About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Tuesday, January 14, 2014

Day Trip: Kota Ngah Ibrahim, Muzium Larut Matang


Salam Maulidur Rasul..


Alhamdulillah...masih diberi kesempatan bernafas, dianugerahkan tubuh badan yang sihat..ada sikittttt masa yang lapang untuk update blog.



Nak sambung cerita entri lepas..sepetang di Kuala Sepetang gitu..


Sebelum makan mee udang kat Mak Teh Mee Udang Banjir, kami singgah ke sini dulu, Muzium Matang atau Kompleks Sejarah Kota Ngah Ibrahim. Dah lama berhajat nak singgah sini. Nasib baik sempat sebelum muzium ni tutup pukul 5 petang tu.






Walaupun tak puas tak dapat nak explore lebih lama Kota Ngah Ibrahim ni dan kawasan sekitarnya (or more exactly tak boleh nak belek satu-satu display kat dalam muzium tu), tapi ok la dari tak singgah jenguk-jenguk langsung.








Masa kami sampai kakitangan muzium dah cepat-cepat suruh kami masuk dan explore bahagian dalam muzium ni, sebab dah dekat waktu nak tutup. Takut nanti tak sempat diorang nak tutup gate tu ada pelawat lain pulak yang masuk..

Pic atas dan bawah -- aras bawah muzium.







Those 'beskat' reminds me a lot...of "pakcik". "Pakcik" too old..nyanyuk dan sudah lupakan i..sob sob sob. Terkeluar topik sudah!

Back to the title...


Briefly, Kota Ngah Ibrahim ni dulu macam administration centre di daerah Larut yang jugak kediaman Ngah Ibrahim. Ngah Ibrahim ni sape..? Dia ni bukan pakngah chek ok...haha...dia ni anak Long Jaafar..dan Long Jaafar ni pulak bukan paklong chek..haha...ok..not funny! Long Jaafar adalah melayu pertama yang mempelopori industri perlombongan bijih di daerah Larut, Matang dan Selama, Perak.






Terkejut gak mak jemah masa sampai kat satu ruang muzium ni..macam pejabat tentera nippon...!







Sebelum dijadikan muzium, bangunan ini once occupied by British Resident in Perak. Kemudian dijadikan Maktab Perguruan atau Kolej Matang sebelum diambil alih "nippon" untuk dijadikan markas tentera sewaktu pendudukan Jepun di Malaya.






Tingkat atas...memang terasa sangat feel rumah melayu lama, which I truly appreciate! Best. And..I'm not the type of person yang alergik, fobia dan sebagainya dengan muzium.

Muzium tu ibarat telaga ilmu! Semakin kita timba, semakin banyak output yang kita dapat...wahhh..gitu...kerlas mak jemah!









Top photo demonstrates the office of British Resident upon their administration in this district of Larut Matang.








Yang ni pulak mahkamah olok-olok..lebih kurang gini la suasana perbicaraan 
dalam kamar mahkamah masa perbicaraan pembunuhan J.W.W Birch oleh Dato' Sagor dan Dato' Maharajalela. Wahhh..bermaharajalela mak jemah berleter...korang kalau baca sejarah, buat muka bosan belaka..ok lah..tak mau cerita dah.








I love this part...suka tengok seni ukiran kayu. Ni dekat aras 1, sebahagian ukiran yang ada pada pintu kamar beradu Ngah Ibrahim.






Ni pulak antara barang yang dipamerkan dalam kamar tidur Ngah Ibrahim.

Bila tengok jam tangan yang dah semakin menginjak ke pukul 5, kami pun tak nak berlengah-lengah lagi. Mak Teh dah panggil pi makan mee udang...hehehe....




Last sekali..tak nak membebel dah, kalau nak datang melawat Muzium Matang ni, refer je kat gambar atas tu. Closed on public holiday saja ya.



Love,
Murni Alfathunnisa


XOXO :D
Publish!




19 comments:

  1. aku pun suka g muzium...

    cuma gambar nombor satu tu tak berapa nak faham...

    kenapa ada org dengan gajah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku ingat depa dok milking the elephant tau. Hahahaha.

      Delete
    2. rapunzel & t.a.t.a,

      kalau nak tau, gajah tu adalah Si Larut, hehe...gajah tu la yang menemukan bijih timah kat kawasan ni dulu...kesahnya....

      Delete
  2. Wah, byk yg boleh dipelajari. W.pn kat luar nmpk kecik tapi kagum melihat bahagian dlmnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak nza,

      betul kak...dari luar tengok macam kecik je bangunannya, tapi kat dalam bila dah masuk..luas jugak. but..kawasan kota ni memang luas, ada tugu dan makam kat luar bangunan muzium ni.

      Delete
  3. Kak Azie tak pernah sampai pun lagi muzium ni. Tapi tengok dalam tu, teringat pulak kat filem Sarjan Hassan. Macam bilik pegawai Jepun jer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak azie,

      ada jugak terbayang-bayang pilem sarjan hassan tu..

      Delete
  4. akak 2,3 kali lalu kat situ...tak 'terberhenti' jugak utk masuk..amik gambar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak kamsiah,

      saya kalau ke mana-mana memang jenis suka menyinggah..hehe

      Delete
  5. Kakak terpikat dgn architecture dia yg menarik. Warisan yg kena jaga kalau tak anak-cucu-cicit kita tak tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakzakie,

      senibina cantik..dah cukup lama bangunan ni.kalau dijaga elok dan buat penyelenggaraan berkala..in shaa allah...sempat kot anak cucu nak tengok. sebab ketukangan dulu memang tinggi kualiti berbanding sekarang ni.

      Delete
  6. Akak suka muzium, nostalgia dok menganga tengok barang2 lama sambil terbayang zaman tu. Tang part nippon mai tu tak berapa siok, kacau habeh semua nostalgiaku. Dok terbayang kekejaman depa zaman tu plak, cis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak dinas,
      depa kejam, depa jatuh..tapi depa bangun semula. dah tak tiddoq lagi macam "kita". patutnya kita jadikan pengajaran...perit dijajah (walaupun tak pernah rasa perit tu cemana). serious terkejut kak oi...tiba2 terjengoi tentera nippon dok kat meja tu..nampak real. seremmm tu ada sikit la..

      Delete
  7. dekat tak dengan bukit maxwell murni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak tihara,

      maxwell hill dekat taiping, rasanya dalam 30min jugak nak sampai sini kak tiha. kalau spend sehari dua..just nice...taiping pun byk tempat best.

      Delete
  8. Tak lagi teman ke sini... Nama jer anak Perak, tapi area nie tak sempat nak menjejakkan kaki... hehehehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. izni,

      takpa..ada masa boleh lagi singgah tuu...

      Delete
  9. bestnya akak.. nina pun xpernah sampai sini lg

    ReplyDelete
  10. Saya buat Tour Guide di Kuala Sepetang..salah satu lawatan pelajar disini lah tempat pertama yang saya akan bawa.Untuk nak beri penerangan kena pandai buat joke sebab kalau tak budak2 boring..masa buka cerita.. Sejarah Taiping dan Perak bermula disini.Masa 15 minit perlu ringkas dan padat nak bercerita sebab nak round kawasan makan masa lagi..masuk sini pun tak kena bayaran pun..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails