About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Friday, November 15, 2013

Day Trip: Sg. Klah Hot Springs

Pegi nye bulan September, November baru publish entry. Sibuk gila lah ahkak ni kan. Macam la dia sorang saja sibuk hal duniawi, orang lain tak. Apakan daya, hidup perlu ada matlamat. Dalam mengejar matlamat, hal lain sesekali terpaksa diketepikan. Jangan nak ambil hati sangat. Masa untuk diri sendiri pun tak ada. Dah dua hari dapat lelap mata 4 jam saja. Padahnya, hari ni sakit kepala macam nak pecah. Toksah tanya mana pi lagi 20jam. 







Seminggu sebelum ahkak dirompak di depan pejabat, we all bertiga, I dan adinda bersama suami beliau,  mengabihkan boreh masa mandi-manda di Sungai Klah Hot Springs. Dekat kampung kawan blogger kita.. Zie. Tak sangka, seronok betui kampung depa! 


As usual, we all kalau nak pegi mana-mana bukan stail plan bagai nak rak. Kena ad-hoc baru jadi. Dan...we all pun bajet-bajet la Sungai Klah ni macam kampung sebelah je dengan Bukit Mertajam..haha. After office hour hari sabtu tu, lebih kurang jam 2 baru nak gerak. Lepas tu siap boleh masuk Kuala Kangsar ronda-ronda dulu. Adik ipar tu seronok kemain dapat posing depan rumah Adabi katanya...haha...adeh la, Istana Kenangan kat Kuala Kangsar tu dikatanya rumah Adabi. Geleng kepala ahkak...!







Masa sampai Felda Residence tu tergaruk-garuk cari-cari jugak jalan masuk ke Hot Springs ni rupanya kena lajak ke atas lagi, tak sama entrance Felda Residence. Al-kisah trip ad-hoc ni gara-gara frust nak dapatkan room kat Felda Residence la. Memanjang fully-booked sampai ke October. Dah tak menahan sangat nak pegi, maka redah aje lah walaupun day trip.


Lepas meronda sekitar hot springs..tengok public pool yang memang ramai dengan manusianya...kolam air tak panas pun sesak, tempat merebus telur yang cinonet itupun dikerumuni..so, we all decide untuk rent private jacuzzi. Dah tak ingat rate nye berapa, tapi dikira per hour. Sesuai untuk visitor yang mahukan privasi. 






Air panas, air sejuk, terjun pool balik, pastu mandi air sejuk lagi..habis kecut semuanya...hehehe. Sejam pun berbaloi. Puas hati.

We all bertolak balik lebih kurang jam 7. Singgah di RTC Gopeng untuk dinner, solat dan sebagainya sebelum meneruskan perjalanan pulang. Katerrrr kampung sebelah je, nak kena singgah bagai pulak....hahahaha.





Frust. Sikit je gambar-gambarnya. Lain-lain semuanya hilang bersama xperia yang dicuri penyamun semi-professional itu. Sakit hati ni. Apa nak buat. Syukur ada sikit sempat capture dek incik Canon.

Apa pun..a great, nice place for nature lover. Ada rezeki, ada peluang nak pegi lagi. Nak bawak bonda pulak. Pegi satu family, baru tangkap shiappp! 

Nak membebel panjang pun dah naik tepu dah otak ni. Nak sambung ngadap assignment balik. Sehingga bertemu lagi di lain entry.



Love,
Murni Alfathunnisa

XOXO :D
Publish!




16 comments:

  1. bestkan akak pi mandi kt sini.. weeee... suka sgt mandi kt kolam siap naik papan luncur tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amanina,

      kitorang tak mandi pun kat kolam yang ada papan luncur tu..ramai bebenor.

      Delete
    2. ohh..masa kami pi tu bkn time cuti skolah. hari biasa memang jd king la kt dalam tu. hehe

      Delete
  2. Wehhh best ada private jacuzzi! Mesti best berendam2 di situ. Tang part rumah Adabi tu tercekik wa gelak, okeh :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak dinas,

      kami pemalu belaka. lagi afdhol terjun private jacuzzi dari guna public pool..hehe. rumah adabi...chek pun macam terkesima..ape ke hea mamat ni..rumah adabi mai mana pulak..lepas tu baru teringat..paket rempah adabi kan rumah tu bentuk macam istana kenangan ni..haha. adeh la..

      Delete
  3. Pegawai dari jabatan pengairan tu tak datang ya kali ni untuk check tahap kepanasan air?

    ReplyDelete
    Replies
    1. t.a.t.a

      pegawai dari jabatan pengairan tu tengah berendam, tapi wajah terpaksa diblurkan sebab tak tutup aurat..hehe. hari tu dia off-day, so takde ukur panas air katanya...hehe.

      Delete
  4. Kakak tak pernah sampai sini lagi. Entah bila dapat jejak sana. Kelihatannya sangat santai. Selau juga kakak lihat kawan-kawan blogger ke sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakzakie,

      betul kak. saya pun dah tau lama tempat ni, asyik bertangguh. makin lama, makin ramai-ramai kawan-kawan yang sampai, tak boleh tahan...kena terjah jugak.

      Delete
  5. dulu ada site kat sana. teringin nak singgah.

    tapi sampai dah habis kerja tak singgah2...

    hehe. menarik je...

    *eh, mcm mana boleh kena curi tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rapunzel,

      alahai..sayangnya. takpe ada masa pegi la. cuti-cuti malaysia. bulan september hari tu i kena ragut depan pejabat....sob sob sob. :-(

      Delete
  6. Nampak klasik pulak tempat ni. Seronok dapat jalan2 dgn adik badik kan. Akak belum berkesempatan lagi.
    Dik, jaga kesihatan ya. Kalau tidur tak cukup nanti immune system pun turun. Akak ni pandai cakap orang, diri sendiri pun tak pernah cukup tidur. Hihihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak aidah,

      seronok kak. lebih2 lagi dah sepanjang minggu dengan stress kerja+study, weekend tu kena curi masa sikit untuk libur. same goes to you, kak...jaga kesihatan, kalau tak sihat tak leh bisnes nanti. hari minggu macam ni rehat lah bebanyak ya kak...nak pulun for a week ahead pulak.

      Delete
  7. mmm... belum pernah lagi over night kat Felda Residance nie... Tapi ho spring tu ada lah... dekat dengan my parent house... idok lah dekat sangat... kena drive jugak around 30-45 minit baru lah sampai...

    Next time, kat hand phone tu bubuh lah GPS tracker... senang sket nak detect hand phone tu...

    ReplyDelete
  8. Satu lagi tips, linkkan h/p tu dengan cloud, macam dropbox ker... kalau pencuri tu ambik gambar, secara automatic gambar tu akan di upload ke account dropbox...

    ReplyDelete
  9. indahnya suasana macam ni siti :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails