About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Monday, September 9, 2013

Weekend Holiday: Lena Diulit Ombak Rindu di Langgura Baron Resort, Langkawi


Ketibaan kami ke Langgura Baron tengahari sabtu yang panas merembang tu disambut oleh kucing yang sedang nyenyak lena diulit deruan ombak rindu. Kemain dia ni. Bikin panas je. Dah la ngantuk sejak dari atas feri tadi tapi tak dapat nak tido...

Dik Na si pencinta kucing tegar tu mai dok gosok-gosok dia, teruih bangun dari tido yang sedap. Hehehe. Jinak kemain budak oren ni.



Kami tinggalkan dia kat luar. Dik Na dan ahbi beliau masuk buat spot-check kat room yang I book ni..deluxe room. Wooden type chalet yang sepatutnya menghadap laut, but unfortunately dah ada sebuah chalet lain yang block view dari chalet Langgura ni.



Lepas Dik Na tinggalkan I demi bersama ahbi kesayangan di bilik standard mereka..I pi mandi, bersihkan diri, guling-guling atas katil ala bollywood sat..solat dan siap-siap untuk keluar balik. Belum sempat siap..somi isteri dah mai cari I. Sempat la Dik Na snap photo dalam bilik yang kejap je dah disepahkan ahkaknya ni.


Room dia luas. Ada 2 queen bed dalam satu chalet ni. Memang worth-it bayar RM 160.00 per night untuk room ni. Ada bathtub. Syiok lerrr dapat mandi buih uolss....hehehe...


Kata nak snap kondisi bilik, habis dengan ahkaknya tengah bersiap pun dia snap. Terlepas penapisan filem sebab tak ada unsur sensored di situ ya.


Berjangkit la bila dah siap, dengan dia sekali nak enterprem.



Pose bertiga kat luar bilik. To be honest, memang suka stail2 chalet ni. Kampung living by the beach gitu.



Room yang I dapat ni nasib baik tak totally blocked. So, masih boleh nampak pokok rhu, pohon nyiur melambai-lambai...chewahhh..ayat sajak penuh bermakna!

Sedikit tips about Langgura Baron, no breakfast provided. Surrounding area ada banyak option untuk breakfast. Customer service is good. Room condition, jangan expect 5 star facility lah at the price yang agak reasonable..you get what you pay. Room with air-cond and coffee-making facility. Got fridge. Got TV.

Sesuai jugak untuk datang dengan family, as the room is quite big dengan 2 queen bed. Tapi ahkak occupy sorang je. Taknak diganggu, nakkan privacy katanya. Parking is a bit problematic, very limited. Kena share parking dengan beach-goers. Cleanliness aspect, perlukan improvement. Especially untuk bed. Make sure tak ada bendasing atas katil. That day, macam ada daun kering ke cebisan kertas atau tisu..tak pasti apa. Tepuk-tepuk buang je.  Location vise, very good. Opposite Cenang Mall bagi yang masih tak boleh hidup tanpa shopping mall and urban civilizations. Ada starbucks, ada KFC, ada Oldtown. So, don't worry. You still can survive. Shopping bazaar sepanjang jalan je..memang walking distance dengan Langgura. SPA is everywhere.



Beginilah pemandangan Pantai Cenang, live dari belakang chalet penginapan kami. Tak dapat pergi Maldives, dapat mai sini untuk weekend holiday pun alhamdulillah. :-)



Nak feeling-feeling hawaii, mediterranean pun boleh.

The most important point here, during this weekend holiday, I memang dapat quality sleep seperti yang diharapkan. Tido sampai tak hengat dunia. And, what a beautiful sunday morning when I woke up by the sound of nature, macam terngiang-ngiang lagi deruan ombak yang menghempas perlahan ke dada pantai pagi tu. Awesome!

10 comments:

  1. kalo I still kat langkawi lagi pasti I sibuk p teman kat katil sebelah u tuh.. kehkehkeh..

    dulu masa keje langkawi selama 2 tahun.. hari2 I rasa macam honeymoon..
    tenanggg okeh.. best tau langkawi..

    tapi I promise ngan myself, nnt kawen.. LANGKAWI is a big NO utk destinasi honeymoon I..
    kehkehkehkeh~

    I dah hafal satu langkawi dah kot kannn.. hihihi..

    ReplyDelete
  2. Huih manja habeh kucin oren tu bergulung, kehkeh.

    Katei sampai 2, besaq plak tu. Kalau cemuih dok katei sebelah sini, boleh pi lepak yg sebelah sana plak, hehe. Cantik tepi laut tu, tengok ja pun dah rasa damai gitu :)

    ReplyDelete
  3. gmbr2nye pon semua chantekk2 jugakks.,aHHHKs

    ReplyDelete
  4. Langkawi walau ceruk mana pun memang sangat mendamaikan...

    ReplyDelete
  5. Tulisan Sister's Little Diary yang di kerusi kucing tu tidur, seriyes saya ingat ia nya tertulis di kerusi tersebut secara literal nya. Macam ada orang conteng di situ.

    ReplyDelete
  6. Saya dah lupa samada pernah jejak kaki atau tidak kat Pantai Cenang ni...maklomlah, last gi Langkawi tahun 2005 dulu! hahahaha...

    For that price, reasonable & memuaskan jugak la accommodation nya..

    ReplyDelete
  7. Itu kucing kehilangan makwe..sebab tu frust asyik tidoorr.jer..kalau ada makwe,,dia jalan jalan kan?

    ReplyDelete
  8. tergelak baca.. thn lepas lepak kt bangku bawah pokok tu. main kejar2 waktu malam.

    ReplyDelete
  9. tumpg tnya blh x sis...kt langgura ni ada sediakn iron x...sb tgk facillity semua ok...sy nk booking tp bimbg jg...

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails