About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Friday, November 22, 2013

11 November



Ehhhh....macam tajuk pilemm arrrr... (perasan..)

Dah berlalu pun 11 November. Tapi nak cerita jugak. Memang sengaja nak delayed broadcast. Walaupun berkesempatan nak update live on the dot. Sebab -- Saja. Perasan retis. Tak mau orang skodeng nak tau apa yang happen during that November 11.

Special sangat ka..? Yes. Special. I was born..some....errr ada la "beberapa belas tahun yang lalu". Hahaha.

Tiada sambutan. Seperti tahun sebelumnya. Tiada acara potong kek atau tiup lilin. Cuma a day before tu, which happens to fall on sunday...dapatlah berkumpul outing dan makan-makan sama mak bonda, adik perempuan dan adik lelaki yang I kasihi. Terima kasih semua yang dah wish kat fb, sms, whatsapp.

Hanyalah rasa syukur Alhamdulillah yang dapat dipanjatkan kepada-Nya, masih diberikan usia, dilimpahkan rezeki, diberikan kesihatan. Bila tiba anniversary..saban tahun..mood tetiba jadi sentimental. Merenung masa-masa lampau yang dah tak mungkin dapat diulangi. Tapi hidup kita tak boleh terlalu lama merenung yang lepas, tak berganjak lah kehidupan ni kalau masih di takuk yang lama. 

Dan..bila memandang ke hadapan. Masih banyak rupanya yang tak tercapai. Siti Murni ada banyak impian. Dan kebanyakan impian tu, didedikasikan kepada orang yang banyak memberi makna dalam hidup. Okey, airmata Siti Murni bergenang. Tak mau sentimental dah.




Thanks untuk adinda Sugarhoney a.k.a dik Na for the surprise. Rupa-rupanya 3 beranak tu berkomplot sehari sebelum sebab nak pastikan those pink roses sampai on the dot kat pejabat hari senin tu. Thanks mak bonda dan my adik bongsu, Azri. Nilai kasih sayang bukan pada jambangan bunga, bukan pada teddy bear comel tu...tapi infiniti.

Lep u ols..!~

And lep u ols too..blog readers.


Murni Alfathunnisa

XOXO:D
Publish!



16 comments:

  1. Hepi birthday sekali lagi la CT......bila org ingat tarikh kita terharu sayu...bila org lupa laaagi terharu sedih kan...:))

    have a nice weekend

    ReplyDelete
  2. Happy Birthday... Selamat Hari Jadi... awak seorang yg bertuah... 11/11/?? errr... sy doakan segala yang terbaik untuk awk... Semoga dipertemukan jodoh yang terbaik utk awk... amin....

    ReplyDelete
  3. Happy birthday, dik Murni. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dikurniakan kebahagiaan berpanjangan & semoga dipertemukan dengan jodoh yg baik olehNya, amin :)

    ReplyDelete
  4. ouh.. tahun neh dak iyra tak tayang bunga..
    ekekekekeke~

    tahun depan laaaa nk tayang bunga balik...

    ReplyDelete
  5. happy birthday! sama bday ngan my sara... :)

    ReplyDelete
  6. beberapa belas tahun yang lalu.. dan beberapa tahun sebelum nya lagi kan? hahahaha..


    happy birthday dear.

    ReplyDelete
  7. Happy Birthday Dear, Segala Yang Terbaik utk Anda akak pohon pada yang Maha Esa.

    ReplyDelete
  8. cantik nya rose bouquet tu
    bertuah
    happy belated b'day gegurl

    ReplyDelete
  9. Salam

    Alhamdulillah
    Moga terus dlm kerahmatan dan perlindungan Allah S.W.T dan terus berjaya dunia dan akhirat

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum...
    Happy belated birthday...
    Semoga panjang umur, murah rezeki hidup diberkati Illahi....

    ReplyDelete
  11. Happy belated birthday Murni... semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan ceria selalu...

    ReplyDelete
  12. "beberapa belas tahun yang lalu"..... hahahahaha

    ReplyDelete
  13. selamat hari lahir akak! happy always. semoga panjang umur :)

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum…saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com . Saya follow sis n kalau sudi follow la saya balik yer…

    ReplyDelete
  15. Selamat hari lahir. Semoga kekal sihat dan bahagia.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails