About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, August 27, 2013

Weekend Holiday, MakanSutra: Mee Udang Lagenda, Pantai Cenang, Langkawi.

As planned, walaupun short-notice, tapi weekend holiday on 24th-25th hari tu is among the best trip to Langkawi I ever had. The third visit, tapi lebih exciting from the earlier two visits.

We all pergi bertiga. Saja kacau daun pasangan somi-isteri nak honeymoon..kekeke. Tak kacau daun pun sebenarnya bukannya sebilik kannnnnnssss..

Tengahari tu sebaik sampai pulau lagenda tu, perut punya la lapaq tatau nak habaq. But, we decide to check-in, take a shower, solat dan rehat sat sebelum isi perut. We all arrived Langgura Baron Resort, Pantai Cenang at around 2.00pm. So, hegeh pi, hegeh mai..pukul 4.00pm baru dapat bersantap.




Nenjiaaaaa.....makan tengahari merangkap makan petang. Mee udang yang terrrrrrsedap di doniaaaa! Tak percaya sudah! Selera dan tekak masing-masing. Semangkok yang sedikit saja portion nya ini adalah berharga RM 6, tiada air-cond, open air, sea-breeze lagi. Menurut adik manis yang ambil pesanan kami, ada 3 saiz hidangan which priced RM 6, RM 8 & RM 12 depends pada saiz udang. Kuah dia super-delicious! Tak tipu. Pekat, likat, piau..pedas, masam balance. Memang welldone lah! I jarang nak puji melambung-lambung, but once melekat di hati rasa kelazatan mee udang ni, harus lah ianya diberikan pujian tahap dewata raya.




If you don't mind sitting under this tree, without even think of the risk untuk terkena taik burung....then this is the place for u. But, sepanjang sejam melepak di situ, tak nampak langsung burung-burung berterbangan. Gerai biasa, just a foodtruck, located betul-betul belakang Langgura Baron tempat we all menginap. Langgura Baron ni landmark nya senang je, opposite Cenang Mall and not far from Underwater World Langkawi.



Masa kami bertandang ke gerai ni, meja-meja hampir penuh. Ada dua group bebudak cina dok buat bagus sambil menghirup mee udang dan laksa yang bermangkok-mangkok serta sepasang "love-bird" mai lunch date kat situ sambil mengusha we all dengan penuh kepelikan, pasepa tah.

Tak jauh dari foodtruck jual mee udang yang sedap ni, ada lagi satu gerai menjual laksa, bihun sup dan "ayaq nyoq" (baca, air kelapa muda) fresh. We all pun order sebijik kelapa muda fresh itu untuk menikmati airnya.



Pemandangan pantai tanpa service charge mahupun caperto. Perut lapaq..angin "buih-buih", semangkok mee udang habis pun tak terasa. Dengan ini, I would like to recommend this place untuk kawan-kawan yang suka makan mee udang untuk 'menerai' mee udang yang glamour dan terletak di persekitaran international di Langkawi ini. Mana tak international..macam-macam kaler ada. Jenuh dok crop gambaq segala, takut tetiba terjengol yang ber'2-piece' kat sini, jenuh dok tutup mata anak-anak yaaa...hahahaha.

Kat sini, kalau rasa nak lajak beraktiviti pantai, adalah dialu-alukan, dekat dengan water sport facilities, nak naik banana boat, jet-ski, parasailing atau kalau rasa nak santai, ada Thai Spa berdekatan sini dan boleh buat foot massage kat pantai tu. Wanita-wanita filipino atau siamese rasanya dok buat service foot massage ni. Sedap uolsss...lebih-lebih lagi kalau lepas perut kenyang makan mee udang sedap itu!


Love,
Murni Alfathunnisa

xoxo :D
Publish!

Monday, August 19, 2013

Acara Solo

Hari yang penuh pancaroba kini bermula. Tapi I tidak akan sekali-kali membiarkan ketakutan dan fobia itu meracuni semangat energetik untuk terus berkhidmat demi agama, bangsa dan negara. Berkobar-kobar semangat kannn... 


Start a day with kiwi+apple smoothie. Mudah-mudahan sarapan segar dan menyihatkan dapat membawa mood segar sehingga ke penghujung hari. Sekarang dah tak tinggal fruit smoothie, jadi rutin breakfast. Semalam and 2 days before buat kiwi+strawberry. Esok nak buat banananananana au chocolate pulak..kekeke.  I have to be "gigih" in doing this, kesihatan pun bukannya baik sangat. Berbaloi beli "shake n take" ni kat groupon hari tu. So, sapa-sapa nak beli boleh check-out kat LivingSocial, tengah on-going promotion.


Office sunyi sepi. I'm all alone. That's why I mentioned about phobia just now. Every single thing..hanya ahkak la yang menguruskannya. Seorang staff dah cuti bersalin, sorang lagi baru join sebulan dah resign sebab dapat better offer. Itu yang malas nak employ fresh graduate! Dua kerani kat reception sebelum ni resign sebab dapat better offer...or lebih tepat lagi, tak tahan pressure. Pressure sendiri cari. Kalau tak nak tertekan, jangan menekan. Itu je petua dia kalau nak survive lama kat sini. Dua orang yang resign tu telah meninggalkan macam-macam "harta karun". Udah jadi keja I pulak nak membersihkan sampah sarap diorang ni. Suku hari habis sebab mengemas barang-barang tak dituntut ni. Cukup 14days, I buat lelongan amal depan office...hehehehe. Sedekah pun afdal..ada bantal bucuk, collagen, maggi kimchi, mug, personal stationery, box of tissue, snowglobes, tabung buluh pun adooo....macam barang-barang dalam karung merah santa claus! kekeke...

Tapi dalam kesibukan berlari dari depan ke belakang..dari belakang ke depan, jadi tukang bukak pintu opis, tukang on semua equipment dan lighting, tukang beli paper, tukang masak air kat pantry,  jadi receptionist, jadi kerani receiver, jadi kerani mailing, jadi eksekutif dalam masa yang sama.. I rasa tenang. Dah tak stress macam sebelum ni. Kekadang tu nak bangun pagi jadi liat je..stress punya pasal, nak masuk office pun rasa malas. Sekarang tengah dalam proses mencari calon-calon untuk position Marketing Executive & General Clerk. Mau jugak paling kurang dua minggu kena lalui episod bercakap dengan dinding dan buat semua kerja secara solo...hmm

Apa pun, I believe, ujian ni semua ada hikmah yang tersembunyi. I've learned, that I can't do everything on my own, there is a word called "cooperation", "delegation" and there is also a phrase, "a leader is one who knows the way, goes the way and shows the way", I'm failed at certain point! 

Love,
Murni Alfathunnisa

XOXO :D
Publish!

Friday, August 16, 2013

Macaroni in Meatball Soup

Con"fusion" sangat kannnnn...?! Menu orang tengah flu, tapi larat lagi masak benda simple. Korek keluar segala saki baki dalam lemari dan fridge. Lepas syawal ni semua benda tinggal 'belen-belen' saja. Belen pun belen lah..janji siap satu hidangan makan malam yang humble. *humble ker..? 

Citarasa sup cik Murni Alfathunnisa mesti ada rasa rempah. Kalau tak ada rasa rempah, tu bukan sup namanya. tu air yang direbus..kikiki. As usual, sup versi Cik Murni mesti ada baaaaaaaanyak sayur-mayur, tomato is a must. Yes, I selalu over-do dan tak mau kedekut when I cooked. Semua nak banyak. Walhal, makan berdua saja. Yang hitam-hitam di permukaan kuah sup tu adalah bawang mesin hangit..sila jangan gelak. I dah jujur ni yaaa. Cukup sebagai bukti kedegilan dan kebebalan bila suka membebel di dapur tatkala menunggu bawang menjadi kuning. Jangan ikut ya..contoh tak elok.






Weekend dah tiba...

Dalam hati ada manyak bunga-bunga taik ayam...hehe...sedang teruja menunggu ketibaan encik Awang. I really missed the moment! Tak pernah ada orang yang sanggup berdiri di dalam hujan sambil pegang payung dan miming lagu dari handphone semata-mata nak menyedapkan dan mendamaikan hati seorang kawan. Bukit Ampang jadi saksi. Pendek bulat ada buat..?? Takdak! Tinggi macho ada buat..?? Nehi! Tinggi hidung besaq ada buat..? Mimpi di siang hari! Pendek perasan hensem ada buat...? Lagi tak payah harap.

Hidup kadang-kadang perlu buat perbandingan, supaya 'kita' yang terperasan bagus dari segala segi mulai menyedari hakikat...diri 'kita' takkan selalu dipuja, takkan selalu dikasih dan tak semestinya berpanjangan dicinta, kekasih yang terdesak memiliki cinta. Bluwekkkk! Zaman dah berlalu..usia menginjak tua. Manusia berubah. Terima hakikat. Tembelang yang pecah tak mungkin dapat disorok-sorok lagi.

Nanti nak suruh encik Awang flashmob atas Bukit Genting dan berharap malam itu akan hujan. Terima kasih encik Awang for being my friend..!

Last but not least...selamat berhujung minggu to uols. Selamat kunjung-mengunjung..dan selamat balik ke 'bandor' bagi yang masih menghabiskan sisa-sisa cuti sempena syawal.


Love,
Murni Alfathunnisa

XOXO :D
Publish!








Monday, August 12, 2013

Potret Syawal 1434H





Potret Syawal tahun ini. Seperti tahun-tahun sebelumnya..tiada istilah balik kampung. Tiada lagi rumah kampung. Tok & Wan kedua-dua belah, pun dah tak ada. Dan, tahun ke-9 kami menyambut Syawal tanpa abah disisi. Al-fatihah.



Dik Na dan encik ahbi on-off di teratak bonda. Raya kedua pula di rumah mertua. Mak-mak dan pak-pak menakan cuma dapat berkumpul pada raya pertama. Masing-masing ada tuntutan lain..bertugas demi agama, negara dan bangsa. Apa pun..special menu seperti laksa utara memang tak miss!

Malam raya pertama kami berhimpun makan meehoon tomyam dan halwa maskat yang eksotik tu di rumah maklong & paklong. Tak jauh pun, bayar tol 4 hengget je. Bunyi macam orang kaya pulak! hehe. Tapi, frust sikit, tahun ni maklong tak buat ketupat jagung. Raya kedua pulak kami bertandang ke rumah pak menakan sebelah arwah abah, pak anjang Isa. Dihidangkan dengan mee bandung. Raya ketiga pegi menyemak rumah Dik Na pulak. Juadahnya, squid tempura!! Konklusinya, raya kami sekadar Sg. Petani, Butterworth, Bukit Mertajam & Georgetown.

Azam dah lama...nak cari calon ahbi yang ada kampung. Ada dusun rambutan, doyan dan sebagainya is a bonus..hehehe. Demand kemain. Yang tak ada kampung pun tak dapat..lagi nak demand yang ada kampung siap dusun buah segala. 

Raya dah abis. Hari ni dah start keja. Melambak dok tunggu. Semester baru pun dah bermula. Pendaftaran subjek dan kursus minor pun dah decide, siap, beres siang tadi. Assignment pun dah dapat.

Marilah mula berkerja! Errr....takmo puasa 6 ker...I pun belum mula lagi..bila la..bila..???




Ibn Qudaamah mentioned in al-Mughnee (2/259) that Muhammad ibn Ziyad said: I was with Abu Umamah al Bahili (rahimahullah) and some other companions of the Prophet (sulAllahu alaihi wa salaam).

When they returned from the eid, they said to each other, ‘Taqabbalallahu minna wa minkum (May Allaah accept it from you and us).”

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails