About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Friday, January 3, 2014

Day Trip: Mak Teh Mee Udang, Kuala Sepetang

1st entry 2014! I'm soooo missing this blog...rindu mau membebel. Update cerita dah basi je lah sebagai pembuka tirai 2014...

Kali ni pun, agenda ad-hoc. Tidak direncanakan. Sekadar mengikut kata hati bila teringatkan keluhan mak bonda yang teringin nak makan mee udang. Anakanda mengikut saja...

Pergi pun berdua..

3.00pm sabtu hari tu (sabtu entah bila tahun lepas..) baru nak gerak dari Bukit Mertajam. Seperti biasa di musim cuti persekolahan, trafik bergerak perlahan sebaik melepasi Plaza Tol Juru. Jugak sebab pembinaan exit to connect PLUS with Penang 2nd bridge yang masih berjalan...maka terkedek-kedek lah di lorong kanan. Apa pun..alhamdulillah..selamat sampai ke destinasi. 

Tak susah pun nak cari. At first lajak ke Mak Jah, kedai fofuler kannnn...dan crowd nya pun fofuler sangat. Tak koser nak biarkan mak bonda jalan jauh berbatu dek parking yang berjejai-jejai bak gerabak keretapi, so...u-turn je, makan kat Mak Teh.





Slurrrppp.....pedas tapi lazat! Tengok gambar cabai melaka ni baru teringat mak bonda janji nak buat jeruk, hmmm..ku tuntut janji mu bonda dengan bismillah.. :D








Now..masa untuk menatap gambar mee udang dan terliur. Seriously, 1st time rasa mee udang Mak Teh ni dan sangat tidak menghampakan. Cuma portion mee rasa macam tak cukup. Berkemungkinan perut ni cepat je ada ruang kosong disebabkan gegaran-gegaran kecil sepanjang jalan berturap yang tidak rata itu...






Untung bawak mak bonda tengah teringin..so meal hari tu telah dibelanja oleh mak bonda...ngee. Sebelum bergerak pulang, capture dulu banner ni. Ni habuan untuk aktiviti eko-pelancongan tempatan di masa hadapan. Bukan boleh harap sangat otak mereng I ni...semua benda nak buat...





Actually, sebelum makan mee udang Mak Teh, kami ke sini dulu........tunggu next entry!






31 comments:

  1. baru 2 kali sampai sana...tp ramai yg kata,mee udang sg dua lg power..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Kamsiah,

      Betapa berbeza citarasa manusia kan...saya kalau yang mee udang memang tak berapa nak sedap di tekak...prefer yang ini dengan Teluk Kumbar lagi.

      Delete
  2. - Pi la try pulak Mee Udang Ayu kat Gertak Sanggul...Makcik Kantin bawa saya ke sana bulan lepas...sedapppp

    - Masa saya sekolah kat Tepeng dulu, mmg ada field trip Biology...jelajah Sg Kuala Sepetang..lawat hutan paya bakau...lawat kilang buat arang..

    ReplyDelete
  3. daddy ziyyad,

    mee udang ayu kat teluk kumbar tu memang dok pi dua tiga kali dah..yang tu tak dinafikan memang sedap. menepati citarasa saya. sedang bercadang nak buat lawatan kilang arang dengan melawat paya bakau larut matang..in shaa allah..lepas abis semua kesibukan study. :D

    ReplyDelete
  4. Yang kaler putih dalam mangkuk tu kobis kah? bawang kah? cheese kah? apakah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. t.a.t.a

      kobis tu..diracik halus. mula2 pelik jugak..sebab tak pernah makan mee udang letak kobis gaya ni..anggap je la sebahagian dari teknik plating kedai Mak Teh..hehe

      Delete
  5. sedapnya..lama tak makan mee udang..diet..Konon!!hahaha

    ReplyDelete
  6. den tak pernah makan mee udang....sedap sgt erk....berapa RM tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jebat,

      RM 12 masa hari kitorang pegi tu. biasanya mee udang ni price dia fluctuate..macam tiket air asia..hehe...bergantung pada harga pasaran udang pada hari tersebut.

      Delete
  7. Pernah IM cuba cari mee udang Mak teh ni tapi tak jumpa. yang jumpa mee udang padang bola...

    ReplyDelete
    Replies
    1. IM,

      mee udang padang bola tu kat kuala sepetang jugak..?oh saya tak perasan pulak. tapi kedai Mak Teh ni tepi jalan je..sebelum kedai Mak Jah.

      Delete
  8. Lamanya tak makan mee udang, sedapnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak Wardah,

      Mee udang ni sekali sekala makan sedap la..selalu sangat cemuih pulak.

      Delete
  9. Replies
    1. Rapunzel,

      ada 3 ekor udang..tapi portion mee rasa tak berapa cukuplah..huhu.

      Delete
    2. ooo should be kena ada 5 ketul...

      yum ~!

      Delete
  10. Kak hang ni dah lama tak makan mi udang. Kalau mi rebuih/kuah biasa tu ada la. Ni nak kena pi cari jugaks ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Dinas,

      Kalau rasa segan nak lajak jauh..belah2 kita ni sudah la kak dinas oi..bagi menghilangkan kempunan. pilih ja teluk kumbaq, juru, sg. dua...tak pun upgrade teruih ke mee ketam tok'kun..hehe

      Delete
  11. Salam

    hari tu masa nak keluar tu,sangkut jap kat area tu

    kalau dah siap jembatan kedua tu, boleh masuk lalu situ terus ke area balik pulau dan terus pekena durian hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam, bapak..

      depa kata bersusah dahulu, bersenang makan durian kemudian..ekekeke.

      Delete
  12. tak pernah lagi sampai. Orang kata dari Simpang Empat Taiping tu nak ke Kuala Sepetang cam jauh.. betul ke? Harga dia cemana ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seri selaseh,

      saya pergi hari tu turun plus exit kamunting. memang agak jauh. tapi kalau turun ikut taiping mungkin dekat sikit kot. yang rasa jauh tu sebab jalan 2 lorong, ada sebahagiannya sempit..kalau ada kenderaan slow, memang bengang je...harga standard la, mee udang..bergantung pada harga udang.

      Delete
  13. tak boleh jadi ni
    akak tak penah rasa mee udang banjir
    lapiaqq... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak tiha,

      haha..ajak kanda jalan2 utara ya...boleh la rasa mee udang banjir ni..

      Delete
  14. tak pernah sampai lagi ke situ.... nampak gaya nak kena masukkan dalam kalendar 2014 nih antara destinasi yang boleh dipertimbangkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. eelobor,

      actually, kalau day trip ni boleh penuh gak jadual kat area sini je. pagi2 boleh pegi charcoal factory, lepas tu pegi hutan paya laut matang. then, boleh ikut boat trip. balik makan mee udang..malam, tengok kelip2 kat kg.dew :-)

      Delete
  15. Bab sedap..terpulang kepada individu..tetapi layanan perempuan muda semasa mengambil order amat teruk..juga semasa bertanyakan tisu..orang Melayu perlu pertingkatkan servis ini.. kami adalah customer anda..bukan peminta sedekah di kedai anda..(Restoran asal di Kuala Sepetang)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yuyu,

      sorry to hear your experience. lain padang, lain belalang. nasib tidak menyebelahi mungkin. saya sarankan ada ajukan teguran terus kepada owner..itu lebih baik.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails