Ciao..
Come sta? Speriamo che tu stia bene...*"how are you? Hope you're doing well.."
Muahaha...velagak kannn. Baru over a week pi Italy kemain bajet speaking Italiano. Nyampah!
22nd December 2012 -- setelah berjam-jam perjalanan, sampai jugak akhirnya di destinasi penginapan terakhir di Italy..dua malam penginapan di Courtyard Marriot, Rome. Alhamdulillah, trip kali ni pun sama macam last trip ke Turkiye, penginapan di malam-malam terakhir seolah-olah reward untuk we all. Selesa biliknya. Comfy bed. Neat and clean bathroom.
Harussssss lah dah rembat toiletries berkenaan. Buat collection gitu! Dah dapat bilik yang selesa di malam-malam terakhir ni baru la ada feel sikit nak selongkar luggage dan backpack, tengok apa yang dah dibeli, apa yang masih kurang. Puas hidang atas katil, siap buat "pertandingan siapa beli souvenir terbanyak" dengan husna dan amoi2 bertiga tu...hehehe...dah tentu-tentu lah not me yang jadi juara, kannn...
Kalau nak congak semuanya, memang tak cukup..makin rasa nak membeli. Tapi bajet dah tak seberapa je yang tinggal. Nak swipe credit card memang a-big-no-no for me. Serik dengan jerat hutang kad kredit.
23rd December 2012 -- Gini la pemandangan di awal pagi, dari Courtyard Marriot, Central Park menuju ke pusat bandar Rome, atau more specifically the old town. Tak jauh pun dari hotel. Lebih kurang 10km. Tapi Rome ni kota antik yang sangat sibuk dan sesak.
Dari dalam bas pun sempat lagi usha FM yang tersusun elok tu...masa ni tengah stuck in traffic jam.
We all turun dari bas tak jauh dari bangunan ni. Tourist spot pertama yang ingin we all jejak di kota Roma ni adalah the famous Trevi Fountain. Situated at Piazza di Trevi, we all macam biasalah, kena menapak sikit untuk sampai ke tempat ni. Hari ni pun banyak acara berjalan merentas kota.
Trevi Fountain ni tempat tourist datang untuk masing-masing berebut nak baling coins dalam kolam tu. According to locals belief, kalau lontar 3 coins dengan berdiri membelakangkan fountain tu sambil buat hajat, maka hajat tu akan tertunai. Salah satu hajat tu mestilah untuk kembali semula ke kota Rome. Mak jemah skip ya upacara ni. Mak jemah tak percaya semua karut marut ni. Mak jemah kata dia syok-syok saja mai tengok tempat orang, observe culture and tradition. Tu Mak Jemah la yang kata. Hehe.
Just opposite dengan air pancuran Trevi ni ada lagi satu cathedral. Kecik ja. Lupa nama dia. Jenuh gak Mak Jemah cuba ingat...maklum la..lama tak makan kismis. Memory low.
We all berpeleseran kat Piazza di Trevi ni ada kot setengah sejam, sambil makan eskrem gelato, sambil kacau trojan kaler merah..sambil camwhore... :p
Peragawati dari Asia |
![]() |
roman column |
Tak jauh dari Trevi Fountain ada lagi satu bangunan yang penting dalam sejarah peradaban Rome -- Pantheon. Letaknya di Piazza Della Rotonda. Tergeliat lidah nak nyebutnyer...! Unik sungguh architecture bangunan ni. Memang senibina roman ni cukup mudah dikenali. Utuh sehingga kini. See the unreinforced column...
Pantheon is a temple semasa zaman rom kuno. Kesahnya, tempat ahli bijak pandai, bomoh, tok dukun, pawang, di zaman depa menghalau roh jahat supaya masuk ke Pantheon ni. Kiranya macam tempat simpan roh jahat la bangunan ni. Sentap Mak Jemah! Teruih tak berani nak masuk. Walhal, mula-mula tadi kemain excited nak pi beratuq sekali dengan tourist lain yang mula berduyon-duyon mana punya dok mai...... sabaq je la Mak Jemah ni.
Bukan Mak Jemah bersama trojan kaler merah di belakangnya.. |
Bangunan ni merupakan warisan senibina roman yang masih kukuh sehingga kini. Merentas zaman, Pantheon ni ada banyak fungsi rupa-rupanya. Pernah jadi tempat berkumpul bala tentera, pernah jadi tempat pemakaman dan selepas tu di'convert' kepada sebuah gereja.
Malas senaman? Nah...naik saja beskat ni. For rental.
Kereta kuda pun hado....so, jangan nak banyak songeh.
Ni ada satu lagi fountain bersama obelisk, betul-betul opposite Pantheon. Sekali pandang, gerun pun ada tengok air keluar ikut mulut tu....huhuhu. Nasib baik siang terang benderang...Mak Jemah penakut rupanya, kusss semangat!
Dari Pantheon, we all menjelajah lagi melalui lorong-lorong kecil di tengah kesesakan kota Rome. Here it is, The Spanish Steps or in Italian nya Scalinata della Trinita dei Monti . Foto bawah ni diambil dari Piazza di Spagna.
Packed with tourist..both local and foreigners.
Crowd kat sini adalah perkara biasa, tapi lebih menambahkan extraordinary crowd pada hari tu most probably sebab berkumpulnya santa claus untuk acara naik beskat beramai-ramai...
At the foot of Spanish Steps ada satu lagi fountain dikenali sebagai Barcaccia Fountain. Simbolik bot nelayan yang dijumpai hanyut di tempat yang sama semasa kejadian banjir besar River Tiber. An influence of Baroque art. Pancuran air di mana-mana, tinggalan yang menjadi saksi peradaban tamadun Rom.
Finally, berjaya jugak we all mendaki 138 anak tangga di Spanish Steps ni. Kejayaan besor okeh! Pendakian dengan perut kosong akibat limited choice breakfast di hotel. At the peak tu ada bangunan Spanish Embassy. Ada sejarahnya jugak bangunan tu, tapi tak sempat nak sosek-sosek dengan Nick.
Kat atas ni jugak ada satu lagi Piazza..entah apa namanya..so from here boleh nampak Piazza di Spagna di bawah nuun...tempat ambil gambaq tadi.
Dannnnnnnnn...yang paling awesome kat atas ni tempat street artist gituhhh! I like! Membuak-buak perasaan jiwa raga ini. Rasa teruja tengok hasil seni artist kat sini. kalau la ada banyak masa, teringin jugak nak mintak artist kat sini buat sketch ropa Mak Jemah yang tak lawo ni...huhu..apakan daya. Syukur la dapat beli one piece of painting sebagai tanda kenangan datang ke sini. Rasanya itu la "the most expensive gift I bought for myself" during this visit to Italy. Harga nya tak mahal. Tapi seni dan kenangan itu yang mahal.
Lupa nak habaq..kat Rome ni, especially dekat area bangunan warisan depa ni, sapa-sapa pun tak boleh snacking, having meals mahupun menikmati gelato. Boleh kena fine tuuu..antara 25euro - 500euro. Kalau nak makan kena pi duduk jauh-jauh dari tempat tu. Betul-betul depa ni jaga kebersihan dan educate penduduk dekat sana.
We all turun dari Spanish Steps. Perut lapaq. Misi cari makan. We all singgah beli buah berangan. Nahh...as promised, ni lah gambaq gerai menjual buah berangan. Kat sini agak mahal berbanding dekat Milan hari tu. Buahnya memang gedabak in size kalau dibandingkan kita beli kat Malaysia ni. 4 euro untuk 100gm. Don't convert into MYR, nanti tak tergamak nak telan buah berangan semahal itu.

Semakin ramai pulak yang membanjiri kawasan Piazza. Naik rimas dibuatnya. Cepat-cepat jalan cari restaurant, nak mengopi dan meng'spageti' sebelum matahari mula meninggi.
Teringat movie flick.. 'The Italian Job'. Melalui jalan-jalan sempit, metropolis yang sesak dan penuh dengan jutaan kereta, hanya yang munggil dan kecil molek menjadi pilihan yang paling afdal. So easy to find Mini Cooper, Smart & Fiat. Easy to park. Memang susah nak jumpa MPV di jalanan yer...kalau bawak MPV orang sini usha pelik je..haha..must be from another European country.
![]() |
Tatkala sinar suria menerobos di celahan bangunan... |
Another obelisk at Piazza del Popolo or the People's Square.
Baru lah faham..Rome ni jugak kota kesenian..ada pelukis dan seniman jalanan in almost squares in the city. Musik yang dimainkan menaikkan lagi feel we all di kota antik ni.
Macam-macam adaaaa......! Bila dah datang baru tau perasaan nya berada di negara kota antara yang tertua di dunia. Rome is charming in it's own way. Susah nak 'ek-se-pe-len'!
We all tak lama di People's Square ni. Sekadar bergambar dan ambil masa lebih kurang 15minit menghirup udara sejuk di dataran yang dikerumuni manusia dari segenap pelusuk dunia.
Ni baru setengah hari di Rome. Kalau nak jelajah the entire city memang kena ambil masa banyak hari. See lah, what we can do in 1 day. So wait for my next entry.....more pictures in next entry...
Happy weekend ya uols...
Love,
Murni Alfathunnisa Ishak
XOXO :D Publish!