About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Wednesday, October 9, 2013

Pasta Fusili Sentuhan Asian, Inspired by DTS


Tadaaa....! Pasta Fusili digoreng ala asian. Suspen la sangat kan..? Menu brunch santapan jam 11 pagi tadi, masaknya awal bebenor. Pagi-pagi pukul 8 dah keletung keletang kat dapur. Walhal masakan simple je pun. Gara-gara fusili ni, dapat satu cop mohor kat ibu jari kiri. Mata mengantuk menggoreng pasta kat dapur, sekali terpegang kuali panas. Sapa suruh pejam mata masa menggoreng, bajet terer la konon.




Resipi nya lebih kurang je dengan resipi Mat Gebu. Kan dah bagitau, inspired by Dapur Tanpa Sempadan. Terima kasih ler untuk resipi yang awesome ni. Dengan sedikit pengubahsuaian, jadi lah pasta fusili ni antara yang terpedas pernah digoreng Cik Murni. Dengan lada hitamnya, dengan cabai melaka nya...


Resipi asal gunakan mix vege, tapi Cik Murni renovate jadi carrot dipotong dadu bersama celery. Lepas tu, gantikan minced beef dengan meatball. Maka siaplah ia..dan selamat masuk ke dalam perut. Pukul 1 lapar balik...ubatnya...kudapan beli kat pekan Bukit Mertajam, cucoq badak yang tiada badak di dalamnya dan jugak masalode goreng panas-panas. Alhamdulillah...rezeki hari ni. 


Uols...menu apa hari ni..?



Love,
Murni Alfathunnisa


XOXO :D
Publish!




18 comments:

  1. sedapnye... tibe2 teringat olio kt pizza hut

    ReplyDelete
    Replies
    1. rapunzel,

      aglio olio letak seafood...daku alah seafood..rugi kan. :-(

      Delete
  2. Mmg selalu juga my wife kalau masak any types of pasta, akan di olah sikit style masakannya..ala Asean...lebih tolerable di tekak kita..;P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daddy Ziyyad,

      Betul tu. Kalau ikut version 'omputeh' lebih rasa cheesy dari kita yang prefer something spicy, sour etc..

      Delete
  3. sesekali makan ala2 mat saleh...nampak begitu sedap air tangan cik murni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Kamsiah,

      Saya selalu simpan stok pasta kat rumah. Sebab selalunya saya dengan mak memang tak makan berat. Even nasi cuma satu meal dalam sehari..kadang-kadang tak ambik nasi langsung. Terpaksa bajet mat saleh sikit..hehe

      Delete
  4. wow..nampak macvam beli ..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diana,

      Uih...boleh bisnes la macam ni..hehe

      Delete
  5. nampak sedap..
    pagi tadi akak masak tomyam..bila mlm rebus bihun jadikan bihun tomyam pulak..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Ida,

      Bihun tomyam...oh mai...sedap woo. Tambah-tambah di kala hujan makan panas + pedas...fuhh

      Delete
  6. Salam


    menu bapak quaker oat diwaktu pagi hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam, bapak...

      Quaker oat memang patut dijadikan habit. baguih la bapak..untuk kesihatan jantung tu. saya makan jugak quaker oat..biasanya malam sebelum tido. Tapi masih tak boleh dijadikan tabiat rutin. Cepat jemu.

      Delete
  7. sedapnya......
    i menu nasi goreng je

    ReplyDelete
    Replies
    1. My Little Diary,

      Nasi goreng pun alhamdulillah... :-)

      Delete
  8. Soal masak dan resepi pun kadang perlu kretiviti sendiri Murni. Tengok resepi org lain tapi ubah ikut selera dan kehendak sendiri pun kena pandai macam ini kan... nampak pun sedap:)

    Kakak semalam adalah sarapan roti hari ini cuti sarapan. Maghrib nanti baru boleh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakzakie,

      Ya...tepat sekali kak...kena ubahsuai ikut citarasa yang tiap-tiap orang tak sama. Nasib baik la percubaan pertama saya menjadi kak...pedas maximum punya. Akak puasa ya...alhamdulillah. Selamat berpuasa dan selamat berbuka maghrib nanti..

      Delete
  9. Ni, pukul 11 am masih di rumah? Tak kerja ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. t.a.t.a,

      keja....brunch kat opis. Sini makan flexi hour..anytime pun boleh..makan dalam opis, keja jalan jugak. Kadang-kadang lunch pun sambil buat keja...

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails