About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Thursday, October 10, 2013

Kegilaan Semusim: Aku Cinta Padamu, Encik Bongkak

Love You Mr. Arrogant....

Kegilaan semusim seantaro Malaya... just imagine, baru je I type 'Love Y...' kat google terus keluar search 'Love You Mr. Arrogant'. About 6,810,000 results (0.24 seconds). Gila..gila..! 5minit sebelum pukul 7 dah tercongok atas sofa depan 'tibi'. Nampak benor gelojohnya...hehehehe.

Lately ni banyak benor novel yang dah di'drama' dan di 'telefilem' kan. Entahlah, sama ada ketandusan idea dalam penghasilan skrip baru ataupun lebih kepada mengikut trending. Novel-novel yang laris mungkin pada hemat syarikat produksi lebih berpotensi mencapai rating yang lebih tinggi. Tapi kadang-kadang..ada sesetengah drama yang diadaptasi dari novel ni mempunyai masalah yang sama....skrip longgar. Dan kadang-kadang tak masuk diakal macam drama slot Akasia sebelum ni, Cinta Jannah. Pikir sendiri aspek mana yang tak masuk akal tu. Malas nak ulas.






Back to 'Love You Mr. Arrogant'.

Okeh...kegilaan semusim. Jom baca sinopsis drama ni..

"Zaara Amirah mempunyai impian yang sama seperti impian gadis biasa, iaitu membina rumah tangga yang bahagia bersama insan yang dicintainya. Namun impiannya musnah sebaik saja dia terjerat di dalam perangkap lamaran paksa dari seorang jejaka yang asing dalam hidupnya, Zafriel Irham. Dek kerana ingin terlepas dari genggaman Sherry, menantu pilihan ibunya, Zafriel Irham memaksa Zaara Amirah menjadi isterinya dengan menjadikan sebuah janji sebagai modal.

Demi sebuah janji, Zaara Amirah reda menerima kehendak Ilahi. Biarpun tiada cinta, Zaara Amirah rela demi menjaga maruah diri dan keluarganya dari dipijak-pijak jejaka bongkak itu sewenang-wenangnya. Namun Zaara Amirah tidak menyangka, keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau melayan karenah Zafriel Irham yang berhati kering dan tinggi egonya.

Berhadapan pula dengan Puan Sri Maryam, ibu mertuanya dan Sherry yang membenci dirinya, hidup Zaara Amirah tidak lagi aman. Kehadiran Hadry Hakimi, sepupu Zafriel Irham yang cuba merapatinya, mengeruhkan lagi keadaan. Keadaan bertambah parah apabila tanpa sedar, dia telah jatuh hati pada suaminya biarpun dia tidak dilayan seperti seorang wanita yang bergelar isteri.
Adakah kebahagiaan akan menjenguk hidup Zaara Amirah apabila dia sudah jatuh hati pada jejaka bongkak itu? Atau menunggu balasan jejaka itu ibarat bulan pada waktu malam menanti matahari menjelma pada waktu siang? Zaara Amirah terus menanti..."





Pelakon LYMA yang meletops tu is Azlee Khairi as Zafriel Irham and Zara Zya as Zaara Amirah, then Hanez Suraya & Keith Foo. Tiba-tiba nama Zara Zya turut meletup-letup gara-gara identiti wanita bertudung dan comel tu..

Sebagai seorang yang berpengalaman berchenta dengan lelaki yang berkarakter yang sama (chewahhh)..setiap aksi Irham ni mengingatkan I kat dia..hehehehe. Well, kenangan tetap kenangan kan. Jenuh bersabar dengan lelaki macam ni. Dah la mulut longkang..sesedap hati dia je nak cakap kite apa pun...takde nak pikir pun perasaan kita. Tak pandai memujuk...ayat tak romantik langsung. Asal bertekak dia je betul, kite je salah. Tapi...satu hakikat yang tak boleh ditepis..mulut je jahat, perangai je angkuh sikit...tapi dalam hati tu berbunga-bunga chenta...ekekekeke. Apakan daya, jodoh tiada kannnn. Mampus laa....termengutuk sudaa.

Episod semalam..cukup kelakar. Suka tengok orang kaya belagak kena tido dalam kelambu yang berjurai-juraian akibat tak tahan digigit nyamuk kampung..ekekekke. Baru ada akai....!


Satu je tak puas ati...apesal la TV3 buat slot Akasia ni time maghrib. Nyamfah okey. Memanjang lewat je solat nya. Kadang-kadang nak solat pun tak tenteram. Tak pasal-pasal hilang khusyuk, lari konsentrasi. 

Okeh..mengantuk dah hilang. Sekian review drama. Nak sambung buat keja. Daaa...


Love, 
Murni Alfathunnisa

XOXO :D
Publish!






10 comments:

  1. Cerita kat tv rupanya, adaptasi dari novel? Sapa gamaknya penulisnya eh, macam best ja plot dia tu..tapi la ni akak tak bleh layan novel lagi, tengah pulun tanda kertas exam. Tv memang dah lama tak tengok. Memang daku ketinggalan bab tv ni.

    ReplyDelete
  2. Murni, sekali baca ingat Encik Bongok. hahaha

    biasa la drama macam ni baca buku lagi best. lagi menghayati. drama biasa nya depa akan tokok tambah itu ini. lari tajuk terus.

    ReplyDelete
  3. zi pernah tgk 1 episod je.memang best tapi kuatkan semangat takmau tengok.kang kalau dah follow drama ni alamatnya tak buat keja lain la..alamatnya dinner kul 12 la huhuhu..so kesimpulannya memang kul 7 no drama2 hehehe

    ReplyDelete
  4. Patut pun kakak tak pernah tengok sebab JB masuk waktu mahgrib 1-2 minit sebelum pukul 7:00pm sekarang ni. Lepas solat maghrib pulak budak-budak dah dtg utk mengaji memang kakak tak adalah slot cerita/tv waktu ini...

    ReplyDelete
  5. makcik tak tengok ni...takut terjebak cam Teduhan Kasih dulu...

    ReplyDelete
  6. Pertama, Kak Azie tak beli pun lagi novel ni. Mujur jugak.

    Kedua, drama dari novel macam biasa, klise! Baik baca novel tu jer, 3,4 kali pn takpa.

    ReplyDelete
  7. Memang fenomena betul semua cerita pukul 7 kat tv3 kann. Cuma tu lah..kenapa pukul tujuhh..kenapa..

    ReplyDelete
  8. Apa khabar dik. Lama betul akak tak ke sini. Rindu. Akak sibuk, tak sempat. Nak tengok TV pun tak sempat. Pukul 7 pm tu biasanya akak baru lepas siap buat kuih. Hehehe.

    ReplyDelete
  9. Selalu juga terbaca nama tu tapi tak tahu pula asal usulnya..hik!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails