About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Friday, September 13, 2013

Weekend Holiday: Panggilan Pulau? Lompatan Pulau?

"Ayo Ayo Ayo Ayo..Ayo Kezambo.....aaaaaa....mari menari....." hohoho...huduh okey, Cik Murni. Tetiba teringat pilem P. Ramlee, Panggilan Pulau, 1953. Namun, entry hari ni tiada kena mengena dengan pilem berkenaan.

Jika hari pertama we all di Langkawi dah habiskan masa bershopping coklat, pinggan mangkok ayun dan sebagainya di segenap pekan Kuah, Day 2 pulak we all feeling-feeling foreign tourist. Tak layan la shopping bagai nak rak, feeling nak buat lompatan pulau (read: island hopping) pulak. Arrangement untuk program island hopping ni we all dah buat seawal tiba di Kuala Perlis melalui Emar Link Holidays. Kadar per pax RM 30 hengget je uols. Memandangkan agenda ke Gunung Mat Cincang dibatalkan di saat-saat akhir, so, we all decide untuk melompat dari pulau ke pulau aje lah.


Sebuah jeti di Pantai Tengah, tempat menaiki bot untuk agenda 'lompatan pulau'

Seawal pagi lagi we all dah jadi pak pacak, menunggu di hadapan Aseania Resort sebelum di bawa ke tempat pelepasan bot-bot untuk island hopping di Pantai Tengah. Terjadi jugak tragedi di bulan ogos ni. Ahkak yang arrange program ni kemain garangnya. Usahkan dia punya boatman kena tempik, we all yang customer ni pun tak pasal-pasal kena jerit. Kuang asam okey. Memandangkan we all ni datang nak seronok-seronok jalan tempat orang, malas le nak gaduh segala. Dia tak puas hati we all dok call confirm 3 times from 2 different number, so, dia dah silap percaturan berapa orang in total yang nak ikut tour dia. Agak bengong di situ ye....penat je buat sistem resit segala tapi tak ikut. Hmm....



 Nak naik bot pun jenuh tunggu giliran..takpe, asal berbaloi. Tapi best sangat...lajuuuuuuuu! Sampai nak celik mata pun susah dek tiupan angin tengah laut yang mengganas, terpelanting jugak topi pelancong minah sebelah i tu..hahaha.... :p



Pemandangan....subhanallah..sangat cantik. Dengan airnya..dengan struktur batu batan dan pulau-pulau kecil yang bertaburan.



Seee......cantik kan..?




Dalam lebih kurang 15 minit macam tu sampai la ke Pregnant Maiden Island atau dalam bahasa malaya nya Pulau Dayang Bunting. Dah banyak blogger buat entry pasal ni, tapi nak cerita jugak. kalau dah dasar kuat membebel tu kannn....


Menapak jugak sebelum sampai ke tasik nya. Memang kena exercise sikit la..dalam 5-10minutes walk melalui trek menuju ke kawasan tasik. Tapi kalau pergi dengan warga emas, dinasihatkan suruh aje diorang rest kat luar, tak perlu ke tasik tu. penat menapak, kesian diorang, nak kena mendaki segala.




Pasangan suami isteri yang isteri nya topi melayang-layang tu kannnn....diorang decide nak boating, tapi malas nak kayuh. So diorang hire yang ada solar panel, tak perlu senaman lagi!
 



Ahkak malas nak kacau privasi suami isteri tu..so duduk lepak kat pelantar tu sambil rendam kaki dalam air. The weather memang cloudy masa tu, tapi bayu nya sedap, sejuk dan nyaman. Breathtaking view. 



Lama jugak pasangan suami isteri ni kat tengah-tengah tasik tu, tah ape diorang buat....hahaha....




Dalam masa tak sampai beberapa minit, hujan turun dengan tiba-tiba. Maka bertempiaran lah lari dengan gegak gempita nya segala makhluk yang bertebaran di tasik itu. 

Alhamdulillah..nasib pasangan suami isteri tu baik..sempat balik ke pelantar sebelum hujan turun. Orang pakat lari menyelamatkan diri, ahkak pulak sibuk snap gambar orang tengah panik cari bumbung...wakaka...

Hujan berhenti lepas beberapa minit. We all balik ke jeti, nak ambik bot sebelum lompat ke pulau lain pulak.


Our next destination, Beras Basah Island. Tapi sebelum ke sini, we all pegi eagle watching dekat satu kawasan mangrove. Bukan mangrove tour, just sepintas lalu tengok helang-helang di mencari makan. Exciting. Sebab you can see the real picture bagaimana tangkas dan accurate nya sang helang ni menyambar ikan di dasar air. Gambar? Hohoho...battery SLR buat hal. Sekian. Malas nak cakap banyak. Kang cakap ahkak membebel lagi....




So, Beras Basah Island is really an idyllic place. Airnya membiru. Geram macam nak terjun mandi. Bila fikir 2 kali, tak jadi lah..sebab no changing room, no toilet, no bathroom...nothing. Just ada orang jual jajan untuk picnic...and again, water sports facilities. 



Picturesque. Pantai di Beras Basah yang telah di-instagram-kan. So, our island hopping berakhir di Pantai Tengah, lebih kurang jam 2. Separuh hari je la..ko bayar murah, ko nak expect ape kan. But overall, worth it. Pengalaman yang best. Rasa kalau nak tour lebih banyak pulau, memang memakan masa jugak tu..and makan modai jugak...ekekkeke. Since the value of experience is infinity, apalah salahnya sesekali kan.

Lunch nasi campur di Pantai Cenang sebelum balik ke Kuah, then send off kereta sewa di Kuah. By the way, we all sewa myvi-lagi-best, kata perempuan yang terpelanting topi tu, berkali-kali la ditekankan perkataan lagi best tu. Menyampah! Mentang-mentang myvi i lagi tak best. Sampai hati beliau!



Bingkisan terakhir dari Langkawi....gambar atas. Barangsiapa yang rajin nak cari info berkenaan homestay ni dipersilakan. A bit info yang I dapat, homestay yang cantik pemandangan sekitarnya ni, berlatarbelakangkan gunung, surrounded with sawah bendang yang sangat kampong style ini letaknya di Kampung Berjaya, Mukim Temonyong kalau tak silap. Dah cuba google, tiada berhasil jua. Waze telah menyebabkan we all merentas desa untuk ke pekan Kuah tengahari tu. Secara tak disengajakan lalu kawasan kampung ni. Itu saja hint yang dapat dibekalkan.

Habis sudaa cerita Langkawi, next episode cerita makan-makan pulak, okey. Macam lari dari kebiasaan sebab tak ada cerita makan setelah sekian lama.


Daaaaa....

Love, 
Murni Alfathunnisa

XOXO :D
Publish!



 


29 comments:

  1. dok pi langkawi tapi tak berkesempatan nak melompat pulau lagi...kena masuk dalam agenda lain kali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. harrizam,

      sama la..3x pi langkawi tak pernah ikut island hopping..dok hopping tempat shopping ja...hihi

      Delete
  2. Replies
    1. sugarhoney,

      p.payar from langkawi will be consider..tapi kalau from penang...errrrrr....kena pikir dulu..

      Delete
  3. Assalamualaikum,
    bestnya! x penah lmpat2 pulau gini
    tingin!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkmsalam anyss,

      nanti cuti pi lah lompat-lompat pulau camni...skulah pun dah nak abis kan.. :-)

      Delete
  4. Assallam murni.acik pun tak pernah pi lompat pulau ni..dah tua2 ni pun acik takut naik bot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Acik erna,

      takut naik bot ka..? Mula-mula saja tu...bila dah naik, hilang takut datang teruja. Bot okey lagi acik..jangan feri...mau muntah dibuatnya dek pening.

      Delete
  5. dari pulau ke pulau hehe...gambar2 yg diambil semuanya superb..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Kamsiah,

      terima kasih kak..pemandangan kat sana memang cantik.

      Delete
  6. Di tasik ini kan yang Rozie PCK jatuh dan end up dia pregnant?

    ReplyDelete
    Replies
    1. t.a.t.a,

      owh ye ke...dah rezeki dia kan.. :-)

      Delete
  7. wah brcanda kt P.Langkawi ye..Best3X.......Akak patutnya ke sana minggu ni ikut suami brseminar tapi batal saat2 akhir sbb ank2 nk blk....so suami p sesorg.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Nza,

      ada terbaca kat entry akak hari tu..nak langkawi bila2 ada rezeki boleh pi lagi. paling berkualiti waktu dengan anak-anak...betul dak.. ;-)

      Delete
  8. Lama tak gi langkawi....dulu gi, tak melompat pun ke pulau pulau...jalan jalan dlm pulau je hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hainom,

      macam tu la selalunya..sebab kalau nak pegi pulau ke pulau ni...lebih baik datang cuti banyak hari..so dapat explore dalam pulau langkawi dgn shopping makan dsbnya..lepas tu mai pulak island hopping ni..baru puas rasa..

      Delete
  9. teringin sangat nak pi langkawi ni..
    pastu teringin nak pi thailand naik tren..
    banyak punye teringin.. :)
    suka tengok pic murni snap ni cantik sesangats :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak tiha,

      terima kasih kak. tren ke thailand....erm..tiba-tiba teringat train E&O tu..menarik gak.... ^_^

      Delete
  10. Replies
    1. IM,

      Tak mau buat lawatan semula ke...langkawi dah banyak berubah...

      Delete
  11. memang pi langkawi tak puas, banyak benda nak buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. sharinginfoz,

      setuju komen awak tu....banyak program, banyak aktiviti boleh buat..

      Delete
  12. Gambaq semua lawa2, puaih hati tengok. Ahkak progrem tu apa pasai sampai nak jerkah2, boh penampaq Penang sedaih baru dia tau. Ehh, akak plak yg emo. Akak suka lompat2 pulau ni, best naik bot :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak dinas,

      ahkak progrem tu agaknya memang nature dia gitu kot kak dineh...gamaknya kalau dia tak jerit drebar bot dia tak dengaq pasai duk jauh nun kat pantai..dia dok di ataih..main jerit2 je la...tu yang terbawak-bawak sampai customer pun kena jerkah...kikikiki...sepositif mungkin dah ni...

      Delete
  13. Aduhai dik... memang cantik sungguh. Kalau pakar yg captured memang terpegun melihatnya. Skodeng pasangan dok terumbang-ambing atas tasik ye hihi.... mesti mereka sedang menikmati keindahan alam keliling. Cantik sangat!!...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakzakie,

      adik saya dengan hubby beliau...dah puas dok melayan perasaan tengah tasik tu, bila balik ke pelantar elok ja tengok saya pegang kamera, itu yang laju jer posing atas air gituuu..tasik dayang bunting ni memang cantik, hijau, damai....

      Delete
  14. Makchaq pernah pi tasik DB ni... dulu la... lama dah.. x dak lagi bot solar tu..
    tapi takut tengok ayaq dia kat tengah2 tu gelap... macam ada naga nak mai ngap .. kayuh sat ja dah patah balik..penakut...
    Pelik kan orang yang cenghe2 kat customer.. bukannya service free...

    ReplyDelete
  15. wahhh..bestnya. 2x pi sana tak pernah lg ke pulau dayang bunting. sob3.

    ReplyDelete
  16. dah naik rega ropanya island hopping..nampak benor dah lama tak ke sana.dulu 25 je..

    chalet hat bawah tu cantik la..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails