About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Sunday, September 21, 2014

Kembara Cik Siti: Ke Ganu Kite...

March, April, May, June, July, August....September! Hmmm...puas hati sungguh beristirehat dari berblog! Weekend trip di bulan mac..entry nya di bulan September, kemalasan kronik!

Sepanjang 6 bulan tu jugak lah dah 2 kali trip ke Terengganu. Recent trip was during Malaysia Day hari tu...16th Sept. 3 Days before we all dah bertolak ke Terengganu, me and my stubborn sister, Dik Na :p The first trip berdua dengan mak bonda last march. So, kira entry jamak la jugak ni. 

Sungai Terengganu. Mencari Rezeki

1st trip with mak bonda. Kami tiba sebelum subuh. Semangat betul nak "jalang-jalang Ganu"! Naik bas berjam-jam, lenguh sana sini. Tido tak nyenyak. *Hmm..dasar kuat merungut! Alhamdulillah..selamat tiba ke destinasi dan lebih menguntungkan bila disambut macam VIP, datang berjemput..balik pun ada yang menghantar sampai ke Terminal Bas Kuala Terengganu.

Driving? Bukit Mertajam-Kulim-Baling-Gerik-Jeli-Jerteh-Kuala Terengganu..? Alone? Hehehe...memang a big no-no-no la! No experience using this route, except sampai Gerik. Tanpa pengalaman, tiada jalan ya.



Tuan rumah seisi keluarga menyambut kedatangan kami dengan rasa besar hati. Nak besar hati macammana lagi....berkali-kali jemput. Pelawaan tak baik dibiar lama-lama..rezeki nasi lemak di pagi hari pun tak baik ditolak..puasa kottt dalam bas. Takut sakit perut punya pasal. Superb la..nasi lemak + telur rebus + sambal sotong fresh dari perairan Laut China Selatan. Lengkap dengan nasi goreng nya sekali.

Hidangan lunch lebih hebat! Selera utara di Pantai Timur. Kesian tuan rumah seisi keluarga, citarasa Pantai Timur tak dapat menawan hati. Antara nasi dagang, nasi kerabu...nasi kandaq jugak yang dikenang...hehehe.




Macammanapun, hidangan makan tengahari bukan lah nasi kandaq yang diidam-idamkan tuan rumah. Sekadar selera ala kampung. Ulam-ulaman fresh dipetik dari kebun kat compound rumah,makanan laut tak perlu beli, hasil tangkapan segar dari perairan Terengganu yang mewah. Dengan Gulai Tulang nya, dengan Sambal Belacan nya. Err...chek tak makan sambal. Bukan mengada. Tapi alergik. Hidangan macam ni kalau tak buat mata berat, memang tak sah.




Seusai breakfast, kami di sini, sekejap saja. Specific location? Tak habaq pun takpa..just some place in Pulau Kambing, fronting Terengganu River. Uols semua tak boleh masuk kalau habaq pun. Strictly for specific person only. Sesiapa yang tau..mohon duk diam-diam...sshhh. Ni rahsia kita saja ya. 

Damai. Tenang. Sesekali terdengar deruan enjin bot-bot kecil keluar mencari rezeki, mengharung ombak di depan sana yang tak tahu sehebat mana bakal membadai. Matahari pagi dengan Vitamin D memberikan kerjasama yang baik untuk foto-foto di atas. Terima kasih Ya Allah, untuk hari yang indah. :-)

Lewat petang adalah masa yang paling afdhol untuk bercanda di tepian pantai..kita bersama memadu asmaraaaa.... :p *asmara la sangat.



Alolo...meluat sangat aih..manja melampau. Meluat toksah tengok. Tak suruh tengok pun. Tu mak bonda kami, ikut suka kami la, kami nak manja ka, nak menggedik ka..bukan berdosa pun! Jeless...wekkk! :p

Retis memang macam ni lumrahnya, buat apa pun orang tak suka.

Terkeluar tajuk, seperti biasa.



Petang di Pantai Batu Buruk adalah best. Indah. Lebih best bila tak ramai manusia merayap di dada pantai nya. Ada orang tanya, "tak boring ka, duduk Penang dah keliling dengan pantai, pi berjalan tempat orang pun nak mengadap pantai?" Jawabnya, senang saja, orang yang tahu menghargai keindahan ciptaan Allah, takkan pernah merasa boring. Nikmat yang diberi tanpa kita sedar. Tinggal nak menghayati kebesaranNya saja. Susah ka nak buat..?? Tak susah pun...suka ada la...lalalala. Mungkin orang yang sentimental dan banyak berfikir saja yang boleh faham.






Breezy. Sayup mata memandang. Mungkin, merenung jauh di horizon tu simbolik macam kita merenung kehidupan kita di masa akan datang, tak tau apa hujungnya. Mati. Yes, that's for sure. Tapi perjalanan menempuh penghujung tu penuh dengan badai. Sekejap tenang, sekejap lemas dilambung ombak tinggi dan berkemungkinan karam. Tak siapa tahu perancangan Allah. 



Sudah..sudah! Sentimental memanjang.

Jom main layang-layang. Tengok foto layang-layang ni, teringat novel 'The Kite Runner', dah masuk bulan kedua pun masih belum habis baca. Entah apa yang disibukkan sangat pun tak tau la.

Malamnya, sesudah solat maghrib, kami ke Pulau Duyung dan Dataran Syahbandar. Melewati Bazaar Warisan dan Bukit Puteri. Gambar? Tak payah la...dunia gelap gulita, hanya lampu bak I-City saja. Malas nak tempek kat sini.

Next entry, cerita dari masjid ke masjid pulak naa. Mata dah mengantuk. Blur dengan assignment, tinggal assignment, buat entry. Mengantuk. Tido. Esok sambung blur dengan assignment balik..rutin!

Tata...titi..tutu!


Love,
Murni Alfathunnisa


20 comments:

  1. lama xsinggah sini.. bestnya jalan2. kutip pengalaman. cantikkan pantai sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. amanina,

      akak pun dah lama tak pi blog nina..sorry..bz bebenor dik oi..

      Delete
  2. pantai2 kat kedah/penang tak layak utk mandi manda....kotor...kecuali langkawi...tp pantai kat terenganu..sangat cantik,bersih,halus pasirnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak kamsiah,

      kat penang pun ada certain tempat sesuai untuk mandi manda.

      Delete
  3. terengganu mmg bestlah terutama pantai n seafood celup tepong....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak nza,

      ada kak...next entry saya cerita makang2 seafood celup tepung..

      Delete
  4. Cntik btl gmbr kt laot tu..esp 1st pic. Saya mmg suka mkn2 kt ganu. ..mmg 1st class..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. farikica,

      thanks..nanti kita cerita makan2 lagi..

      Delete
  5. amboiii diam2 berisi rupanya..sakan makan angin..zi makan angin dalam umah je huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. zie,
      takdaknya diam berisi zie oi..takat ganu je pong..hehehe.. zie kena tunggu baby besar sikit la baru boleh makan angin jauh2..

      Delete
  6. awat cheq tak letak gambaq aneka makanan laut yang celup tepung tu? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. eelobor,

      sabaq sat...hehehe...entry tu akan menyusul nanti.

      Delete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Kakak pasti sgt kalau ke pantai timur yg semua org tahu pantainya memang cantik, bersih dan menggoda. Begitu juga hidangan lazatnya tak boleh dikata. Tapi alahai tak sangka ada juga sambal belacan ulam pucuk gajus macam JB hihi... sedap terangkat tu dik:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakzakie,
      tuan rumah selera utara/selatan..itu yang ulam2an dan sambal belacan tak boleh missed tu..hehe

      Delete
  9. Kawe tak leh tgk makanan tu.....ada ikang....sangkut plak tulang kat tokak....ahakz. Gurau jer.....lapaq plak bila tgk.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. jebat,

      kesian kat hang..moga cepat sembuh dan cepat hilang fobia. rugi woo tak makang ikang...kekeke...

      Delete
  10. alahai... tengok gambar pantai batu buruk teringat 'girlfriend' lama. Ntah apa khabar dia sekarang...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails