Friday, November 22, 2013

11 November



Ehhhh....macam tajuk pilemm arrrr... (perasan..)

Dah berlalu pun 11 November. Tapi nak cerita jugak. Memang sengaja nak delayed broadcast. Walaupun berkesempatan nak update live on the dot. Sebab -- Saja. Perasan retis. Tak mau orang skodeng nak tau apa yang happen during that November 11.

Special sangat ka..? Yes. Special. I was born..some....errr ada la "beberapa belas tahun yang lalu". Hahaha.

Tiada sambutan. Seperti tahun sebelumnya. Tiada acara potong kek atau tiup lilin. Cuma a day before tu, which happens to fall on sunday...dapatlah berkumpul outing dan makan-makan sama mak bonda, adik perempuan dan adik lelaki yang I kasihi. Terima kasih semua yang dah wish kat fb, sms, whatsapp.

Hanyalah rasa syukur Alhamdulillah yang dapat dipanjatkan kepada-Nya, masih diberikan usia, dilimpahkan rezeki, diberikan kesihatan. Bila tiba anniversary..saban tahun..mood tetiba jadi sentimental. Merenung masa-masa lampau yang dah tak mungkin dapat diulangi. Tapi hidup kita tak boleh terlalu lama merenung yang lepas, tak berganjak lah kehidupan ni kalau masih di takuk yang lama. 

Dan..bila memandang ke hadapan. Masih banyak rupanya yang tak tercapai. Siti Murni ada banyak impian. Dan kebanyakan impian tu, didedikasikan kepada orang yang banyak memberi makna dalam hidup. Okey, airmata Siti Murni bergenang. Tak mau sentimental dah.




Thanks untuk adinda Sugarhoney a.k.a dik Na for the surprise. Rupa-rupanya 3 beranak tu berkomplot sehari sebelum sebab nak pastikan those pink roses sampai on the dot kat pejabat hari senin tu. Thanks mak bonda dan my adik bongsu, Azri. Nilai kasih sayang bukan pada jambangan bunga, bukan pada teddy bear comel tu...tapi infiniti.

Lep u ols..!~

And lep u ols too..blog readers.


Murni Alfathunnisa

XOXO:D
Publish!



Friday, November 15, 2013

Day Trip: Sg. Klah Hot Springs

Pegi nye bulan September, November baru publish entry. Sibuk gila lah ahkak ni kan. Macam la dia sorang saja sibuk hal duniawi, orang lain tak. Apakan daya, hidup perlu ada matlamat. Dalam mengejar matlamat, hal lain sesekali terpaksa diketepikan. Jangan nak ambil hati sangat. Masa untuk diri sendiri pun tak ada. Dah dua hari dapat lelap mata 4 jam saja. Padahnya, hari ni sakit kepala macam nak pecah. Toksah tanya mana pi lagi 20jam. 







Seminggu sebelum ahkak dirompak di depan pejabat, we all bertiga, I dan adinda bersama suami beliau,  mengabihkan boreh masa mandi-manda di Sungai Klah Hot Springs. Dekat kampung kawan blogger kita.. Zie. Tak sangka, seronok betui kampung depa! 


As usual, we all kalau nak pegi mana-mana bukan stail plan bagai nak rak. Kena ad-hoc baru jadi. Dan...we all pun bajet-bajet la Sungai Klah ni macam kampung sebelah je dengan Bukit Mertajam..haha. After office hour hari sabtu tu, lebih kurang jam 2 baru nak gerak. Lepas tu siap boleh masuk Kuala Kangsar ronda-ronda dulu. Adik ipar tu seronok kemain dapat posing depan rumah Adabi katanya...haha...adeh la, Istana Kenangan kat Kuala Kangsar tu dikatanya rumah Adabi. Geleng kepala ahkak...!







Masa sampai Felda Residence tu tergaruk-garuk cari-cari jugak jalan masuk ke Hot Springs ni rupanya kena lajak ke atas lagi, tak sama entrance Felda Residence. Al-kisah trip ad-hoc ni gara-gara frust nak dapatkan room kat Felda Residence la. Memanjang fully-booked sampai ke October. Dah tak menahan sangat nak pegi, maka redah aje lah walaupun day trip.


Lepas meronda sekitar hot springs..tengok public pool yang memang ramai dengan manusianya...kolam air tak panas pun sesak, tempat merebus telur yang cinonet itupun dikerumuni..so, we all decide untuk rent private jacuzzi. Dah tak ingat rate nye berapa, tapi dikira per hour. Sesuai untuk visitor yang mahukan privasi. 






Air panas, air sejuk, terjun pool balik, pastu mandi air sejuk lagi..habis kecut semuanya...hehehe. Sejam pun berbaloi. Puas hati.

We all bertolak balik lebih kurang jam 7. Singgah di RTC Gopeng untuk dinner, solat dan sebagainya sebelum meneruskan perjalanan pulang. Katerrrr kampung sebelah je, nak kena singgah bagai pulak....hahahaha.





Frust. Sikit je gambar-gambarnya. Lain-lain semuanya hilang bersama xperia yang dicuri penyamun semi-professional itu. Sakit hati ni. Apa nak buat. Syukur ada sikit sempat capture dek incik Canon.

Apa pun..a great, nice place for nature lover. Ada rezeki, ada peluang nak pegi lagi. Nak bawak bonda pulak. Pegi satu family, baru tangkap shiappp! 

Nak membebel panjang pun dah naik tepu dah otak ni. Nak sambung ngadap assignment balik. Sehingga bertemu lagi di lain entry.



Love,
Murni Alfathunnisa

XOXO :D
Publish!




Friday, November 8, 2013

Kerlasss Kau MARIA....

Bila lama tak update, rasa beku..kehilangan kata-kata nak menaip. Sebagai 'tools' untuk memanaskan rumah yang dingin beku ni, update je dulu yang ini...




Takde benda pun sebenarnya...cuma, menjadi pantang kalau tersalah eja dalam surat rasmi. Berkali jugak I pernah kena sound dengan bos. Nasib baik bukan I yang taip surat ni. Cuma hairan...surat dari jabatan kerajaan kan memang gunakan bahasa rasmi, Bahasa Malaysia..tu pun boleh silap eja nooo...hehehehe.....Kerlasssss kau MARIA....


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails