About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Wednesday, October 16, 2013

Weekend Holiday: Berendam di Ulu Legong Hot Spring, Baling

A few days selepas 'insiden-tak-diingini-berlaku', my adinda, Dik Na decide to bring me here, purposely untuk release stress dan cure urat saraf yang turut stress akibat adegan rentap merentap hari tu... here we are, at Ulu Legong Hotspring atau dalam bahasa malaya nya Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong.





The journey from Bukit Mertajam is approximately 70km which took around 1 hour 15 mins. Hari tu a bit cloudy dan masa tiba di Baling hujan turun dengan lebat, nasib baik tak berlarutan. 






Nama pun weekend holiday, so stay lah one night kat sini. Kami memilih Pool View Chalet with per night rate at RM 130.00. Proses check-in sangat la simple. Kejap je dah boleh dapat room key. So...gambar atas tu chalet yang kami stay during weekend tempohari.






Dengan kadar berpatutan...bilik menghadap pool ni memang selesa in it's own class. In-room facilities termasuklah air-condition, fridge, selected astro channel and coffee-making facility. No wi-fi. No in-house restaurant. No breakfast.





See..what a nice view, tengok orang seksi-meksi di kolam..hahahaha..ngek!






Ni pulak nak perkenalkan...jiran sebelah bilik yang suka sangat jerit-jerit. Kejap-kejap panggil "mama"..kejap-kejap panggil "kak"...tabuh jugak kang! Nasib baik tengah sakit tangan...

Lepas beberapa minit, check kondisi bilik, kami pun keluarlah sight-seeing (read: merayau-rayau) di kawasan sekitar Pusat Rekreasi ni..






Mak bonda merakamkan kenangan kat sini..






Selain Pool View Chalet, ada pilihan lain dari segi penginapan, sama ada bilik standard dengan kadar RM 100.00, deluxe dengan kadar RM 120.00, dormitory rate nye tak tau...dan buat yang datang berkeluarga mewah lagi meriah boleh lah menyewa Chalet VVIP dengan kadar RM 350.00. 





Top and below photo -- antara chalet-chalet lain yang sempat dirakamkan..






Disebabkan masa kami sampai tu baru lebih kurang jam 4 dan cuacanya mendung, maka, takde pengunjung lagi lah yang berendam di kolam air panas ni.






Cuma satu dua family yang datang 'warm-up engine' dulu sebelum ramai orang menjelang malam. Normally, kolam air panas ni akan dipenuhi umat manusia menjelang tengah malam...sampai kolam nya tak kelihatan, yang nampak hanyalah kepala-kepala manusia yang tenggelam dalam kelekaan mandi air panas!





Kolam ni dipagar, tak boleh mandi..no touching-touching, no celup-celup...panas melampau kot...berasap dan memang boleh nampak mata air panas semulajadi kat sini.






Jurutera JKR Air Kedah....tengah check pressure air dari pili awam...hahahahaha...
kat blog ni je ahkak berpeluang nak mengutuk dia..sebab bila dia baca pun mampu marah type2 kat keyboard je...ekekeke.

Lupa nak habaq...kalau tak stay kat sini, bayaran masuk ke kolam air panas adalah RM 6.00 with mykad. Kanak-kanak pula hanya RM 3.00.

Kami merayau dengan perut lapar. Kat luar, dekat kawasan parking ada a few stall yang baru bukak, cuma jual goreng-gorengan dan minuman ringan. Lecehnya takde restaurant. Lepas tu, dua beradik tu pun berangan la konon nak bukak cafe kat situ...nak contact Majlis Daerah Baling lah! Ni peluang buat duit ni...hehehe...alkesahnyaaaaa...cerita sampai situ saja la. Angan-angan je dulu. 

Tapau goreng-goreng tu, malam baru dinner kat medan selera di luar pagar. 
So, my advise, kalau boleh bawak lah bekal yang tak mudah rosak, light snack or any other instant but healthy food along. Sebab ahkak yang cerewet ni rasa makanan kat situ, tak best. 






Lepas makan baru kami sambung berendam dalam pool baru yang kat depan room kami. Petang tadi berendam warm-up je..ni baru nak berendam betul-betul. I baring kat tepi pool, rendam tangan je. Atas beberapa sebab tak dapat dielakkan, tak dapat la nak berendam hundred percent. Tengok yang baju kuning tu...terpancar aura-aura positif gitu kannnnn..hehe. By midnight, orang yang berniaga sekitar pusat rekreasi ni makin bercambah, so kami tapau burger sebagai bekalan breakfast esok pagi. Mai tang food, tiba-tiba rasa kesian sangat, apa pun alhamdulillah..masih lagi ada rezeki.

Tidoq bukan main best malam tu. Cejuk. Dan alhamdulillah jugak, tak disrupted dengan kebisingan di luar. Entah le yang menulis ni tido pengsan sebab dah banyak hari susah nak tido, atau pun memang bilik ni kalis bising...hehehe.






Suasana pagi dikelilingi bukit-bukau menghijau diselimuti kabus semalam. Nyaman. Udara fresh.






Masa i dok sedap bersantap burger tapau semalam bersama kopi dan biskut oat, depa 3 beranak sambung terjun kolam lagi. Hujan renyai sekejap masa tu... Ish..ish..semangat sungguh! Tak rugi bawak jalan...eh...depa yang bawak kita...ekeke.






Perut tak sedap. Rehat dalam bilik, nganga balkoni luas-luas sambil landing atas katil dan........





....jangan tak tau...gara-gara tertekan satu apa modul pun tak sempat baca, diusungnya buku ke mana pun pergi. Okey je...cuti-cuti lebih bermakna dengan buku sebagai teman.

Kami check-out jam 12 tengahari tu. Next destination.....tunggu next entry.

Sebelum tu..kot-kot ada kawan-kawan yang berhajat nak mampir ke sini..bukan mak lampir yerr... boleh lah menghubungi... Majlis Daerah Baling melalui email, webmaster@mdbalingtourism.gov.my atau dail talian 04-4721468 / 04-4731024.

Sekian dulu entry jalan-jalan hari ni.. Daaaa...


Love,
Murni Alfathunnisa

XOXO :D
Publish!




32 comments:

  1. cantiknya tempat tu....chalet yang menarik....wahhh....bila agaknya bole sampai sini...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. My Little Diary,

      Seriously..a nice place. :-)

      Delete
  2. ko kuang asam senah..umpat adik sndiri. haha..tp ase nk g lg la dlm mse terdekat ni. mengikut perkiraan otak senget ni..enitime dlm bln ni hahaaha. tet!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sugarhoney,

      hehehe..tu bukan umpat..tu melawak direct!..Sg. Klah tak mau repeat kah..?

      Delete
  3. salam
    bestnya kalau dapat bercuti
    dah lama akak tak bercuti...terasa syok baca n3 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kasihredha,

      kak....long time no see!! update la blog tu balik....mish u tau...mish u and ur story..and ur awesome photos!!

      Delete
  4. Replies
    1. zonaku,

      yup...totally relaxing. no stress. no hustle bustle

      Delete
  5. Cantik dan nyaman kelihatan tempat tu Murni. Lagi seronok tak berapa ramai pengunjung jadi boleh lebih santai kalau nak berendam lama pun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakzakie,

      kalau sebelah petang memang feeling vip kak...tak ramai pengunjung. tapi kalau dah masuk fasa tengah malam tu...tak rasa vip dah..sebab penuh orang ramai yg datang berendam. at least, kalau stay overnight situ, memang anytime boleh terjun kolam...

      Delete
  6. Cantinya kawasan kat sini. Lama dok berhajat nak pi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. JunAina,

      Pemandangan keliling tu yang best..hijau je. Pi jangan tak pi...

      Delete
  7. Jurutera JKR Air Kedah pegang apa di tangan sebelah kanan tu? pembaca meter air kah?


    hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. t.a.t.a

      hehehehe.....lebih tepat lagi pembaca pressure air...ekekeke...larikkK!

      Delete
  8. cantik jugak tempat ni,banyak btol tempat2 kat malaysia yg tak sempat nak pi lagi nih..penang pun tk sampai2 lagi nih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Tihara,

      Betul sangat...lagi jelajah...lagi rasa tak habis. Diikutkan hati macam nak pusing segenap ceruk...tapi kena beringat bajet jugak..ekeke. Kak tiha pun dah jalan merata tempat jugak..penang ja tak mai lagi...

      Delete
  9. akak baru sekali kesana...tu pun pi tghari buta hehe...baru dok bercadang nak ajak cik abg pi..tp musim hujan pulak skrg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Kamsiah,

      Hujan tak menentu sekarang ni, patutnya dah beralih monsoon. Time kami pi hari tu pun hujan dekat baling, nasib baik sat saja. pagi ahad tu pun hujan renyai...lepas tu cerah balik. alhamdulillah..rezeki kami hari tu. pi la kak..ajak abang....seronok wooo rendam ayaq panas...

      Delete
  10. Weh best tu, cantik tempat dia. Err chalet yg takdak tangga tinggi macam tu, ada dak? Nak bawak Che G tapi dia tak bleh la naik tangga banyak2 sangat macam tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Dinas,

      chalet yang kami stay tu memang tak payah panjat tangga kak..ada dua tiga anak tangga ja. tak tinggi. sesuai untuk akak bawak che g. pilih chalet yang facing pool tau. yang dua gambar kat bawah2 tu memang susah kalau kita nak bawak mak..kesian kat depa.

      Delete
  11. kolam air panas tu l;a tarikan utama dia kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. diana,

      a'ah..tarikan utama dia kolam air panas tu. tapi adik baru ni ada buat program jabatan kat sini jugak...depa boleh arrange jungle-trekking ka merentas desa ka apa tak tau...tapi kena in-group la kot...

      Delete
  12. salam murni
    Rasa geram gak tgok kolam air tu..erm..jauh dari sini.tapi nampak berbaloi.

    ReplyDelete
  13. best kan hot spring ni..bulan 8 ari tu zi pi kursus kat INTURA, so untuk aktiviti kembara lokasinya hot spring ulu legong ni la..
    cantik bilik, sesuai sangat dengan reganya..
    modul?oh maiiii zi tengok cenggitu je.entah bila nak khatam

    ReplyDelete
  14. pernah sampai sekali. Mmg bess. Tak sangka langsung ada tmpt sehebat ni di ulu Baling. Sampai map gps pon x bleh nak identify tmpt ni. Tapi mmg terbaikk... Patut di promot lagi. Sgt berpotensi.

    ReplyDelete
  15. Nampak best la.. Tapi x tau la bila boleh sampai...sibuk memanjang

    Tapi yang buat makchaq terpana... Pi bercuti bawak buku ilmiah gitu..... Dasat.....

    ReplyDelete
  16. Cantik tempat ni tapi itulah...bab makan kesian pulak. Akak ni kalau pi bercuti mana2, makan sangaaaaat penting. Silap haribulan boleh meroyan semua yang gebus gebas dalam family akak ni. Hahaha.

    ReplyDelete
  17. Hi nak tanye..Chalet ni boley walk-in tak?
    atau kena book earlier??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shien,

      sorry for late reply. if during weekend, it's better for you to book earlier.

      Delete
  18. Cuba lawati Hotspring di Felda Sg. Klah, Sungkai Perak kira-kira 100km dari Ipoh menuju ke selatan. Memang terbaik sebab ada 2 punca mata air; panas dan sejuk dan boleh mandi kedua-dua kolam.

    Lawati lah http://jomronda-mozag02.blogspot.my untuk melihat tempat2 menarik!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails