About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, January 19, 2013

Kembara Cik Siti: Terukir di bintang, tak mungkin hilang cintaku pada Venice!

20th Dec 2012

Buon Giorno! Seawal pagi lagi masing-masing kelihatan sangat excited dan.....suspen! Today's itinerary, Venezia! Yes, Venice...city-on-the-sea, kota romantik yang menjadi destinasi percutian idaman. Dalam hati...rasa bersyukur sangat-sangat..alhamdulillah. Ada jugak rezeki menjejakkan kaki ke sini.



Pemandangan jeti. Kena ambil water taxi..ni lah penyebab suspen tu! Bot yang we all naik ada dalam pic tu..kecik je bot nya..just nice untuk small tour group of 18 people. Ada juga perkhidmatan bot lain disediakan untuk ke Venice island...bot yang lebih besar. Lebih sesuai untuk ramai penumpang. Yang we all nak naik ni, private own.



Sebelum tu, as soon as we arrived at the jetty, keluar je dari parking, terus ternampak deretan kedai menjual variety of souvenir. Ada masa 15min untuk membeli dan tawar menawar. Sakan...kedai bukak awal2 pagi. Begitu lah semangatnya immigran Bangladesh mencari rezeki. Eh...gambar ku mana pahhhh...?? Memang tak ada gambar mamat-mamat bangla yang berniaga tu...terasa rugi pulak. Sibuk sangat bargaining for t-shirt sampai tak menyempat nak ambil gambar.

Cuaca berkabus..udara pekat piau..sejuk! Menggigil bukan setakat sejuk, tapi sebab suspen nak naik bot selama lebih kurang 15-20mins. 


Sangat mendebarkan! Ombak tinggi pulak tu. Nasib baik la tak uwek kat dalam bot tu..boleh bertahan lagi. Kesian kak yatie (see pic), dah asam kerut muka menahan sabar kena usik dengan amoi-amoi bertiga tu. Dia ni memang mabuk segala jenis kenderaan, jangankan udara..laut, darat pun semua mabuk. Tapi, semangat nak travel jauh, sanggup telan pil mabuk 24hrs. Lesson learned from Turkey trip. Kan dia yang vomit teruk sampai dehydrate masa trip Turkey last year. Itu yang kena sakat teruk dengan amoi-amoi tu.





Alhamdulillah..finally arrived after 20mins journey by boat. Okey, first thing first bila sampai Venice, dah tentu lah terbayangkan the special icon of Venice -- Gondola! So, before sight-seeing Venice, we all naik gondola dulu.

Fares untuk gondola ni kalau tak ikut package adalah lebih kurang 80 Euro.


Bergoyang der! Ombak tinggi tu. Tapi the scenery..masyaallah..very nice I tell you! The Italian guy sat next to me on our flight back to Bangkok (later I'll story more okey..), he did mention that the best time to visit Venice is during summer. Kalau time winter ni, selalu raining and cold...and ombak tinggi. Kawasan piazza pun banjir kalau tak kena dengan cuaca.


It is exactly like what we saw in pictures..travel magazines, tv, internet......kalau I, of course, National Geographic Travel & TLC yang membawa I mengembara ke seluruh dunia dengan hanya berada di hadapan skrin! Haha..



Apa-apa pun...posing dulu! Tak boleh nak posing over-over..sebab dah dipesan suruh duduk diam-diam..hehe. Agak kurang asam pesanan itu.



I'm flattered! Teruja. Terharu. Macam-macam perasaan bercampur-baur. Still couldn't believe...I'm here...bukan dalam mimpi lagi.


Lambat jugak gondola we all ni nak bergerak keluar..we all gelakkan diri sendiri. Agaknya gondoliers tu menyumpah tak, nak rowing gondola yang sarat dengan manusia-manusia berat dari Asia..haha.


A row of gondola parked at the mooring.


Our gondoliers..he's quite friendly..and talkative. Speak good English with Italian accent of course. Owh..how much I love Italian..the accent, the language itself and the guy! Hahaha...handsome wooo!


Doge's Palace or in Italian, Pallazo Ducale. A palace now turned to museum. Gambar-gambar di bawah ni, semuanya diambil sewaktu gondola-ride.


Bridge of Sigh. Sebelah kiri dulunya adalah mahkamah. Bila pesalah dijatuhkan hukuman, pesalah ni akan lalu jambatan tu..yang mana, sebelah kanannya adalah penjara. Nama Bridge of Sigh ni dari kisah seorang pesalah yang dijatuhkan hukuman penjara..masa dia lalu jambatan tu, tetiba ternampak marka (kekasih) dia dengan lelaki lain. So, frust lah dia sambil mengeluh.."haisyy..." so, that's why la dinamakan "Bridge of Sigh". Kesahnyaaaa....
tukar profession jadi penglipur lara pulak. Serba boleh jugak I ni kan..hehe.



Ni la di penjara janji nya...

Believe it or not...as soon as naik gondola ni..I cuma teringatkan my favourite numbers...



"Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia
Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…
Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu"




Perghhh....siap nyanyi segala! Konon nak ganti Yuna masa AJL la..apakan daya, misai Aizat yang sweet dan serupa Italian guy itu mengatasi segala-galanya. Okey, merapu lagi.

Yelah, mana tak teringat..kan klip lagu fofuler tu shoot kat sini. Masa Yuna & Qi holiday kat sini kannn.....(kalau tak silap la..). Fenat tau edit kaler-kaler klasik sepiah segala..nak kasi naik mood.


Venice ni memang banyak canal..terlalu banyak. Bersimpang siur jugak. I dah tak ingat ate macammana bunyi signal yang gondolier tu buat bila sampai simpang canal tu..diorang takut accidente sesama gondola..tu yang ada bunyi2 tu. Tapi, agak unik lah bunyi berkenaan, sampai we all semua tercengang dan terus bertanya kenapa buat bunyi cenggitu.



Teruk gondolier tu kena buli dengan we all. Paksa dia nyanyi la..cerita la..hehe..nasib baik dia sporting. Dalam hati mesti dia menyumpah...fussy, banyak mulut la makcik-makcik Asia ni..hehe. Ade ahkak kesahhh...



Venice ni tak kotor lah..seperti yang digambarkan sesetengah orang. Bersih je. Tapi jangan la suka-suka celup tangan dalam air tu. Kot pun nampak bersih..takut dari luar je. Sebab septic tank diorang ni rasanya ada lagi yang masih tak ter'upgrade'...takut lepas ke luor kat canal ni ha...ngeri uols! So far, nampak bersih dan tiada bau yang tidak menyenangkan.



Dari kebiruan air laut dan langit yang seakan-akan bersatu..sekarang dah masuk fasa civilisation...architecture..I love this part. Kalau boleh semua bangunan nak ambil gambar.
Sepanjang canal ni adalah rumah-rumah, cafes, boutique, shops & hotels...


Lama la jugak boat-ride ni. Berpuluh keping gambar masa naik gondola ni saja. Tapi tak dapat lah nak upload semua.

Selesai boat-ride maka bermula lah..walking session. Dari pier tempat we all diturunkan, we all jalan sehinggalah ke Piazza San Marco, dimana letaknya St. Mark's Bell Tower & St. Mark's Basilica. The two major landmark of Venice.


St. Mark's Bell Tower


St. Mark's Basilica (Basilica di San Marco). Sekali pandang macam kuil. Tak masuk, tengok dari luar. Nak masuk kena bayor. Photo-shoot sekejap then we all dibawa melihat demonstrasi pembuatan glass, originated from Murano. Masa tengok glass-blower demonstration tu lupa terus nak snap gambar sebab the showroom itself penuh dengan glass..glass..glass...takut pecah noks. Sia-sia je kena bayor kang! Acara walkathon diteruskan sejurus selepas itu..next destination is Rialto Bridge.



View of Grand Canal from Rialto Bridge. Orang kata, kalau datang Venice, it's a must... compulsary, mesti, wajib, wajibalghunnah....ambik gambar pemandangan Grand Canal dari atas jambatan Rialto ni. Macam cop passport gitu. Kira tak valid la lawatan tu kalau tak ambil gambar from this angle!



Nah...anakanda jijah mengabadikan kenangan di Rialto Bridge. Belum tentu ada kedua kalinya. Bajet nak hanimun bagai....? hmmm..lupakan ajelah tipah...pokcik tu nak meminang pun bertahun menunggu ...alasan segala. Okey. Melalut.



Berdiri di sini, menghadap Grand Canal, terasa ketenangan yang amat sangat walaupun hakikatnya riuh dan sarat dengan manusia dari serata ceruk dunia. Peace. Relief. Suara alam dan deru enjin water taxis...all are harmonious.




The charming Venezia..inilah nadinya, the main street, the Grand Canal. Banyak jasanya. Kalau tak silap every year, kat sini la diorang buat regatta untuk para gondoliers...macam acara memperingati sejarah ape tah.



Okey, sudah. Jalan-jalan cuci mata dan cari souvenir lagi. Mask and triangle are the famous souvenir to buy in Venice. Dari semurah-murah harga sampai lah semahal-mahalnya untuk sekeping mask sebagai hiasan dan tanda kenangan. I tak beli pun. Rasa tak berani nak simpan kat rumah....takut malaikat tak masuk..orang kata. Suka salahkan orang..pasaipa la hang ni..ish ish! 

Mask ni pun ada kesah. Dulu ada banduan terlepas. Diorang lari punya lari..punya lari..sampai masuk satu party. Polis ligan punya ligan sampai kat party ni tapi tak boleh nak cam sebab diorang pakai mask...semua pun pakai mask..so macam tradition lah pakai carnival mask ni. Conclusion nya, I taknak pakai mask! Taknak...nanti orang cakap banduan terlepas!

Jalan punya jalan sampai lapar daaa....we all cari kelibat Nick..nak ajak tunjuk the famous restaurant yang served Venice specialty, the black-ink pasta. So, we all pun di bawa la ke satu restaurant yang namanya dah tak diingati gara-gara kelaparan yang amat sangat. Tapi restaurant tu tak jauh dari Piazza San Marco.


The black-sauce Spaghetti. Not my meal. But it smells extremely good. It's cuttlefish and the black ink. Sapa yang makan meal ni magically turns to gothic! Habis hitam gigi, bibir...hehehe...ngeri. Well, walaupun rupanya tak indah, tapi rasanya sangat sedap. Orang yang makan dan dua tiga orang tukang rasa yang bagitau..



Spaghetti al pomodoro. Sos tomato saja daa. Spaghetti vegetarian walaupun hanya tomato sebagai vegetables nya..jadilah. Tengok penuh pinggan kan..portion banyak kan..? Tapi...licin jua akhirnya. Nampak sangat lapor nye! Yang ni memang my meals.



Patate. Nasib baik gemok-gemok dan mengenyangkan. Alhamdulillah.


Salad with Olive Oil. 


Tiba-tiba pantang larang habis semua dilanggar! Deep fry seafood..squid, prawn and anchovies. Owh..anchovies (ikan bilis) sini besor gedabak yer. Merasa dua hiris squid dan seekor prawn sederhana besar. Selebihnya..goes to others yang pantang jugak...pantang nampak! Hahaha...

Perut kenyang...thank you boss..for lunch treat. Ingatkan nak kena bayor sendiri-sendiri je..tapi untung jugak makan dengan boss...dia malu alah, kena la belanja kami..hehe. Jahatnyaaaaaa....

Acara shopping diteruskan. We all ada free time sampai lewat petang nanti. So shopping lah bagai nak rak yaa. Venice ni sama je macam lain-lain major city di Italy..banyak big fashion names kat sini. You can easily find Max Mara, Gucci, Prada, Versace, Louis Vuitton, Armani..bla bla bla. Yang penting...simpan resit pembelian for VAT refund yer.



Bergambar dekat luar butik Longchamp. Tunggu amoi yang paling banyak beli handbag memilih Longchamp. Tunggu dan tengok je la. Kalau mampu....baik beli Gucci atau Prada. Kalau mampu....dah takde menda nak spend duit tu, boleh la..melambak sangat duit nya kannnnn...hehe.



Berhati-hati bila berjalan kat sini yer...jangan sampai sesat. Map pun tiada gunanya. So, kena sentiasa ingat each street yang diambil. The street are all the same, banyak bridge...dan banyak jugak junction.



Another church..San Moise.


After nearly 2hrs meronda sekitar Venice, we all decide untuk balik ke Piazza San Marco, the meetpoint sebelum bertolak balik. Memang ada banyak lagi masa. So, we all habiskan dengan bergambar dan melayan pigeon kat sini yang sememangnya meriah dan jinak. Boleh landing atas kepala lagi...hehe.



All ladies bersama "hasil memukat"...St. Mark's Basilica on the background.



Hari mulai gelap...lampu mula menerangi dataran San Marco..another beautiful scene. Dinginnya semakin mencucuk tulang. Hidung terasa pedih. Confirm, bleeding lagi. In the meantime, i dah berapa kali sedut inhaler, dah mula terasa sesak napas sebab terdedah cuaca sejuk cukup lama kat luar ni. Dah mula rasa tak sedap sebab kejap lagi nak kena naik bot balik ke Mestre.






Finally, berjalan lah we all slowly ke pier untuk menaiki water taxis..pulang ke Mestre. Dalam hati berharap...jangan la muntah kat dalam bot. Bertahanlah sampai balik ke hotel.



And alhamdulillah..balik ke hotel..muntah tapi tak keluar satu ape pun. Sebab cuaca sejuk dan sesak napas je. Refresh pulak tu. Perut lapar terus terkam megi cup...hehe.

Long entry kan. Takpe lah..kira jamak la ni...minggu depan belum tentu nak ada entry. Exam sudaaa.

Need to stop here. Will update soon. Thanks reading..and thanks semua yang mendoakan kesihatan mak bonda & tok amah. Will reply all comments tomorrow..in shaa allah.


Love,
Murni Alfathunnisa

XOXO :D Publish!


Friday, January 18, 2013

The Struggle Week

Ampun beribu ampun....asal buat intro entry sure kena minta maaf....lambat update..kannnn...? Bukan rugi pun mintak maaf. Itupun kepada yang ternanti-nanti update from me je...kan! Kali ni..the delay because yang menulis ni sedang berusaha gigih mengumpul kekuatan. 

Next week belum tentu dapat update. Dan sepanjang seminggu ni macam-macam hal yang menduga terjadi. My tok admitted to hospital due to diabetes dan sakit tua. Yes, I'm not a good grand-doter, mengelat nak jaga tok dengan alasan-alasan kekangan kerja dan study. And yes, I'm a bit selfish sebab I too have a mom to take care of. Mak bonda pun sakit at the same time. Kaki bengkak dah seminggu. Worried..very worried. Dua kali ke klinik dan recently ke hospital. We afraid the possibility of ghout..nauzubillah..mintak dijauhkan. Till today, sakit nya masih tak hilang. Ubat sapu, ubat sakit..ubat surut bengkak semua dah. Khabar tak baik juga..kandungan gula dalam darah mak bonda sangat tinggi. BP naik sampai 150 plus.

So, di sini emak..di sana tok. Me..? Tersepit di tengahnya. Ya Allah..berkali-kali I memohon supaya diberi kekuatan dan dipermudahkan segala urusan. How to handle all the conflicts...yang berasa hati, sampai terasa ada keperluan buat jadual untuk menjaga seorang nenek...is it necessary? Pertimbangan yang sewajarnya adalah mencukupi. Mak bonda tu mengharap anak-anak dia je nak kemana pun. Nak menapak naik rumah yang kat tingkat satu pun I dah terasa suffer nya dia..inikan pulak nak menapak naik tingkat 3.

For me, besar ganjaran pahala menjaga orang tua yang uzur. Terlalu besar. Semakin besar bila yang sakit tu sendiri banyak karenah, tertekan, nyanyuk dan asyik marah-marah. Serba tak kena orang yang menjaga. Ya, I faham semua tu. Terima kasih banyak-banyak. Hanya kesabaran yang tinggi dapat menangani orang sakit ni..susahnya sudah ada di depan mata kepala ni. 

Sekiranya ikhlas, Allah saja yang dapat membalasnya. Tapi, jangan pulak dikira-kira, dibanding-banding dengan anak lain yang tak mampu nak menjaga.


Tayang duit euro dari purse no. 1...hehe...ni namanya sneak preview untuk next entry


So, throughout this week adalah less tido, more house-chores. Sudah tidak tergamak biarkan mak bonda berjalan pergi ke tempat keja walaupun jarak tak sampai 2km dengan rumah..I sent her off. Petang, balik dari keja makan saja lah apa yang sempat dimasak atau dibeli di kedai. Malam..kerja2 melipat kain, cuci kain, kemas rumah, buang sampah...in fact yang memerlukan banyak berdiri dan berjalan...I try to help as much as I can, curi-curi sambil layan "Setia Hujung Nyawa" dan berpesbuk. Dah lewat malam...seusai solat..baru la sempat nak jengah portal, taip assignment dan selak modul. Pukul 2 usually, I tido pengsan...sampai la jam 6 besoknya. Itu lah rutinnya.

Next week, minggu exam dan lecture di campus...until 7th Feb 2013. The struggle week! Terasa berat hati nak tinggalkan mak bonda kat rumah. Apakan daya..kalau tak attend..I won't be able to sit for final exam.

Dont misunderstood dengan apa yang tertulis dalam entri ni..i'm not grumbling. Sekadar melepaskan lelah. Insyaallah..mana tau..umur panjang..ada rezeki, in the next four (aminnn), five, six years masa I graduate..I would be able to read...what I've been going thru untuk dapatkan segulung ijazah. Mana tau kan. We dont know our future..what to come. Maybe..semuanya ini dapat membina kekuatan yang semakin terusik.

Mohon kawan-kawan doakan kesihatan mak bonda dan tok amah ya. Thanks...


Love,
Murni Alfathunnisa

P/s: Petang nanti I update travelogue naa...tempat romentik..kena setting mood bagi betul dulu..hehe. In shaa Allah.

Sunday, January 13, 2013

Kembara Cik Siti: Menjejak Cinta Romeo & Giuletta di Verona


Sambung kisah hari tu..kisah menunggu dan terus menunggu di tengah kesibukan kota Milan.
Janji nye tunggu kat meetpoint yang ditetapkan tepat jam 1.00pm. Tunggu punya tunggu..punya tunggu...10min berlalu batang hidung pun tak nampak. Semua dah kegelisahan. Dah la sejuk..berdiri lama pulak tu. Ada yang pergi kedai kat belakang tu sempat shopping kat kedai Disney lagi. Kite pulak dah terliur tengok orang melantak gelato..sabo je lah.

Jam 1.15pm, Mr. Nick decide untuk tinggalkan group dan mulakan misi mencari a family of four yang tak kunjung tiba tu..Mr. Tan & family lorr...

Jam 1.30pm, Mr. Nick balik ke meetpoint sambil geleng2 kepala..kepenatan. Mr. bos sekali kena ikut misi mencari. Yang lain-lain diarahkan supaya terus menunggu kat basikal ni...





Bosan seyh...I dengan amoi Neoh pun turut sama melakukan kerja-kerja pencarian. Tapi, hampa. Ape ke bengong merewang ke mana sampai tak jumpa jalan balik. Nyusahkan betol. Shopping tahap dewata raya kah....huhu




Nasib baik la terhibur jugak dok berdiri observe ragam manusia yang serba kalut kat sini..and finally, 5min before 2.00pm, Mr. bos & Nick balik dalam keadaan tercungap-cungap dan bagitau...itu 4org dah siap-siap tunggu dalam bas. Betul laaaaa....tak faham instruction. Bebai sungguh! Kot ye pun...tak reti nak menalipon ke..

4org ni punya pasal..we all dah 1hr behind schedule. Adat ler, ikut tour ni memang kena disiplin tinggi. Terlewat sikit macam we all kat Turkey dulu pun dah kena marah bagai nak rak..inikan pulak lewat sejam. Alasan tunggu kat bas tu sangat tak masuk akal..sebab bas sampai pun agak lewat dari yang dijanjikan. Tak baek tipu! Dosa tau!



Bas bergerak meninggalkan kota Milan menuju Verona. Perjalanan adalah lebih kurang 160km dan sepatutnya memakan masa lebih kurang 2jam, bergantung keadaan trafik melalui lebuhraya A51 dan A4.

We arrived Verona later in the evening, hari dah mulai petang dan semakin gelap. As usual, bas perlu di'parking' di tempat yang ditetapkan saja. Selebihnya, we all menapak lagi lebih kurang 3km..meredah city of Verona yang tak kurang sibuk dengan kenderaannya.




Traffic signage pun jadi mangsa...hehehe. Okey, what's so popular here in Verona..?? Ce teka..ce teka...!

Malas nak teka la tu..fine...sapa minat Shakespeare's..? Tak minat..? Tak minat sudoohhh...tak dapek den nolong. Verona ni popular dengan kisah epik percintaan Romeo & Juliet, hasil tulisan Shakespeare's. So, here we go.. Casa di Giuletta.. rumah si Juliet.




2days here in Italy, terlalu banyak contengan graffiti di dinding, tak kira dinding bangunan, rumah, apartment, lorong-lorong subway..too many. Macam tu jugak la yang happen pada dinding entrance ke rumah Juliet ni. Penuh dengan mesej-mesej chentaaa....




The entrance.. and below, Juliet's balcony.



Juliet's balcony ni famous because it's appear in one of the scene sewaktu pementasan Romeo & Juliet. Asalnya rumah ni takde pun balcony tu, but just because of 'the scene', balcony ni ditambah in 1936, and ever since become a tourist attraction. Kat bawah ni, from the point I took this photo is a small courtyard. Agak sempit, just cukup-cukup untuk satu atau dua tour-group.




Ada tangkal ke azimat chenta ape tah diorang dok sibuk ikat dan kunci kat belakang statue Juliet tu...




Ni la Juliet's statue...orang kata..kena rub Juliet's punya right tooottt....nanti always lucky in love..orang la yang kata..takkan beruang pulak. And again...ade ahkak kesah? Hehehe..
Kat sini ada one souvenir shop, sape nak membeli dipersilakan..sape nak tengok-tengok saja pun dialu-alukan. Akan tetapi, ramai yang lebih suka menunggu giliran nak bergambar dengan patung Juliet ni..tinggal tak ambil no giliran je lagi..hehe. Ape lah nasib, dari tengahari tadi, asyik menunggu je keje nye!




We all teruskan berjalan ke tempat yang paling dinantikan. Sekali lagi, berjalan melewati butik, cafes, souvenir shop dan sebagainya...jenuh tahan sabaq.

Around 5mins walking, sampai lah we all ke sini..the Arena, Roman amphitheatre, tempat berlangsungnya persembahan opera since A.D 30. Lamaaaaaa nyaaaaaaa kann..Just imagine lah, kerja membaikpulih dan mengembalikan fungsi arena ni pun dah dijalankan sejak zaman Renaissance. Hebat betul architecture orang Roman ni. Gagah perkasa merentas zaman. Namun..luluh jua dimamah gempa. Tiada yang lebih hebat melainkan kekuasaan Allah SWT.

Verona Arena originally can fit 30,000 people at a time..besor tu! Dan selepas beberapa perubahan, now cuma boleh fit around 22,000 people. Sir Elton John dan Rod Stewart are among the singers yang pernah performed kat sini.




Now, let's jalan...and jalan..and jalan..! Sampai dah malam..pukul 6.00pm macam tu, dah gelap gelita kat sini. Apa nak buat..tak boleh marah itu olang..dia sudah tua maa..itu olang manyak kebal punya, tak boleh marah dia liao! Tersampuk sudahhh...tak ubah macam si amoi bertiga itewww. 




Lupa nak habaq, Verona Arena ni letaknya di Piazza Bra. Ya, piazza apa...Piazza Bra. Tak silap ya. Bukan nak melucah..memang macam tu namanya. Piazza Bra ni memang tourist spot..so kebanyakan cafe, souvenir shops dan pizzeria slightly expensive here compare di Pizza delle Erbe, one of the squares here in Verona yang we all tak sempat dah nak pi.




Dalam suasana sejuk macam ni, menggedik lah I dengan 3 orang amoi tu masuk ke one of cafes dekat Piazza Bra ni. Misi mencari cappucino dan latte. Italian minum cappucino just for breakfast..tapi we all Malaysian ni, tak kira time tibai cappucino. Ada ahkak kesah? Secawan cappucino untuk take away lebih kurang 1.50eur. Amoi bertiga tu tapau sandwich & panini for their dinner.



Sambil hirup kopi panas, sambil jalan cuci mata sekitar piazza. Ada christmas market jugak kat sini..tapi yang bershopping dah tak ramai, maybe dah malam. Diorang letih la tu..nak tido je kekdahnya.. :p





Pusing sampai pening..sebesor-besor Piazza Bra ni asyik dok pusing situ je jugak. Nasib baik one of my friend ada ambil pic ni..chrismast star..falling at Piazza Bra!! Kat tengah tu ada fountain and garden. Bangunan di belakang tu namanya Pallazo Barbieri, sekarang dijadikan sebagai Town Hall of Verona.




Pallazo della Gran Guardia during night..cantik! Hall yang digunakan untuk conferences and exhibitions.



Cekal kan...nak bergambar jugak walaupun dalam gelap...lepak-lepak menunggu yang lain tengah tapau dinner sambil menghayati keindahan Arena dan Piazza Bra.

Tonite, going to check-in at Holiday Inn, Mestre Marghera, Venice. Buah berangan tapau siang tadi, megi cup dan bantal di hotel sedang melambai-lambai..tomorrow's itinerary will be more exciting!

Daaa.....



Love,
Murni Alfathunnisa

XOXO :D Publish!


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails