About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Wednesday, February 19, 2014

Student Life: Peritnya 2nd Semester..!



Dah seminggu balik dari berkampung di kampus. Penat pun tak hilang lagi...dah sambung menyambung pulak dengan sibuk kerja kat opis. 



Sorotan sepanjang kursus intensif kat kampus selama 3 minggu...






Beginilah suasana biasa malam-malam menjelang mid-term exam. Menelaah nota sambil dengar instrumental youtube. Menggunakan wifi yang berdesup lajunya dengan sebaik mungkin...hehehehe. Study tanpa instrumental..confirm terlelap berkali-kali. So, penggunaan youtube dapat meminimakan kadar 'lelapan'. Selain itu, terdapat beberapa kesan akibat dari proses menahan mata dari tertido dengan mengunyap jajan sepanjang malam, terdapat peningkatan mendadak terhadap berat badan..!






Hari pertama..pendaftaran desasiswa. Bosan menunggu...posing sekejap. Bukan selalu nak expose punnnn!



Masa masuk minggu ke-3, minggu terakhir...exam untuk paper2 major pun bermula. Stress sampai ke kemuncaknya. Seriously, tekanan macam ni tak sama macam masa 1st sem dulu. Maybe, semester ni cuai terlebih, kurang masa study. Kuliah pun ada yang tertinggal. Sudahnya subjek major dirasakan macam berat gilerrr...dan susah nak bawak. 


Tah berapa kali dok "teqeyak" sorang-sorang..macam fed-up pun ada. Kalau setakat membaca nota, mengingat dan memahami teori, mungkin keadaan tak sulit macam ni. Tapi, bila keluar soalan melibatkan segala rumus fungsi calculus..pembezaan, pengamiran..bla bla bla..dan bila alpahabet di darab dengan angka siap punca kuasa 5..mula la tuan punya badan rasa tak kuasaaaa sangat nak hadap berkali-kali dan tak faham. Makin bertambah stress kalau student major ekonomi tak dapat jawapan tepat dalam pengiraan GDP disebabkan kegagalan menghitung GDP deflator. Bagi seorang yang suka meletakkan high-expectation macam chek..that is my number one failure!







Dan minggu ke-3 tu jugak menghabiskan sisa-sisa petang hari yang tak ada kuliah dekat tasik aman a.k.a tasik biawak ni..mujor tak terserempak biawak. 
Konon-konon..ambik udara segar nak hilangkan stress la. Hmm...boleh laa..layan pi la sat..walaupun terkadang curious jugak hati ni bila tengok students lain macam happy je! Siap boleh beriadah dengan cycling keliling kampus macam takde stress je pun...

Oleh itu...penghujung sem ni bila dah dapat result final sem, semuanya akan diputuskan..sama ada meneruskan major ekonomi yang telah lama menjadi cita-cita dan tumbuh bersama minat......ataupun beralih ke bidang pilihan ke2. Give-up? Tak...tapi apalah maknanya, jika diteruskan boleh pulak mengakibatkan kemurungan berterusan? I want to do something that I enjoy doing. Bukan stress sampai memanjang monyok je muka tu...kannnn...




Beratur dan bersesak-sesak adalah normal sepanjang kursus intensif. Semester ni beratur teruk-teruk selama sejam sebab nak collect baucar buku BB1M. Yihawwwww...! Ahkak suke! Ni la gelagat student yang excited sebab tak dapat BR1M..dapat dua ratus lima puluh hengget dalam bentuk baucar buku pun dah syukur alhamdulillah..boleh la dipergunakan dengan sebaik mungkin.


To summarize, a lot of effort and improvement required sekiranya mahukan keputusan yang baik di penghujung semester ni. Pengalaman lain seperti fasiliti yang disediakan USM sepanjang intensif kali ni tak dinafikan..ada pembaharuan berbanding sesi lepas. Now, dah ada keta 'golf' to cater students dalam kampus...selain dari depends pada bas yang jugak dah transform wajah baru. Service bas tak boleh nak komen, sebab tak naik langsung bas. Al kesahnya nak feeling-feeling student..jalan kaki je dari desasiswa ke dewan kuliah dan sebaliknya juga.

Dannnnnn...paling ketara, bila balik ke rumah..nak pi keja...blaus, kemeja...pants semuaaaaaaaaaa dah ketat!!!

Okeylah...sendu sudah dengan baju yang ketat. Stop dulu...esok-esok sambung cerita lagi..in shaa allah.


Love,
Murni Alfathunnisa

XOXO :D
Publish!


5 comments:

  1. Assalamualaikum,
    Dah jalan kaki je dari desa siswa ke dewan kuliah...patutnya longgar la kan baju tu hu hu hu
    Selamat berjuang kawan...semoga yang diusahakan membantu hidup kita masa depan ya

    ReplyDelete
  2. Aku pun dah lama tinggalkan alam kampus. Dah tamat PJJ itu hari, rasanya nak sambung lagi. Just for fun bukan sebab nak naik tangga gaji pun.

    ReplyDelete
  3. Masa IM jadi pustakawan dulu, ada buat lawatan sambil belajar kat SM Gopeng. Library mereka di pasangkan musik instrumental dan lukisan dinding mereka berkonsepkan alam semulajadi.

    Damai saja...

    ReplyDelete
  4. cantik la gambo tasik biawak tu murni
    good luck for your study,
    do the best taww :)

    ReplyDelete
  5. Lama tak jenguk Murni.. apa habaq?..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails