About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Monday, October 7, 2013

Cik Siti Menjejak Sejarah: Pinang Peranakan Mansion


Bila dah semuanya hilang ni, nak update entry pun rasa tak bermaya. Semangat hilang tah ke mana. Sama la nasibnya dengan foto-foto yang diambil masa lawatan ke Pinang Peranakan Mansion tempohari. Hilang. Bersama lappy Dell yang dah buruk itu. Ape ke bodo nye lappy buruk boleh buat tukun tu jugak yang nak disamun...haisy.





Ini saja lah baki-baki foto yang ada..yang sebenarnya, yang sempat diupload dalam draft sebelum insiden 26 September hari tu. Alang-alang dah buat entry, kena cerita la jugak serba sikit...




Apa dia Pinang Peranakan Mansion ni..? Bahasa mudahnya "rumah agam stail Baba-Nyonya" atau boleh dipanggil muzium Baba-Nyonya juga. Peranakan tu sendiri dikenali sebagai Baba dan Nyonya or also called The Straits Chinese pasal depa ni menduduki neger-negeri Selat seperti Singapore, Malacca & Penang. Chewahh..Malacca ya uols. Very the ingelish...mentang-mentang nak sit for MUET tak lama lagi. 

Senibina nya menyatukan unsur cina dan inggeris, dibina sejak penghujung kurun ke-19, bangunan ni memang kaya dengan unsur-unsur kebudayaan, tradisi, resam dan cara hidup komuniti Peranakan di Penang. Bangunan 2 tingkat ini dibina oleh kapitan cina Chung Keng Kwee kini diiktiraf sebagai salah satu bangunan warisan UNESCO World Heritage Site.





Kat dalam bangunan warisan ni ada baaaaaaaaanyak koleksi antik lagi rare yang memang susah kita nak jumpa di zaman serba moden seperti sekarang..




Seriously, ahkak pun risau dan sedikit nervous nak ambil gambar sebab takut bagus punya dok aim sekali terlanggaq vases antik semua tu..jenuh! Mana nak cekau duit nak ganti oi...yang tak antik pun tak mampu, apetah lagi yang antik.






Unsur alam bermotifkan bunga yang diketengahkan sebagai ukiran pada anak tangga..




Owh...dalam gambar itu adalah kelibat bff ahkak yang merangkap special tourist guide pada hari berkenaan. Kemain excited lagi beliau....terima kasih noks... lain kali ahkak nak heret beliau lagi, senang sikit dapat diskaun entrance fee..~ Ngeee...





Katil pengantin tak jadi. Tak pengantin pun boleh deko macam ni. Nak nanti jadi pengantin tak tau la bila....




Mesin jahit pun antik! Yang turut dipamerkan termasuk jugak beberapa foto dan koleksi fesyen kebaya Nyonya. Tiba-tiba terbayang ahkak bergaya dengan kebaya Nyonya dengan pinggang ramping seperti kerengge...pinggang je la...mai tang perut, epic failed!





Koleksi tv dan radio antik pun ado...




Gambar abis dah..maka dah tak tau lah ahkak nak bercerita apa lagi. Yang sebenarnya, banyak foto yang diambil masa kat sini, sayang seribu kali sayang....sambil nyanyi lagu kumpulan Iklim... 

Ada masa pi la melawat dan saksikan sendiri keunikan Pinang Peranakan Mansion, the unique collections and the beautiful courtyard. Bayaran masuk dikenakan. For enquiries, kindly contact/visit -- 


Address: 29, Church Street, 10200 Penang. 
Tel: 04-2642929
E-mail: rmhbaba@gmail.com
website: www.pinangperanakanmansion.com.my




Love,
Murni Alfathunnisa

XOXO:D
Publish!



26 comments:

  1. cantiknya bangunan dia..(gambar yg last tu)...rupa2nya masih byk tempat kat penang akak belum jelajah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Kamsiah,

      sama la saya pun...makin discover, makin terasa banyak lagi tempat belum sampai..

      Delete
  2. wow!!! menarik tu.... seni nya masih terpelihara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. My Little Diary,

      Bila-bila mai melawat naa..

      Delete
  3. wowwww, never been here...jakun la sgt mck ni kan...banyak tempat tak tau ghropanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. makcikkantin,

      sambil ride ujung minggu tu..ajak la pakcik drop by kat sini..celah-celah heritage core zone tu je jugak..

      Delete
  4. Csntikla rumah ni...slalu p penang tp asik p mkn ja...:) nanti nk p lah

    ReplyDelete
  5. berkenan aku tengok katil tu...

    sebab palang atas die bentuk L yang unik...

    sekarang susah nak jumpe...

    hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. rapunzel,

      tu la pasal...antik tu..mana nak cari sekarang ni...rare ok.

      Delete
  6. Replies
    1. diana,

      tv dari zaman kena bayar lesen untuk ada tv..hehe..klasik.

      Delete
  7. Akak dah pi dah, yehuuu. Memang best, I like :D

    ReplyDelete
  8. Akak ni pun..nama saj duk Penang..hahaaa...klau member luaq mai tnya..konpom tak tau jalan nak pi...

    thanks for sharing...sesekali kna pi jugak nie...

    x0x0 ^___^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Norhazlina,

      tak gaduh dah la ni...GPS ado..human GPS pun boleh...janji sampai. :-)

      Delete
  9. jap, aku dah komen. mana komen aku pergi? owhhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. t.a.t.a,

      oh sudah..mistik betul..tiba-tiba hilang komen...

      Delete
  10. Cantik senibina dia...cantik gambar2nya... Nanti bebila nak pergi jugaklah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. JunAina,

      Nak balik kampung tu bawak-bawak la kona masuk penang dulu..hehe

      Delete
  11. cantik2 .... klasik.... suka!

    ReplyDelete
  12. cantiknya.....kt area mana nie???? sgt2 unik seni ukiran dan hiasan di dalamnya tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Nza,

      kat Lebuh Gereja kak...betul-betul tengah Georgetown. Kawasan heritage..

      Delete
  13. Teruja nak ke sini...tapi of coz all my heroes kena tunggu kat hotel / or pergi somewhere else dulu..kalau tak naya nak menggantikan pasu antik yg pecah! hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daddy Ziyyad,

      koleksi antik memang banyak kat sini. agak berbahaya kalau bawak kids...macam-macam boleh jadi..hehe.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails