About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, May 31, 2013

Mintak ampun, Mintak maaf...


Jumaah barakah... :-) Time goes by so fast, people go in and out of our life, begitulah kehidupan. Dan kita pun tak boleh nak paksa orang suka atau benci pada kita, marah, sayang mahupun meluat kat kita....kannnn. Whatever it is, sesiapa pun yang pernah hadir dan pernah meninggalkan..akan meninggalkan sekalipun, kalian adalah antara insan yang cukup bermakna for me. :-)

Okeh..meraban as usual. Selingan sat dengan gambar makan. Maaaaaakan je dia ingat....ish ish..

 
Bekalan breakfast di satu hari dalam minggu ni, tak tau apa nama menu ni. Dry noodle I fried together with left-over macaroni. Demi mengosongkan tupperware, I masukkanlah sekali macaroni tu..bagi dia kawen dengan encik Dry Noodle. Letak minced beef, baki taukua seketoi dari dalam peti ais, celery satu batang, capsicum, cherry tomato & spring onion. Simple. Yang penting kasi pedas sikit hari tu....4 camca besaq cabai kerin yang telah dikisar mak bonda dengan selamatnya dipergunakan.

Petang, balik dari office, sampai rumah, tergedik-gedik laparnya. Tengok ada baki lagi mee kering tu. Kasi hangat itu mee...sapdek dulu.


Pair dengan ayaq ni. Ce teka apa dia..? Jangan teka sunquick..hehe. Smoothies I buat sendiri....mix of carrot, honey, lemon & celery. Sangat menyihatkan. Nak tengok sikit berapa lama boleh praktik fruit-vege juicing ni. Harap-harap boleh maintain amalan meminum buah-buahan dan sayur-sayuran ni...

Last but not least, exam slip dah selamat dicetak. I'm going to sit for exam on 4th June, paper "Kaedah Penyelidikan". The last paper will be on 22nd June 2013. Chek nak ambil kesempatan ini, untuk memohon ampun dan maaf atas semua keterlanjuran, kesilapan, kekhilafan yang ada selama mengenali kalian semua di alam maya ini. Zer0-ZerO naaaa. Tolong jangan simpan dalam hati kalau ada yang terasa dengan gurauan kasaq chek atau "sentapan-sentapan" kecil yang mungkin berlaku tanpa chek sedari. Biasalah, dah nama pun manusia di bumi yang fana ini...kannnn. 

Doakanlah kesihatan chek dan dipermudahkan untuk chek menjawab di kertas-kertas OMR dan kertas-kertas kajang itu nanti. Kalau ada gap yang panjang dan chek rasa nak release tension sat, nanti chek mai update blog ni dan singgah blog kalian semua. In shaa allah...

Good news, semalam berjaya bangun 3.30 pagi..tapi tak dan pukul 5 dah hanyut balik..haha! Apa pun tak bleh!! Malam ni tidoq lambat sajalah. Toksah dok mimpi nak bangun awai-awai pagi.

So, Happy weekend dan selamat memenuhi jemputan kenduri...take care sayang! 

Love,
Murni Alfathunnisa


xoxo :D
Publish!



Thursday, May 30, 2013

Tips Bangun Awal Pagi


Final exam, another 3 days to go. Masa-masa genting macam ni lah baru tersedar dari mimpi yang panjang, banyak lagi yang tak sempat nak cover. Cuai. That is you, Murni. Sejujurnya, I need mom's support on this, I need to get up early, really early I mean. As early as 3.30am maybe. Meaning, I need to sleep early too, as early as 9.00pm. Tapi tak sanggup pulak nak mintak mak tolong kejutkan awal-awal pagi macam tu. Dah la dia bermasalah nak tido dengan nyenyak. Huhuhu...acaner ni..??

 
Gambar bukan pagi tadi, kat tempat keja bonda

Sedangkan pukul 6 pun ahkak ni teraba-raba je nak langkah meninggalkan katil yang nyaman lagi empuk itu. Nasib baik jeritan mak bonda yang begitu convincing sebenarnya sangat membantu....yes, disamping bingit telinga, begitu lah ber'hikmah'nya jeritan seorang ibu...hehe..terjegil bijik mata anaknya ni.

Semenjak adik cuti semester ni, cuai pulak si along nye nak menghantar mak bonda ke tempat kerja. Lebih seronok mengharapkan adik yang semacam je enjoy nya dapat bangun lambat. Dengki. Walhal..along nye ni memang suka sangat suasana pagi. Pagi tadi alhamdulillah, sempat menghantar mak bonda.

Gambar pagi tadi
Balik dari PSP, sampai rumah around 7.15am. Ambil masa 15min ala-ala Jamie Oliver, siapkan breakfast yang tak seberapa ni. Lapar sebenarnya. Semalam tak makan berat pun. Snacking je. So, kentang bakor with capsicum, butter, onion, meatballs, salt, pepper, mixed herbs....balut dalam itu kertas kaler silver. 15 minutes and done with semangkuk mee kari dari peti ais yang dipanaskan semula kuahnya. Okeh, I'm full. Alhamdulillah.

Now..12.00tgh..dah lapar semula. Masa untuk mencari makan lagi. Dalam kekalutan tak menyempat nak menelaah ni, semakin menjadi-jadi selera makan. Mudah-mudahan dapat inspirasi masa tengah lunch nanti, macammana nak bangun seawal jam 3.00am tanpa mengejutkan bonda.

Jom kite....




Monday, May 27, 2013

Dari Kebun Mrs. Jack Sparrow


Mrs. Jack Sparrow tuuu...hangpa ada..? Takdak kan..?haha....



Hari ni mood 'kulihat hijau'. Foto-foto ni semua hasil copy-ing from whatsapp. Nak turun terus ke ladang, belum ada rezeki. Dapat tengok kat whatsapp pun dah kira excited sangat dah. In shaa allah...ada rezeki lepas exam kita turun lawat kawasan naaa...Mrs. Jack Sparrow.

Mrs. Jack Sparrow adalah mak menakan I, adik kepada mak bonda. Dia dok jauhhhhhhhhh....tak boleh habaq lokasi, dia ada stalker yang sangat brutal. So, for security vise, lokasi adalah dirahsiakan. Okey, takat tu saja boleh cerita....



Tangan Mrs. Jack Sparrow ni selalu menjadi, sejak dulu lagi masa dia dok Kepala Bataih. (baca Kepala Batas). Alhamdulillah..lepas semua masalah dan ujian yang menimpa dia sekeluarga, la ni dia menetap di lokasi yang dirahsiakan ini di mana bukan lagi rumah bertingkat-tingkat tapi landed homes dengan tanahnya yang subur. Suka la dia dapat berbudi pada tanah. Dan...anak menakan dia ni pulak jadi supplier biji benih segala sayur mayur dan pokok kekacang berkenaan. Tu yang anak menakan dia ni excited lebih. Rumah takdak tanah, nak bercucuk tanam sendiri tak boleh...tumpang seronok tengok hasil tangan orang saja la...



Anak pokok jagung

Actually, biji benih tu tak seberapa. Bila tengok usaha dan semangat seorang mak menakan yang suka gardening, anak menakannya ni syok support dari jauh saja.




Jauh biji-biji benih sawi, labu, mentimun, bendi, cili dan yang terbaru salad dan tomato ni mengembara. Ada yang dari Cameron Highland, ada yang Penang mali...at last sampai jugak ke destinasi dengan perkhidmatan PosLaju.




Foto no. 2 tu update terbaru, Uncle Jack Sparrow telah membuat raising bed untuk tanaman Mrs. beliau. Hari tu I dok bagitau Mrs. Jack Sparrow buat raising bed supaya pokok-pokok nya tak dimakan siput vavi. Nutrien dalam tanah pun tak hilang mana-mana..sebab ada 'bantal' yang menyekat pergerakan tanah.

Pokok-pokok labu tu kata Mrs. Jack Sparrow dah berbuah banyak hari tu, tapi habis disengat binatang. Binatang ka..serangga apa ka pun tak tau la..sayang kan. So, finally, depa telah men'sayur'kan pucuk labu berkenaan seperti yang dinasihatkan oleh anak menakannya ini, pakar pemakanan la pulak.



Bahan-bahan nak buat sayur bening pucuk labu....




Tadaaaa....macam la havoc sangat kan! Sayur bening pucuk labu yang sangat sedap walaupun tanpa santan....tapi bukan dari dapuq Mrs. Jack Sparrow. Heran bin ajaib kan, Mrs. Jack Sparrow yang sedia bahan....kitchen masterchef selebriti bonda Jijah pulak yang berasap....haha.....

Sayur bening tu bonda Jijah buat for the first time untuk anakandanya ni...coincidence. Jakun sebentar, tak pernah makan sayur pucuk labu, until that day, kawan mak bonda tolong kutip pucuk labu ni bagi kat mak bonda. Disebabkan santan takdak..maka, jadi lah sayur bening.

Macam tu lah nikmatnya berbudi pada tanah....seronok sebenarnya bila pokok-pokok yang ditanam mula menampakkan hasil. Nak tanya tips...macammana nak elak serangan binatang..? Sapa-sapa tau..mohon share kat ruangan comments ya. Thank you, in advance.


Love,
Murni Alfathunnisa

xoxo :D
Publish!


 

Thursday, May 23, 2013

Croissant Sandwich si Pemalas


Croissant sandwich, meatball, cheese and cherry tomatoes. Dah ngap baru perasan, terlupa bubuh timun jepun. Menu breakfast dan brunch tadi. Simple mimple. Main selit-selit ja celah croissant tu. Tukang buat bukan rajin sangat. Bubuh seketoi dalam tupperware..ish, rasa macam tak cukup ja. So, tambah lagi seketoi. Seketoi breakfast. Seketoi brunch. Dah breakfast pukul 7, brunch pulak lagi pukul 11...? Ya, berselera sangat tiga empat hari ni. Serik kot sebab bulan lepas perut asyik berangin ja. Makan ikut sempat, ikut mood.


Abaikan meatball yang terlebih garing di luar, tapi juicy di dalam iteww..


Last few days, early in the morning, tatkala ber'cam-whore' kerana-muka-awal-pagi-adalah-muka-dengan-seri gituuuu, terperasan akan sesuatu. Lengan chek macam dah berisi lebih dari biasa, udah kembang macam kek terlebih baking powder pulak. Susah hati..? Tidak sama sekali. I believe, ia hanya perlu di-fit-kan dengan aktiviti senaman.  Lagipun takdak maknanya susah hati, berat badan chek naik dan turun ikut suka hati dia..macam Dow Jones. Selera makan pun sama.

And now, I'm craving for laksa. Agak lama tak makan laksa. Laksa tu ada kejadian trauma bagi seseorang..hahaha. Tak pernah kudengar  ada orang boleh kena "cir-bir" sebab makan laksa kat pantai batu ferringghi yang famous itu. Yang menaikkan kehairanan lagi...dia ja yang "cir-bir"...chek dak pun! Kesian...agaknya lepas ni seumoq hidup beliau tak berani makan laksa dah....hahahahaha...

Okey, sekian gelak jahat.


Love,
Murni Alfathunnisa

xoxo :D
Publish.

Wednesday, May 22, 2013

Wordless Wednesday #45: Malaysia's Countryside




Paddy Field of Teluk Air Tawar, May 20th, 2013. Photo courtesy, abam Remy a.k.a Azri Ishak

Tuesday, May 21, 2013

Bukan Favourite


Hati berbunga riang! Pagi-pagi lagi I dah tersenyum lebor...disimbahi pujian dari seorang peguam...lalalala. "Thank you Siti, you begitu efficient! Mari kerja dengan saya lah!" Hehehe...kemvang mak! Dalam hati, "berapa u nak bayar I ye Mr. Tan..? Maybe I will consider."  

Al-kisahnya, Mr. Tan ni tulis surat mintak certain confirmation over one Property in our development scheme. So, dalam masa sejam je Kak Siti ni haa me'reply' surat berkenaan. Co-incidence, sekarang ni bukan 'peak season' untuk syarikat Kak Siti ni haa *banyak hensem..syarikat sendiri..hehe. So, Kak Siti la exec, Kak Siti jugak lah typist. Bila tak depends pada orang, workload pun tak banyak, Alhamdulillah la..kerja yang mudah, menjadi bertambah mudah. Bukan nak belagak, tapi hakikat sebenarnya, ia nampak efficient sebab kerja memang tak banyak. Bukti? Ni...boleh blogging lagi..!



Beberapa minggu yang lalu, Kak Siti ada terbaca satu post kat facebook....."jika kita permudahkan urusan orang, Allah akan mempermudahkan pula urusan kita". Gituuuuuuu! Well, ilmu tanpa amal, ibarat pokok tanpa buah, kannnnn. Haruss lah beramal dan sama-sama kita sebarkan perkara yang baik. Saham mudah kata orang.

Dan di sebalik ketidak-sibukan, hati berbunga riang dan sebagainya, Kak Siti baru sahaja kehilangan seorang staff. Kuciwa jugak di saat mendapat tahu berita perletakan jawatan cik adik manis tu. Itupun HANYA di hari terakhir perkhidmatan beliau. Nampaknya, Kak Siti bukan lah seorang yang menjadi 'favorite' di syarikat. *bukan kat pejabat saja, kat mana-mana pun I ni bukan favorite, always the last option...:-( Ketegasan Kak Siti buat orang benci kot... :-( Kak Siti ni cuba jugak nak beramash mesra, bergelak dengan staff lain........

Tapi, pengalaman telah membuktikan, it won't work either. People take for granted atas kebaikan and our openness. Seorang superior perlu jugak letakkan sempadan dalam bersifat friendly dengan sub-ordinates..which is..I can't afford to do. By nature, Kak Siti ni memang serius. Asal dah nama peraturan tu, by hook or by crook, kena lah ikut. Kesimpulannya, sales and administration staff di office ni termasuklah Kak Siti hanyalah 3 orang at the moment~! Jangan lah kerja datang bertimpa-timpa di saat-saat tak cukup staff dan nak menghadapi 'imtihan' tak lama lagi. Amin.







Tenant...ia rezeki tapi lagi satu yang didatangkan untuk menguji. Dah sebulan tak dapat lagi nak pi jenguk keadaan ceiling fan yang katanya macam nak runtuh kalau dinaikkan speed. Hari tu dah khabor dah, tunggu jap sampai ahkak ni free sikit. Sekarang tengah serabut macam-macam. Dua bulan lepas, tenant complaint, ada leaking dalam bilik air. Suruh dia fix dan deduct dari monthly rental. Kali ni fan pulak. Bab rental tu seboleh-bolehnya nak bayar seminimum mungkin. Tapi komplen nya banyak pulak. Aiyoo. Kadang-kadang rasa nak spend duit sikit, furnish rumah ni and stay terus kat sini. Tak payah bagi sewa lagi dah. Laaaaaagi senang nak datang office, jalan kaki je nok! Save minyak kereta, lunch time boleh balik bersantap di rumah.. :D Ngeee. Ohsem jugak kannn....

Love,
Murni Alfathunnisa a.k.a Kak Siti


xoxo :D
Publish!


Saturday, May 18, 2013

Aren't We All Malaysians

Down..down..down! Yep, mood down sehari dua ni. Bila dah down, ter'publish' lah entry meraban macam semalam. Walhal sebolehnya...perang jiwa yang tercetus ni tak mahu diceritakan. Atas dasar kebimbangan akan kesan letusan yang mungkin terjadi, maka lahirlah entry yang tidak berkualiti itu. Apologize..my mistake. I'm thinking too much...dan itu wajar dilakukan di saat diberi kata dua serta masa untuk berfikir.  Masalah problemo nya..yang mengusulkan pemikiran itu yang sebenarnya kusut dan tak tahu apa sebenarnya yang dikehendaki. Yennadey!! Marah laaa ni...

As usual..book..the one that I turn to untuk lupakan sekejap apa yang wajar difikir. Yang ni baru beli...thank you adik! Bagi izin akak untuk spend sikit voucher BB1M mu iteww... hehe.


Buku kedua that I bought, published by Zubedy Ideahouse. Tapi kali ni bukan ditulis Anas Zubedy, but it's written by Mujahid Yusof Rawa. Anas's best friend. Now at Chapter 2: The Realm of Politics. Too early untuk buat review. But..so far..alhamdulillah, getting comfortable with the book. It's all about unity...and uniting people despite diversity. 








Akak suka cerita-cerita penulis tentang pengalaman masa kecil dengan maknya (auntie berbangsa cina) jual telur ayam yang rapat dengan ibu penulis, pengalaman penulis dengan driver bapanya, uncle Supaya yang mengajarnya seni silambam, bawa penulis makan di restoran daun pisang dan bahagian penulis teringat pilem lakonan Susan Lancaster dan pelakon macho si Azmil Mustafa. Dialog glamour dengan pelat minah salih si Susan Lancaster dalam filem tu berbunyi begini, "Mata hitam ka, biru ka, hijau ka, kita kan orang Malaysia...." 

Masa baca tu timbul perasaan nasionalisme gitu, penulis menggambarkan suasana dan feel menyambut deepavali dan raya cina di rumah rakan-rakan rapat, dan bagaimana rakan-rakan rapat seperti Tan Theam Hock dan Selvarajoo turut meraikan raya puasa di rumahnya. Ibarat sebuah keluarga yang majmuk.

For me, buku ni sangat tinggi unsur perpaduannya. Penulis sebenarnya ingin menyampaikan bahawa perpaduan itu mengatasi segala sempadan. Sesuaaiiiii sangat dibaca di waktu begini, di saat istilah rasisme sentiasa bermain di akal fikir segenap masyarakat pasca pilihan raya umum ke-13.

Mujahid Yusof Rawa is Malaysian politician, PAS's National Unity committee. I tertanya-tanya, how come I am soooo interested with politics lately. Haruskah diteruskan kedegilan I ini dengan memilih minor political science tahun hadapan walaupun kebarangkalian dapat CGPA yang baik is very low??

I sangat tak sedaq diri! Nak exam lagi 2 minggu tapi bertungkus lumus dok baca buku yang takdak kena mengena dengan exam. Well, sesuatu harus dilakukan bagi memulihkan semangat. Buku berlainan genre adalah bagus di saat ini dan langkah cukup dramatis bagi mengalihkan tumpuan.


Pakcik yang suka berfikir, fikirlah puas-puas. Dont invite me to think. Letih nok. I bagi masa kat u dulu, pikiak "depa-depa" yang-takdak-kekurangan-dan-tak-bagi-masalah-pada-u-tapi-u-masih-dok-cari-I-pasaipa. Pikiak this senario sampai hangit, dapat kata putus baru suruh i pikiak pulak okeh. Katanya, so far so good kan. Good for u then. I am not your wife, and you are not my husband. Buat la apa u suka the most. U kan suka simpan2 dan pendam2 the lef 'insaid' your heart, when we open-talk then we keep arguing, so dont talk. I nak baciaaaa buku....babai!

Happy weekend uols!


Love,
Murni Alfathunnisa


xoxo :D
Publish!





Friday, May 17, 2013

Ibarat Pelamin Tanpa Pengantin.......







Kata dia, perasaan itu masih ada. 
Perasaan itu kan hanya rasa yang disimpan, saratnya hingga menyesakkan dada.
Cinta tak semestinya berakhir di jinjang pelamin. 
Dan, pelamin itu bukan detik berakhirnya kisah cinta. 
Tapi, bukankah cinta itu harus dibuktikan..? 
Lalu, di mana buktinya..? 
Perasaan tanpa tekad, ibarat pelamin tanpa pengantinnya.

Dalam setandan pisang, takkan lah semuanya busuk.
Tidak adil menghukum tanpa melalui. 

Menginginkan janji tanpa merasai.
Kenapa syarat itu cuma untuk aku saja? 
Tidak dia...dan dia..?


Mengapa tidak aku yang cuba difahami setelah perih memahami...?





 




Thursday, May 16, 2013

Thank You, Teecha!

What a wonderful day..alhamdulillah :-) Syukur, masih diberi usia dan rezeki, bernafas di bumi Allah ini.

May, bulan festival..can I say festival..? Boleh la..banyak acara yang boleh diraikan throughout May. Recently, mother's day..and today, "teacher's day".

I would like to take this opportunity..wishing my fellow friends, blogger friends, ex-schoolmates, ex-coursemates, kakak-kakak, abang-abang, ibu-ibu dan bapak-bapak yang berkhidmat sebagai sebagai guru dan pendidik, and to my teachers as well........ selamat hari guru and happy teacher's day!

Terima kasih. Thank you...teecha! Jasamu menggunung tingginya, mendidik kami, dari tidak mengenal apa...sehinggalah kami dewasa. (in my case...yaaah, pelajar dewasa...haha!)


Taare Zameen Par

Kenapa letak gambaq Aamir Khan dengan "Ishaan" ni..? Haaa...ni la pilem pasai cikgu dan student nya yang dyslexia yang berjaya menyentuh hati sanubari dan emosi kak senah ini sehingga merembes air mata dan air hidung. Filem hindustan yang penuh emosi, "Taare Zameen Par"

Aamir Khan berjaya menjadi cikgu yang sangat gigih, tidak putus asa, bersemangat waja dalam membimbing pelajar bermasalah seperti Ishaan sehingga menyentuh jiwa raga perempuan melayu terakhir kak senah...kak senah kagum cikgu macam Aamir Khan ni. 

Malas nak cerita sinopsis segala...sapa rajin sila la pi tengok pilem ini. Tak rugi, I told u! Kak senah tengok pilem ni dah 3x, dok menangis situ la! Ish..ish...

Semoga Sir Aamir Khan juga boleh menjadi inspirasi untuk semua warga pendidik seantaro dunia. Happy teacher's day!

Love,
Murni Alfathunnisa

xoxo :D 
Publish!



Wednesday, May 15, 2013

Wordless Wednesday #44: Biar Gambar Berbicara Bahasa Rindu






7.15am, 15th May, MPSP Building, Bandar Baru Perda





Monday, May 13, 2013

From the Perspective of Orang Sakit Mental : Food Photography

Last friday.....I believe, raaaaaaaaaaamai orang marah dengan utusan meloya kan...sebab artikel kat bawah ni. Hehehe...kesian orang tulis artikel ni.

Ada Akak kesah..?? Hehehe...tajuk artikel yang di'bold' kan tu yang tak menahan! Masalah psikologi dan obesiti je kalau diikutkan dengan kajian University Toronto tu. Tidak ler sampai tahap sakit mental. "Sakit mental" ni macam-macam terjemahannya. Boleh jugak kita 'assume'..yang kita semua ni (kita = merujuk kepada blogger) gila rupanya...haha. Main kasar nampak! Blogger je selalu cerita pasal makan..makan..makan.




Just imagine, kalau tak ada golongan mental ni, tiada lah lagi review pasal good food..bad food..restaurant review..hotel review. Tiada lah jua ruang penambahbaikan untuk semua restaurant atau hotel..tiada komen, tiada cadangan. Tiada lah lagi blog-blog yang berkongsi resipi. Tiada juga yang berkerjaya sebagai food photographer. Soooo sad! Hahaha...akak sentap okey. Sangat sentap. Baru saja bercita-cita nak jadi food blogger..wakakaka! Terbantut cita-cita akak!

Namun ianya tidak mematahkan semangat akak ya..untuk terus bergelumang dalam dunia 'food blogging' ini *ye la sangat.  Kami bukan lah golongan pesakit mental. Kami hanya melakukan ini semua atas dasar keseronokan memeriahkan laman sosial. Takkan la ampa semua nak tengok post-post pasal provokasi..rasisme, politik saja kannnnn..? 
 

Home-cooked meal, bukan kat Victoria Station.

Kami juga menggunakan teknologi semasa untuk menafsirkan kesedapan sesuatu hidangan tu dengan lebih berkesan. Ampa semua bayangkan macam ni, "semalam i makan stik dekat satu restoran tu...sedap sangat, the sauce yang marvelous..isi nya tender". Ampa semua boleh baca/dengar ja..tapi tak feel kan. Tapi bila ada gambar, bukankah semua perasaan dan unsur-unsur dalam sesuatu hidangan tu dapat dizahirkan...?? Betui dak..? Sapa like sila angkat keyboard...
 
Show-off..ya, tak dapat dinafikan memang ada segelintir orang yang post gambar makanan adalah bersifat showing-off. Macam..."having romantic dinner at Victoria Station with hubby..." lepas tu coih gambaq stik lepas tu ada candle ka ros ka apa sebatang dua. Biaq pi la depa nak show-off..hak depa. Tak suka tak payah tengok. Terlintas di hati ampa pasal sipolan sipolan tu show-off pun ampa dah dapat "share" sama....haha. kan. Ampa pun kadang-kadang show-off jugak. Kalau tak show-off makanan..ampa show-off gajet baru, keta baru, handbag baru....gituu! Fair n square la tu.

Ni nak show-off jadah apa, makanan humble sehari-hari ala kampung pun I post kat blog. Riakkah aku..? Huhu...sentap mak nak.
 
Riak adalah sifat yang tak baik. Jangan buat. Apa yang kita buat sebenarnya tergantung pada niat. Kadang-kadang, setiap apa yang kita share tu..termasuklah makanan..adalah cara kita untuk spread the joy and happiness..spread the feeling of excitement, tentang apa yang kita suka and enjoy the most. Jangan la suka dok berprasangka yang buruk-buruk tentang orang lain. Tak baik tuuuuuu. Contohnya, I suka mak I masak nasi lemak serai yang aromanya sangat harum dan rasa nya lagi menyelerakan sehingga menaikkan semangat dan mood I untuk buat assignment di pagi ahad yang penuh syahdu. So..mood booster ni. I pun upload lah gambar berkenaan ke Instagram dan facebook. That's all..buat apa I nak pi riak, mood tengah baik..mak masak sedap, saja lah pi habaq kat ampa. Macam la ampa tak penah sembang tepi tingkap dengan jiran sebelah, pakat cerita menu apa hari ni dan sebagainya. Ampa tak suka..? Ya ampun..boleh klik kat tepi post tu.."hide..". Problem solve!

 
Nasi lemak serai ni sumpah sedap! Gambar pun tak mampu meng'ekspresi'kannya

Orang ambik gambaq makanan tak baca bismillah? Doa makan..? Ambik gambaq dulu baru baca doa makan..? So what..kan nabi dah kata, even semasa makan, kalau kita tersedar kita lupa bismillah, baca bismillah tu semasa makan pun boleh. Asalkan baca. Supaya syaitonirrojim tu semua muntah balik apa yang dia kongsi makan dengan kita. Tapi...alhamdulillah, I believe, semua yang ambik gambaq makanan ni semua, rakan-rakan blogger sekaliannya, tak pernah lupa doa makan. Paling tidak bismillah, kan? Dia baca doa atau tak baca doa, ampa mana tau? Lagi sekali, tabiat manusia ni suka buruk sangka. 

Bila keluar artikel ni, semua pakat share. Dan.....statement yang mengiringi post pasal artikel atas tu telah menunjukkan the true colors of peoples around kita yang sebenarnya annoying dengan apa yang kita buat. Alhamdulillah. Tak marah. Baru kenal siapa kawan-kawan..hehe.

Makanan yang rare, eksotik. Bagus la kongsi. Info untuk orang yang tak tau. Food is social occay! Don't be too surprise, food posting also have their fair-share in all social media. 

Entry yang sangat sentap, kan. I dont blame the doctor, and I dont blame utusan meloya. It just frustrating bila orang kaitkan gambar makan dengan doa sebelum makan. That's all.

Okeylah...akak meraban di isnin yang hening. Mentang-mentang keja takdak hari ni. Tiada meeting, tiada paperwork. Assignment dah siap. Petang ni dah boleh mula menelaah.

Akhir kata, I mintak ampun dan maaf kalau ada antara post/entry yang menyakitkan hati, menyentapkan, mengguriskan perasaan sesiapa jua..di facebook, di blog atau di twitter akak yang sunyi lagi sepi itu. Ia sekadar luahan perasaan. Mohon jangan terasa. Buang yang keruh, ambil yang jernih.

Jaga diri, hiasi peribadi. 

Love,
Murni Alfathunnisa

XOXO :D
Publish!

 

  

Thursday, May 9, 2013

Tanjung Dawai Revisited

Exhausted. Sangat-sangat. Bertabahlah Murni! Tiada yang lain hanyalah sedikit ujian dariNya. Sakit kepala tak mau hilang. Badan pun cepat ja layu. Getting older. Semoga Allah terus memberikan kekuatan. Chek nak berjuang ni...untuk study, untuk kerja, untuk keluarga. Permudahkanlah ya Allah.

Cerita pi Tanjung Dawai hari tu tak habis lagi kan...? Hehe...takdak apa cerita sangat pun. Gambaq pun tak banyak. Orang ramai di Tanjung Dawai masa hari cuti tu. Pekan yang kecik cinonet tu sesak dengan deretan kenderaan parking di bahu jalan. 

Mood nak capture gambaq banyak2 pun ke laut lah! So, tiada gambaq hasil laut yang diborong, hatta gambaq semasa memborong. Lepas teman mak bonda shopping kat kompleks jeti Tanjung Dawai, kami pi isi perut. Brunch. Masa tu jam lebih kurang 11 pagi. So..belum lunch time lah.


Menu..macam biasa...bihun sup. Simple. Tak heavy. Kopi o panas tak dilupakan. Mak bonda dengan laksa dan cendol pulut. Cendol pulut tak best kata beliau, too sweet. Terlebih gula merah..santannya kurang. Bihun sup okey. Just nice.
 


Laksa pun kureng pedas. Tak taste mak bonda. Dia suka kuah pedas. Apa pun..depan rezeki tak boleh merungut. Ni sekadar review. Citarasa masing-masing. Tepuk dada tanya selera.



Ni la gerai yang kami singgah 'brunch' hari tu. Jalan dengan mak ni, dia kira mudah ja. Malas nak pikir penat-penat..'nak makan tang mana'...dan sebagainya. Janji boleh alas perut, kedai bersih. Cukup dah. Hajat hati nak singgah makan kat Naim Gulai Semilang masa on the way balik, tapi apakan daya. Terbantut hajat tengok parking bersesak kat kedai tu. Ramai orang kata sedap makan nasi gulai panas kat situ...gulai semilang la of course.

 

Ni la kompleks Jeti Tanjung Dawai..tempat membeli-belah barangan hasil laut. Mak bonda beli belacan, stok ikan kering, udang kering dan keropok lekor. Chek tumpang sekaki, beli keropok belinjau. Kebetulan ada kat situ. Susah nak jumpa keropok belinjau. Bila nampak, terus beli!
 
 

Kali terakhir mai last year...jeti ni belum berbumbung. Alhamdulillah...dah ada penambahbaikan. Tak kena panas, tak kena hujan. Untuk kemudahan rakyat. 
 


Ini saja buah tangan dari Tanjung Dawai untuk uols semua...

Minggu ni chek busy sangat. Nak siapkan assignment, deadline minggu depan. Oleh itu, chek blogwalking slowly macam see-phoot...boleh noo...? Okeh.."lagu mana pun untuk hangpa...!" Jangan lupa dengaq pi mai fm..channel favorite buat masa ni..haha... *tiba-tibaaaa!




Love,
Murni Alfathunnisa


XOXO :D
Publish!
 

Wednesday, May 8, 2013

Wordless Wednesday #43: Rezeki ada di mana-mana













LinkWithin

Related Posts with Thumbnails