About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Thursday, December 12, 2013

Tertekan dengan perkataan "JODOH", "KAHWIN"..



Kenapa sibuk sangat dengan nak 'cari jodoh', nak 'kahwin'.. nak 'menikah' dan sebagainya..?? Marriage is not a destination..right..? Marriage is not about one day grand event bersanding atas pelamin...hatta sambutan 7 hari 7 malam di mana-mana pelusuk bumi ini yang makan masa setengah tahun just for preparation. Marriage bukan about keseronokan prepare kad jemputan dan distribute dengan rasa excited...dan bukan about excitement memilih wedding gown atau jurufoto for the big day.

First of all..yang menulis ni bukan anti-marriage. 

Murni heran dengan orang yang suka bother apa yang orang kata pasal single person ni...? Why bother wei. Tau tak orang lain yang single pun tertekan jugak..but at least jangan la everyday meroyan pasal jodoh. Please la wei... 

Sikit hari lagi, kalau tengok takdak perubahan jugak...confirm dia ni kena hide dari wall FB. Sorry. Murni tak boleh tolerate dengan aura negatif. Sebab tiap kali baca....Murni pulak risau masa depan dan jodoh sendiri. Murni sentap tak pasal-pasal? Say whatever you want to say...your feed sangat mengganggu emosi. Ok. It's your wall. Do whatever you want to do...tapi...spend your time baca luahan hati rakan senasib pulak..


Alone is beautiful. Sometimes. A chance to look into yourself. What do u want..? What you really want..? Who do u want..? and why do u want it so bad..??




Ini bukan pasal menentang fitrah kehidupan. Tidak sama sekali. Tak ada sesiapa pun mahu kekal tak berjodoh. Semua orang nak hidup berbahagia ke akhir hayat dengan pasangan masing-masing. Semua orang mengimpikan kehidupan berumahtangga. Tapi, kan lebih manis sebagai perempuan hanya titipkan doa, iringi dengan usaha yang berpada-pada dan tak perlu bising-bising sampai semua orang tahu hakikat kamu sedang berusaha 'ultra' gigih untuk cari jodoh.

Tertekan tau tak. Murni bukan saja-saja sentap. Cuma mahu pemikiran wanita-wanita single ni lebih terbuka. What if kamu tak berjodoh sampai mati..? Nak meroyan sampai mati..? Ya Allah..janganlah complicate life sendiri dan life orang lain. Perkahwinan bukan destinasi. Ya. Banyak lagi cabaran kehidupan selepas berumahtangga. Ingat manusia sekeliling nak tutup mulut lepas kamu kahwin. Sorry. Wrong expectation. Cuba bayangkan kemungkinan didatangkan ujian, seperti berjodoh dengan pasangan yang menguji kita..? Macammana..? Nak meroyan lagi kat facebook..? Nak berbangga lagi dengan "dream wedding"? Nak cerita lagi pasal destinasi impian untuk honeymoon..?

Faham. Rasa hati kadang-kadang membuak-buak mintak kita luahkan apa yang terbuku. Dah luah, rasa lega. Tapi lega tu tak berpanjangan kan. Sesekali ok...fine. Luah la. Tapi kalau tiap-tiap hari..ibarat rutin sarapan, makan tengahari, makan petang dan makan malam, jelak la. Jangan sampai orang lain yang baca feed kita ada simpan prasangka yang tak elok tentang diri kita. Mahukah kita dilabel "desperate"? Mahukah kita harga diri kita dipijak-pijak orang lain..? Tak mau kan...

Ini bukan soal jaga imej, bukan soal nak kesah persepsi manusia pada kita..it is more than that. Kenapa nak biar orang mengata kita kalau kita boleh elak. Harus diingat..rambut manusia ni dah la tak sama hitam, ada yang blonde..ada yang tidak....inikan pulak dalam hati sanubari tu. Ikhlaskanlah diri...tanya hati, kenapa kita nak sangat kawin..? Adakah sebab nak tutup mulut orang? atau adakah sebab ex, kawan lain, adik-adik semua dah kawin dan kita pun kena kawin, tak boleh kalah..? Atau kawin kerana nak elak maksiat..? Atau, kita kawin kerana Allah..?


Murni pun kena betulkan niat ni. Semalam-malam beria-ia post entri merindu..hari ni entri ala object to marriage. Bukannnnn....bukan object, bukan anti. Kalau ada jodoh, ada la. Murni tak letak target pun. Rindu tu kan subjective. Kat kawan tapi mesra..kat kawan...kat orang yang tak tau pun kita rindu kat dia. Semua boleh kan..? Tak semestinya asal rindu, chenta..kena kawin. Jodoh tu rahsia Allah.

Takutkan marriage..? Yes. Ada. A bit. Sebab..pengalaman orang lain memang akan bagi effect secara tak langsung kepada corak pemikiran kita..dan persepsi terhadap perkahwinan. Ada suka. Ada duka. Ada mudah. Ada perit.

Macam bagussss je Murni ni. Bukan. Sama-sama mengingatkan. Diri sendiri kadang-kadang alpa. Seronok berkongsi rasa cinta, lupa ada yang mengata. Sedih berkongsi cerita duka, lupa ada yang bertepuk gembira. 

Entri semalam, pasal rindu..pasal chenta. Nak jawapan...? Jawapannya..pengalaman mengajar. Share stories, don't mention name. 


So, kawan...stop ok..tak mau meroyan dah. Sama-sama kita berdoa, mudah-mudahan sampai jodoh kita, dengan pasangan yang baik,  diberikan pula zuriat yang baik. In shaa Allah. Allah maha mendengar.


Sekian..keluhan hati, dan peringatan untuk diri sendiri... seorang yang juga belum bertemu jodoh..


Love,
Murni Alfathunnisa




13 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. setuju sangat my dear...

    setuju..
    sangat2 setuju...

    sampai tatau nk luah apa lagi dah...
    u pukul habissss~

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pun setuju jugak.

      by the way kalau tak kahwin sampai mati itu bermaksud jodoh kita telah pun meninggal dahulu. itu lah yang aku pegang sampai bila².

      Delete
  3. Teman setuju dengan Murni. Bagi teman perkahwinan adalah permulaan kehidupan berkeluarga. Bagi teman, tak salah kalau seorang perempuan itu tidak berkahwin, asalkan dia mempunyai carrier nya sendiri, tidak menyusahkan orang lain dan pandai membawa diri. Ajal, jodoh, pertemuan semuanya ketentuan illahi. Usah peduli apa orang lain nak cakap, sebab mereka tidak akan berhenti untuk berkata-kata.

    Mungkin, kalau perempuan yang tidak berkahwin itu mereka akan katakan tidak laku. Nanti bila dah tiba jodohnya, perempuan itu berkahwin, mereka akan sibuk pula bertanya bila nak dapat anak... perkara macam akan bersambung sehinggalah ke anak cucu.

    Inilah realitinya...

    ReplyDelete
  4. murni...

    bg aku kan, berjodoh atau tak adalah dugaan masing-masing dalam hidup...

    jangan anggap perkahwinan tu aje jalan kebahagiaan.

    dalam perkahwinan pun ada luka dan sengketa sendiri...

    kebahagiaan tu kita yang nilai, jadi...

    chill je okey!

    ReplyDelete
  5. Jodoh, ajal, maut ditangan Allah. Kita sbgai hamba hnya mampu berdoa n berserah. Kebahagiaan ada dimana2 tnpa mengira status...
    Senyum2 selalu adikku..

    ReplyDelete
  6. setuju dgn akak.. rasanya bila dh kawin tu org rasa dh lengkah dlm hidup. asyik2 tnya soalan bila lg nk join de club. huhu

    ReplyDelete
  7. Berkahwin sebab nak tutup mulut orang?

    Ini fenomena makcik makcik kepochi...( hahahahaha) :

    - Bila dah kawin " laaa....ni bila nak mengandung ni??" ....maka STRESS lah lagi dgn mulut org..

    - Bila dah ada anak " laaaa...sorang aja? Bila nak tambah ni??" ....maka STRESS lah lagi dgn mulut org..

    - Bila anak dah besar panjang " laaaaa....bila nak dapat menantu ni??"...maka STRESS lah lagi dgn mulut orang..

    - Bila dah ada menantu " laaaaa....bila nak timang cucu ni??"...maka STRESS lah lagi dengan mulut orang...

    Penyudahnya...
    Nak fikir sangat pasal MULUT ORANG...
    Stress sampai ke hari tua :)

    Maka betul apa yg Murni tulis...
    Saya setuju 200%..

    Dan percayalah...saya doakan awak..Iyra..dan lain lain geng kita yg masih belum ada jodoh, di pertemukan jodoh...jika itu yang terbaik...sebab DIA yg maha mengetahui

    ReplyDelete
  8. Sabaq (cakap boleh la kan)....mulut orang ni tak akan habeh cakap....hati yang gundah juga tak kan habis 'meruntun'....mck pun ada sorang adik pompuan yg masih solo....kesian juga tapi tak kan nak press dia 'bila nak kawin?'...tentu dia lagi stress.
    Insyallah, moga ada cahaya di hujung terowong

    ReplyDelete
  9. Sebaik roh kita ditiupkan Allah telah tentukan segalanya di Loh Mahfuz. Siapa, apa, mengapa, itu-ini semuanya telah tertulis. Kalau nak dengar cakap org (terutama yg kepochi) kalau masuk dlm hati peritlah jadinya. SO.... ambil mudah walau telinga mendengar jgn simpan dlm hati. Buat apa bagi penyakit pada hati kita. Biarlah mereka yg sakit..

    Doa kakak buat adik-adik semua bersabar. Kakak dulu dua adik kakak dah menikah baru kakak jumpa abang tau. Jumpa terus plan utk menikah sebab duit dah ada. Kawin lambat tapi kami bahagia tak ada masalah kewangan. Rumah-kereta kami bukan satu tapi lebih dari 2. Itulah untungnya lambat kawen - ekonomi dah kukuh.

    ReplyDelete
  10. Sabaq la dik, buat cool ja. Dah memang sikap or personaliti orang tu macam tu, kita nak buat macam mana, tak boleh kita nak mengubah depa kalau dah depa sendiri rasa so strongly about it. Kalau akak, memang akak hide ja feed orang camtu, tak payah serabut dawai terpaksa baca bila depa update leleh2. Susah kalau terjangkit dengan negativity sebegitu. Hidup mesti ceria. Jangan susah hati, nanti kena darah tinggi or penyakit2 kronik lain, na'zubillah. Kalau ada jodoh, ada la. Kalau tidak, takdaklah. Kita sebagai manusia hanya merancang tapi Allah SWT yg menentukan.

    ReplyDelete
  11. Qada dan Qadar yang Allah tentukan lagi terbaik dr ckp2 manusia ni...

    ReplyDelete
  12. komen-komen di atas semuanya betul dik...bermunajat banyak2, Allah suka kita merintih-rintih pada DIA selalu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails