About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Saturday, September 27, 2014

Kembara Cik Siti: Dari Masjid ke Masjid

Assalammualaikum.....yuuhuuuuuu!

It's good to be back. Dah dapat semula semangat berblog yang hilang itu. What you need to do is...mula membebel. Bila dah start membebel, memang susah nak stop!

Okey..nak sambung cerita ceriti kembara Cik Siti ke negeri Terengganu Darul Iman.

Our first trip last March, masa dihabiskan dengan melawat masjid. Dari satu masjid ke masjid yang lain...





Masjid Putih atau Masjid Abidin ni situated at the heart of Kuala Terengganu. Tak susah cari masjid ni. Dekat dengan Pasar Payang dan Stesen Bas Kuala Terengganu. Owh..I'm falling in love with the architecture of this mosque. Masjid yang dikenali jugak as 'Masjid Marhum' ni menerima sentuhan melayu-islamik yang sangat mendalam melalui ukiran awan tak larat dan kaligrafi terdapat pada panel pintu dan sisi bangunan. Lebih 200 tahun dah usia masjid ni...dibina pada waktu pemerintahan Al-Marhum Sultan Zainal Abidin II. Hmm..suka buat muka pening + blur kalau baca esei sejarah kannnn...ampa memang!






Malu nak ambil gambar banyak, ada sekumpulan mamat ensem juga sedang membuat lawatan. Harusss lah mak jemah meng'control' keayuan kan...





Masjid yang tak asing lagi di negeri Terengganu, the latest icon..of course la Masjid Kristal yang letaknya di Taman Tamadun Islam. Tak sah lawatan ke 'Bandaraya Warisan Pesisir Air' ni kalau tak berkunjung ke TTI dan Masjid Kristal.




One of the entrance, Masjid Kristal



The dome



The interior of the mosque
Meriah la punya dok ambik gambaq, pasai orang tak ramai masa kami mai visit sini. Mak jemah sukaaa...!


The minaret




Feeling-feeling Dubai sat.. ^_^





Lagi gambar, selagi tak penuh memory SD card tu ambik je..





Lama jugak kami kat TTI ni, seronok melayan replika monumen 'fofuler' dari seluruh dunia dan mengamati keindahan Masjid Kristal. Sesekali seronok melayan angin yang menepuk tampar pipi yang tak gebus itu.

Seusai asar baru la kami bergerak balik..eh..tak balik..merayap ke destinasi seterusnya.

Another mosque....





Masjid Jamek Pengadang Baru..kampung Dato' N. *tetiba teringat ^_^ Tertarik dengan senibinanya yang boleh dikatakan agak rare dengan warna sebegitu rupa. So, tiap-tiap kali lalu jalan Kuala Terengganu - Kuala Berang, mesti nak perati masjid ni lama-lama.

Yang tak ada gambar -- IQ Terengganu atau Institut Al-Quran Terengganu yang letaknya di Padang Midin. Apehal dengan IQT ? Takde apa, sajiaaa...macam teringin nak mengaji Al-Quran betoi-betoi..hasrat sejak setahun dua lepas. Mengaji tapi tajwid tak kena, hmm, malu pulak rasa.

Yang tak ada rezeki lagi nak pi -- Masjid Kampung Tuan, di Chukai, 'Kemamang'..huhu..Kemaman jauh sangat. Kalau tak, nak jugak 'melangkah sempadan' lagi. Tertengok di internet keindahan senibina masjid berkenaan yang dipengaruhi unsur senibina Patani dan Champa. Dibina tanpa menggunakan paku ya uols....haruuu teringin nak pi tengok yang susah-susah...hmm. Bersabarlah..

Sehari dua lagi kita cerita shopping dan makang-makang...mohon undur diri, kamar beradu dan katil empok memanggil-manggil. Sehari dua ni stress memanjang, tak ada masa memanjakan diri hatta di hari hujan lebat sekalipun, masih belum ada rezeki nak 'pamper' diri sendiri..kesian mak jemah. Mohon sesapa yang kesian sponsor 1 day spa package. Sekian, terima kaseyyy.


Love,
Murni Alfathunnisa



p/s: Yang namanya kehidupan itu, sekejap manis, sekejap pahit...


Mencari Diri...di TTI



10 comments:

  1. masjid terapung Tungku Zaharah p tak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak kamsiah,

      masjid tu kat teluk ibai kan...dimasukkan dalam senarai lawatan seterusnya. trip kali ni tak sempat nak pi..in shaa allah. masjid tu cantik..kalau tak silap pernah tengok kat blog kak kamsiah atau kak tihara..

      Delete
  2. IM memang terikat dengan masjid putih. 2 X pergi Trengganu memang harap dapat solat di situ.

    Masjid Kristal IM tak minat nak ziarah. Rasa macam ianya dibina bukan atas dasar ibadah tapi lebih kepada duniawi (pelancongan). ibu_suri saja yang solat di situ,

    Masjid Pengadang Baru IM tak pernah singgah. Memang klasik ya...

    Catatan Mak Jemah ( he... boleh ke panggil dengan nama tu? ) buat IM terfikir untuk buat entri tentang masjid-masjid yang IM singgah bersembahyang. sayangnya IM tak ada kamera. Kalau tak IM mesti ambil foto macam Pak malek Baretta.

    Sebenarnya I pernah tulis tentang masjid-masjid yang IM singgah solat semasa sakit ibu_suri tengah kemuncak dulu. Tapi ntah kenapa, penulisan sebegitu IM terlupa untuk teruskan..

    InsyaAllah, IM akan hidupkan semula tulisan tentang masjid dan letakkan label istimewa untuk entri ini di sisi blog IM supaya sesiapa mahu rujuk boleh klik link itu dengan mudah...

    TK Mak Jemah.... ( bila sebut nama macam tu macam baca novel-novel A Samad Said pulak.. )

    ReplyDelete
    Replies
    1. IM,
      sokong IM kalau IM nak teruskan penulisan sebegitu. maybe IM boleh cedok semula gambar2 yang dah IM ambil masa singgah ke masjid2 tu semua dan masukkan dalam entri.

      tak tau pulak ada nama karakter mak jemah dalam novel a samad said..hehe..nama mak jemah tu sekadar suka2..tak salah IM nak guna untuk usik2..hehehe...

      Delete
  3. Ada satu masjid kat marang tganu..
    Lawa jugak masjid tu rasa mcm pernah share kat ig hr tu
    Bestnya ganu kang siti.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak tihara,

      ada kat IG kak tiha..?okey..baiklah..nanti adikmu menjenguk ke sana ya...

      Delete
  4. Terengganu memang banyak masjid yg cantik
    Sambil singgah memfoto dpt rasa solat di dalamnya. Suka kan.
    Lagi satu di sana makanan enak-enak belaka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakzakie,
      betul tu kak.
      saya suka nasi kerabu..next entry saya cerita..

      Delete
  5. hello there...

    i love masjid... especially the kubah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hello cik rapunzel..
      long time no see. how r doing now..?
      me love masjid too..sangat2.. ;-)

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails