tu ada di sisi I masa I menunduk bukak kunci shutter dan pad-lock, suddenly beg lappy tu direntap dari sebelah kanan. Masa direntap tu terus teringat, mesti dak amoi Ms. Project Manager datang nak melawak dengan I, tapi sekali toleh budak lelaki tadi daaa...! Terus I menjerit sambil cuba nak tarik beg tu, unfortunately dia rentap pulak handbag I yang I galas di sebelah kanan. So bermula la adegan tarik menarik rentap merentap dalam masa beberapa saat. Akhirnya beg tu terlepas dari tangan I. Everything happens so fast..yang I ingat, I dah jerit few times sambil baling pad-lock yang ada di tangan I. Kudrat dan kuasa nak aim dengan tepat memang tak cukup dalam waktu-waktu panik macam tu. Budak lelaki tu dengan cepatnya dah lari panjat moto, budak perempuan terus memecut. Masa panik, hilang semua takut, terus I start kereta dan kejar moto tu...tapi....hilang sudah dari pandangan.

I drove back to office, masa kejar dengan kereta tu berselisih dengan dak amoi...just a few minutes late. Benda dah nak jadi agaknya. Kalau dah tertulis macam tu, tak boleh nak kata apa lagi dah. Then only upon reaching car dak amoi, sambil cerita kat dia apa yang jadi baru la I merembes airmata. Dan-dan rasa sakit tangan bedenyut-denyut.

Tak berlengah lagi, kami terus ke Balai Polis Bukit Tengah untuk buat laporan. Straight away jugak call maxis dan semua bank untuk block all the cards. Boleh merambu ayaq mata saja lah. Dah bukan rezeki I. Alhamdulillah...I'm fine, takde cedera kritikal cuma tangan masih sakit even dah 3 hari berlalu.

Trauma..? Usah cakap la...malam-malam tak boleh tido lena. Still dok recall insiden pagi tu. Everytime dengar enjin moto yang lalu, mesti terbangun dan terjenguk-jenguk la dari tingkap bilik. Dan, saturday ....datang opis bertemankan mak bonda. Dah tak berani nak jalan solo. Even keluar dari rumah nak kunci pintu pun terasa takut amat sangat.

Just a reminder untuk semua teman-teman blogger..dan sahabat-sahabat especially ladies....alert please..with the surrounding, lagi2 when you're alone. Peragut ni sama je ibarat harimau yang menunggu the right timing untuk menerkam mangsa. Bear in mind, 'they' could be anyone, even a woman! Listen to you instinct, we are gifted with it. Jangan jadi macam I..dah nampak depan mata, tapi simpan rasa curious.

Apa-apa pun, Alhamdulillah, I'm grateful, tak dicederakan. Ityang penting. Harta material yang hilang, memang such a big loss, tapi semua tu boleh dicari. Kesusahan itu dah pernah dirasai...Allah masih sayang, diujinya kita supaya kittak terus lalai. Kepada kawan-kawan yang tak berhenti-henti mengirimkan doa, ucapan simpati dan kata-kata semangatterima kasih banyak-banyak. At least I know, ada orang masih sayang I. :-( Allah beri peluang untuk diri ini mencelikkan matyang selama ni malas nak buka luas-luas. 

thanks dak amoi Ms. Project Manager, and sis Sugahoney a.k.a Dik Na, helps me a lot through the hardship.


P/s: recovering needs time... 


Love,
Murni Alfathunnisa

XOXO :D
Publish!

32 comments:

  1. Cilakak tul peragut tu...kalau dpt..nak jerk den siku ubun2 dia...biar mereng seumur idup....

    ReplyDelete
    Replies
    1. jebat,

      den tak sempat nak siku, cubit, penampo mahupun sepak terajang...gara2 panik...sempat baling padlock berat tu je..tu pun tak mengena.

      Delete
    2. bila baling tak kena, ada tak masa tu rasa aish kenapa la tak jadi macam dalam filem eh. baling batu kena aje tepat kat orang tu.

      Delete
  2. Uikk..aku yg pertama komen erk...erk...waka....waka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak kena bagi hadiah ke ni..ahaks...hehehehe

      Delete
  3. Allahu akbar...Alhamdulillah Murni tak dicederakan. Bukan senang nak hilang fobia tu tapi rasa fobia tu akan terus jadi reminder pada kita untuk lebih berhati2. Takut sungguh. Memang betoi tak boleh jangka lelaki ka perempuan pun sama saja sekarang ni, kita kena curiga lebih sikit. Takut sungguh baca kejadian ni. Murni jaga diri baik2, semoga tangan tu akan cepat sembuh ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak dinas,

      thanks kakak atas peringatan.. :-) alhamdulillah..tangan dah baik dah...pi mandi ayaq panas, balik tu lega sikit. trauma ja tak tau bila nak lega..memang ambik masa.

      Delete
  4. trauma...makcik pernah kena, keriau mcm nak pecah tekak...siap pi pegang handle motor apek tu lagi.....kena tengahari...malam nak tidoq baru merambu ayaq mata, tak barani dah bawak keta tu....ic n lesen penyamun tu hantaq balik...
    take care, trauma ambik masa nak hilang.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. makcikkantin,

      tak sangka makcik pun biasa kena. saya baru tau macam ni rasa nya trauma kena ragut. takut terbawak-bawak sampai tak boleh tido..sentiasa dibayangi kejadian tu. thanks makcik..

      Delete
  5. Assalamualaikum,
    Tak tau nak komen apa...ikutkan memang nak sumpah seranah je, tapi, tu lah... bukan ubah apa2pun.

    Ada masa, sesaat je kita lalai...beribu hari yg lain tu kita beringat pun...

    cepat hilangkan fobia ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkmsalam anyss,

      sumpah seranah pun kita yg penat, buat mengah diri sendiri je. setuju tu...sesaat cuai membawa ke penyesalan yang tak terhingga. apa pun benda dah jadi..terima saja dan anggap sebagai satu ujian dariNya.

      Delete
  6. Salam

    Alhamdulillah, tidak melibatkan kecederaan

    Namun pasti trauma dgn insiden tu
    Sekrg ini kita lebih alert dgn apa2 yg mencurigakan disekeliling kita , doa dan tawakal pd Allah

    Dalam surau dan masjid pun ada yg mencuri waima dpn Baitullah sendiri

    Hanya Allah yg akan membalas kejahatan mrk itu krn hari pembalasan pasti tiba

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam bapak,

      alhamdulilah..syukur...tak ada cedera yg kritikal. buatnya dihunus pisau ke tak ke naya. macam2 lagi kes berat ragut yang kita baca kat suratkabor...
      manusia kalau dah didorong nafsu...syaitan bermaharajalela dalam hati..tak kira tempat nak buat jahat..dosa letak tepi.huhu

      Delete
  7. membacanya pun dah buat akak rasa marah,geram dgn manusia2 setan mcm tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak kamsiah,

      sebelum ni baca pengalaman orang..kita yang rasa geram...sekarang ni dah rasa sendiri...orang lain pun turut sama geram. kita susah payah berkerja, cari rezeki dan bina kehidupan..orang lain dalam beberapa saat je bersenang lenang. keja mat pit la ni...

      Delete
  8. zi pernah hilang handbag dalam surau, bukannya kena ragut.tu pun dah nak pitam, rasa gelap dunia sebab semua benda penting dalam handbag tu apatah lagi kalau kena ragut.takleh nak bayangkan time tu..panik, terkejut , takut semua bercampur..

    alhamdulillah k.murni selamat..betul harta dunia boleh cari semula yang penting kita terima apa yg berlaku pasti ada hikmah.the rest biar deme berdua jawab ngan Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. zie,

      ye alhamdulillah tak dicederakan. dari segi tu akak bersyukur. memang dua tiga hari la jugak bengong semacam je. bayangkan semuanya takde...nak ambil duit tak boleh..nak call phone takde, line dah block, cc pun kena block....mykad takde..lesen tah ke mana. rasa gelap dunia ni.. alhamdulillah menteri kewangan ke2 ada...boleh la back-up ahkak nya ni..hehe

      Delete
  9. Asssalamualaikum,

    Takziah dari saya di atas kejadian ini. Syukurlah awak tak cedera parah. Mungkin ada hikmahnya yang kita tak tahu.

    Biasanya peragut ini orang lelaki. Ini berpasangan dgn pompuan pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yunus badawi,

      yep..saya percaya setiap yang berlaku tu ada hikmahnya yang tersembunyi. dah jadi benda macam ni, saya terfikir mungkin ada silap dan cuai saya di mana-mana, Allah nak ingatkan saya dengan menguji begini. Alhamdulillah. :-)

      Delete
  10. Masya-Allah Murni... betul semua ini diluar kotak minda kita tapi when it happened then only we realize anything can happen wihout fail. Bayangkan org tu dah ada depan mana manalah nak sangka sebab sorang tu perempuan (jahatnya dia!!).. kalau kakak pun tak ada rasa prejudice terhadap mereka. Mana tahu boyfriend dgn girlfriend peel sama. Bila kawen kelak apalah jadi anak mereka ni...

    Takziah dari kakak, moga diberi kekuatan dan kesabaran... dah buat kad baru belum?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakzakie,

      kannnn... memang tak jangka. sangkakan selamat bila nampak kaum sejenis kita..rupa-rupanya sangkaan meleset. zaman la ni semua nya kena curious..bukan nak bersangka buruk. tapi bila dah jadi macam ni..baru terfikir...sebenarnya, better safe than sorry. terima kasih kak zakie, mykad dah buat. tapi cawangan sini ambik masa 2-3 minggu jugak nak siap nya. lesen memandu dah settle.

      Delete
  11. menjadi2 lak peragut nih..seronok la makan duit haram tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. diana,

      depa tak fikir dah duit tu haram ke halal ke...janji dapat apa yang depa nak.

      Delete
  12. Allah hu akhbar... takutnya... la ni kan...

    La ni pencuri dah makin daring... ada jugak makchaq rasa depa ni dapat idea dari tv, tapi memang menakutkan bila pikiaq2 orang jahat ni makin berani, makin banyak, makin kita tak sangka...

    Sepupu makchaq keluaq depan rumah, nak ambik tanah boh dalam pasu, mai sorang budak lelaki acu pisau kat lehiaq dia... Lepas tu budak tu minta rantai..... Memang berani & jahat sungguh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. makchaq,

      idea dari tv..rancangan jenayah yg depa tengok tu mungkin ada betulnya. tapi kalau benda2 macam tu tak didedahkan masyarakat pulak tak alert dengan taktik penjenayah ni. tengok tu, sampai kat laman rumah orang pun depa buat tak heran...serupa negara ni takdak undang-undang. geram kan..

      Delete
  13. saya pun pernah jadi mangsa cubaan ragut, so saya tahu perasaan awak. fobia masih ada, dan ambil masa yang lama nak sembuh. tak pe, yang penting banyakkan istighfar dan zikir dalam hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. t.a.t.a

      terima kasih...kadang2 rasa melampau dan tak munasabah ketakutan tu..

      Delete
  14. salam takziah...
    x ada apa nk blh bantu selain mendoakan sj..... nilai material kadang tu x seberapa, tapi tang sentimental tu y lebih...

    doakan sj mereka insaf dan ditunjukkan jalan benar....
    take care.

    ReplyDelete
    Replies
    1. zonaku,

      thanks dear. material boleh dicari..tapi bab nak mengurus hal2 dokumentasi tu yang sulit...

      Delete
  15. Takziah...dan harap awak bersabar...
    Insya Allah,Allah akan gantikan apa yg hilang itu,dgn sesuatu yg lebih baik

    ReplyDelete
  16. Memang... pemulihan dari trauma memakan masa. InsyaAllah.. pelan-pelan boleh pulih!

    ReplyDelete
  17. takutnya....amik masa bertenang dear...nice blog dear..blogwalking...http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails