About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Tuesday, October 29, 2013

Weekend Holiday: Beris Lake Vineyard


Sepi. Tanpa entry. Tak ada semangat. Tak ada mood. Malas. Ni baru nak buat sambungan weekend holiday kat Ulu Legong hari tu. Cerita sampai dah basi. Tapi nak kongsi jugak.

Lepas kami semua check-out dari Ulu Legong, terasa awal pulak nak terus balik rumah. So, alang-alang dah berada nun di negeri Kedah..kami decide untuk jalan-jalan merayap ke Ladang Anggur Tasik Beris or dalam bahasa bangsawan dipanggil Beris Lake Vineyard. Haaa...kerlassss..inggelish ok, sempena oral test MUET esok. Hahaha.




Dah sampai, acara wajib mesti lah posing bagi si kaki posing seperti adinda I itu. See dia kepit tangan mak bonda. I sangat jeles. Takpa...bagi can!

Dari Baling kami melalui jalan yang bengkang-bengkok melalui kawasan KEDA, hutan di kiri kanan jalan, jalan yang separuh siap turapan dan lokasi mandi manda seperti Lata Mengkuang. Nak diikutkan tak la jauh sangat, dalam 33km saja jaraknya.. tapi awat tak tau rasa lama sangat nak sampai...




View yang sangat cantik! Hilang semua boring dalam perjalanan tadi. Tapi satu saja yang tak tahan....panas! Cair segala mekap tebal seinci...! Eksen la kan...sebab tak mekap..hehe.




Tak ada apa yang menarik sangat pun. Main attraction nya Tasik Beris ni..dan ladang anggur yang dibuka untuk lawatan dengan kadar bayaran RM 4 seorang.




Duduk santai sambil minum jus anggur. Karipap dan samosa inti anggur pun ada. Harga biasa la...standard level untuk tourist spot. Konsep open air dengan pergola ala moden kontemporari ni memang menarik. Kerlassss. Sesekali dapat rasa bayu dari tasik menyapa lembut ke pipi yang tak gebu ini..hahaha...



Ladang Anggur, pemandangan macam ladang anggur la...takkan dalam ladang anggur dapat tengok pemandangan pusat peranginan luncur salji pulak kot...haha.




Disebabkan penanaman anggur kat Malaysia ni bukan lah kategori perkara biasa macam kita tanam pokok cili dan bendi di belakang rumah..maka nya...wajib juga la hukum nya untuk kita mengambil gambar barang sekeping dua sebagai tanda kenangan...

Mak bonda punya excited. Biasa la...dia kalau pi mana-mana pun tetap seronok dan excited, asal dapat bersama dengan anak-anak. Ni pun dalam dok jalan-jalan, tak tau lah berapa kali dia dok call dan update kat adik hero nun di Arau nu..kasih sayang seorang ibu, pi mana pun dok ingat anak.



Bohong la kalau kata tak geram..macam nak geget-geget je. Awassss..jangan ikut napsu gelojoh, anda diperhatikan. Nak petik-petik anggur kat sini, kena bayar yer. Harga kira lain...tak termasuk yuran masuk tadi.



Pelancong korea..bini orang Malaysia...hehehehe. Bini dia nanti mai marah la tu..dok cerita macam-macam.



As usual, kedai souvenir. Walaupun mahal, tapi rembat jugak satu FM, dah jadi kemestian.


Anggur pun kami tak beli. Saja..syiok-syiok cuci mata.

Enough for this entry...esok lusa tulat tungging terbalik...in shaa allah..jika panjang umur, ada rezeki...there'll be next entry.


Love,
Murni Alfathunnisa

XOXO :D
Publish!~



29 comments:

  1. Akak tak pernah sampai lagi ke sini, bila tengok gambar2 yg cun ni rasa cam teringin pulak nak pi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. JunAina,

      Walaupun sekali, pergilah..tengok tempat ni..ok jugak, cuma panas.

      Delete
  2. sini pun mck tak pernah sampai lagi......

    ReplyDelete
    Replies
    1. makcikkantin,

      makcik tu kalau betul2 nak sampai...kejap je..tup tup dah sampai sana dah..haha

      Delete
  3. Foto cup atas meja di bawah 'payung' itu amat menarik. IM pun belum sampai sini...

    ReplyDelete
  4. Akak dah sampai dah ke situ, alhamdulillah. Memang posing sakan la dengan buah anggur sebab akak peghak buih, kehkehkeh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Dinas,

      mau tau posing...anggur malaysia ni buah cermai saja...ni betul2 anggur kottt..haha. buah cermai pun kalau jumpa, dah boleh kira rare. harussss jugak ada yang posing bawah pokok cermai nanti kang..hehehe

      Delete
  5. i pon tak penah sampai sini tau..

    ouhh.. nak kena p jugak la nnt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. siribenmerah,

      banyak program dia tu...ish ish...jeles...berjalan je kejenya..hehe

      Delete
  6. dah banyak kali bagi idea kat en.suami nak pi sini...jawapannya "aduiii jauh la..kita p qb je la" hoihhh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. zie,

      memang jauh pun, kalau dari penang semata-mata nak pegi ladang anggur ni, zie tangguhkan je dulu..unless memang ada plan betul2 nak ronda semua tempat sebelah sana...then, go ahead. sebab takde tarikan lain accept ladang anggur dan tasik tu.

      Delete
  7. ada CCTV tak?


    lagi satu, ada tak manusia yang memijak-mijak buah anggur dalam tong besar untuk hasilkan air anggur? alaa yang macam kat tv tu. yang depa nak buat wine tu.

    ada tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. t.a.t.a,

      tak perasan pulak bab cctv tu.

      teringat ada satu english movie..lupa title..ada scene pijak anggur dalam barrel tu kan...haha...love movie, aisey lupa tajuk pulak. tapi, takde la scene tu kat malaysia bumi bertuah ni..hehe.

      Delete
    2. A Walk in the Clouds kot lakonan Keanu Reeves.

      Delete
  8. Salam

    bapak punya anti virus menjerit bila jenguk "rumah" anak murni hehehe
    rasanya ada terkena jangkitan virus ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam, bapak...

      yer ke...apesal saya tak dapat detect pun. err...harap2 takde apa2 la, saya bukan pandai nak godek2 bab2 virus semua ni...

      Delete
  9. hahahaha..part PANAS tu yg saya & anak anak malas...kami spesis kuat peluh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daddy Ziyyad,

      tak tipu...serius panas. Kalau singgah sekejap, then, fine...tapi kena cari next stop yang best la pulak..

      Delete
  10. Replies
    1. Jebat,

      sedap la...masam, manis,...rasa macam anggur..takkan nak rasa macam puding pulak...ooppss..haha.

      Delete
  11. akak dh 2 kali kesana...mcm dh tak pi dah hehe..anggur yg dijual tu mahal sgt berbanding kat hypermarket atau pasar malam..

    ReplyDelete
  12. Kalau 500gm RM15/- memang patutlah Murni tak beli. Baik beli di luar kan.. Tapi mungkin special sebab fresh from the farm agaknya.. Mak mana tak ingat anak Murni. Anak yg dlm penjara pun masih ramai yg buat mak berendam airmata apa lagi kalau anak yg baik-baik macam adik yg di Arau tu...

    ReplyDelete
  13. Geram tengok anggur berjuntaian tuuu. Abang ipar akak tanam tapi buahnya besar jari kelingking je dik. Kelakar tengok.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails