About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Friday, September 12, 2014

Kembara Cik Siti: Ombak Rindu di Pangkor

Yuhuuuuuuu... I miss u bebeh! Rindu mau membebel. Hopefully, this time around dapat istiqomah meng'update' blog walaupun bukan everyday routine. Baaaaaaaanyak nak cerita. Tapi malas melampau-lampau.

Terbaru, cerita jalan-jalan mak jemah ke Pangkor. Suatu hari di bulan Ogos. Weekend trip je pon. Habuan melepaskan tekanan kerja. Hakikat berjanji, wajiblah ditepati. Sapa suruh pandai-pandai berjanji manis kan..tunaikanlah. Pangkor trip is the first trip with my 'anak-anak buah'..


Day 1

Bertolak seawal jam 8 pagi dari Penang, tapi disebabkan banyak pit-stop, maka pukul 1.30 baru la selamat jejakkan kaki di pulau jajahan Belanda ni. We all sampai di Terminal Jeti Lumut pun dah lunch time uols...menggelegak je perut ni mintak diisi. In the mean time, rasa nervous nak naik bot tak dapat ditepis, mabuk laut derr. Mujur la sekejap je. Tu pun puas jugak pretend tido..haha.


Check-in di sini.. Nipah Bay Villa. Lepas check-in bergegas keluar cari makan. 





Yang unik tentang Nipah Bay Villa..ada 'mini library' gitu! Probably owner nya suka baca buku, so they welcomed their guest to also reads! :-D Nasib baik datang beramai-ramai, so masa tied-up bersama. Kalau datang sorang, mau tak bergerak, dok melepak kat ruang depan tu dengan buku-buku.



a
Banyak jugak title yang best2.

Kami pilih chalet yang boleh muat 4 orang, quad room. Kadar penginapan sangat berpatutan. Puas hati dengan kondisi chalet. Lagipun nak overnight satu malam je pun..cukup selesa. Nice ambience.





Bersebelahan Nipah Bay Villa is Ombak Inn Chalet. Dari luar nampak menarik jugak.




Aktiviti petang..of course la di sekitar pantai! So, petang tu ber'boat-trip' lah kami berempat. Melawan ombak-ombak kerinduan Pangkor gitu! RM 10 per head untuk bot kecil ni cukup berbaloi. We all dibawa melihat Coral Beach, Monkey Beach, Batu Ikan Paus dannnnnnnnn Giam Island, tempat fofular untuk aktiviti snorkelling.




Laju siot bawak bot. Pic atas sebab berhenti kejap tengok Batu Ikan Paus, dapat la belanja gambar sekeping dua atas bot.





Rupa-rupanya kecik je Pulau Giam ni. Teringat dik Na..beria-ia dia dulu nak snorkelling kat sini. Belum sampai seru gamaknya..asyik melilau ke lain je.






Tiga dara pingitan, anak-anak buah beta! Orang nak ambil gambar ikan,depa pulak sibuk nak posing. FYI, semua masih single and available. Berkenan..? Mohon submit CV untuk tapisan peringkat pertama!

Dah pakai life jacket bagai, maka, tak nampak lah T-Shirt kami yang boria itu...susah-susah sepakat membawa berkat beli t-shirt tu tauuuu....akhirnya, terlindung di balik jaket!







Best..best..best! Tu je dapat cakap!




Kalau boleh dok melayan perasaan tang ni..bagi sehari suntuk pun takpa.






Sambil menunggu anak2 buah berposing sakan di celahan batu, mak jemah sibuk membelek sea shells sepanjang pantai. Jenuh jugak mencari yang unik dan sedap dipandang mata. Sesekali terimbas kenangan waktu kecil, dengan dik Na dan arwah abah saban hujung minggu kami habiskan masa di pantai. Kutip ni lah...cengkerang siput! Mak jemah la. Dia dengan arwah abah sibuk dengan siput 'remis'. Orang sentimental je minat cengkerang2 segala ni....






Ikan kat sini sure la gemok-gemok belaka...asyik dapat makan roti. Macam mat salih!




Selesai boat trip, kami balik semula ke pantai Teluk Nipah. Melayan perasaan merenung ombak yang akhirnya pecah berderai menjadi buih. Kerinduan pun lebur dan hilang begitu saja. :p puitis siot! hehehe. Harapan nak menatap keindahan matahari terbenam waktu senja tak seperti yang diharapkan. Sunset kat Cenang is the best ever! Maybe lain situasinya kalau kat Pantai Pasir Bogak.

Maghrib tiba...tunggu apa lagi..balik bilik daa!

Night life di Pangkor?? Hampir tak ada. Deretan kedai di sepanjang jalan Teluk Nipah yang menjual cenderamata dan T-Shirt tutupnya lebih kurang jam 10. Di waktu non-school-holiday, pelancong pun tak ramai..sunyi je. Kedai makan...? Banyak...tapi semua menu lebih kurang sama. Malam tu sekadar aktiviti jalan-jalan cuci mata dari satu kedai ke kedai yang lain.


Day 2

Breakfast kami sekadar di chalet. Alhamdulillah tempat kami menginap ada provide buffet breakfast. Just a simple buffet. Cukup untuk alas perut. Agenda perlu diteruskan! Makan cepat-cepat untuk ke destinasi seterusnya bersama van pink yang sangat diva ini!




Buat yang merancang datang ke Pangkor, tak payah susah hati nak mencari kereta sewa bagai. Pangkor ni cinonet je. 




Jalan pun sempit, berbukit dan berbelok sana-sini. Agak mencabar bagi pemandu luar yang tak biasa jalan di Pangkor. Elok la hire van pink ni. Kadar berpatutan..cakap je nak ke mana. Nak round satu Pangkor macam yang kitorang buat pun boleh.




Boat building industry..dekat Sg. Pinang Kecil.



Bergambar kenangan sekejap di Pantai Teluk Dalam. Pantai ni view dia cantik. Foto? Sila mentengok di Instagram mak jemah ya.. tayangan eksklusif kat sana saja.




Kilang hasil laut tempat pelancong bershopping. We all tak beli kat sini, tunggu balik Lumut baru nak memborong hasil laut. Malas nak berbodong-bodong dengan 'hasil tangkapan' masa naik feri balik ke Lumut nanti. Buat apa susahkan diri sendiri, ye dakkk..??




Cuci mata, cari idea apa nak beli bila balik Lumut nanti, lepas tu posing sekeping dua.. *berpuluh keping actually* sebelum meneruskan perjalanan ke tempat lain.

Next on list is Fu Lin Kong Temple. Tak plan pun nak datang sini, tapi uncle van pink yang baik hati bagitau, this is one of the places yang pelawat selalu datang. Apa ada kat sini..?




Temple laaa..! Ye, tapi ada attraction lain. Ada replica 'Great Wall of China' kat sini. Kena menapak panjat tangga kat belakang temple ni. Rendah je...tak gayat pun.



Sambil-sambil anak-anak buah yang bertiga tu sibuk bershopping cenderamata, mak jemah melilau alone la kat belakang temple tu...






Sekilas ikan di air sudah ku tahu jantan betina nya......*eceh! Beria-ia je...kadang-kadang tu jangankan jantina, ikan jenis apa pun tak kenai....cait!




Biarkan...biarkan.....



Punya khusyuk, sampai paparazi ambik gambar pun tak perasan...




Yes, Dutch Fort atau Kota Belanda is our next destination. Sejarah Kota Belanda ni den malas nak cerita sebenarnya. Pi baca tang lain la kalau nak tau sejarah nya ya. Mintak ampun sangat-sangat. Tengah rehatkan jari jemari sebenarnya *alasan retis!






As usual, biar gambar berbicara..



Oh ya..sedikit tips dari uncle driver van pink..roti canai dijual dekat warung berhadapan Kota Belanda ni adalah sedap. Sila lah mencuba kalau ke sini ya.




Pemandangan dari atas kubu belanda ni memang cantik! Menghadap pantai. Memang strategik untuk dijadikan benteng pertahanan. Rempah..rempah..kau punya pasal tanah melayu ni jadi rebutan..hmm. Okey, rehat jemari.





Mak jemah bersama adik ipar :p *sangat kannn




Mak jemah yang paling diva dengan duduk gaya gitu...hmmm..sehijau alam! Dah habis pun entry Pangkor..last destination adalah jeti..!hahaha...mau balik sudah. Nama pun weekend trip..sabtu ahad je la. Isnin balik keja. Tu pun ada hati jugak orang-orang tu kekonon nak start keja hari khamis..berangan sangat kannnnn. :p

Aktiviti memborong di Lumut dilakukan dengan jayanya. Masing-masing bershopping gaya nak penuhkan Alphard! Hahaha..bila lagi yer next trip dengan anak-anak buah ni....errr...


P/s: I'll be back for more entry..in shaa allah.


Love,
Murni Alfathunnisa

14 comments:

  1. Replies
    1. sinuha, best boleh tahan je la...janji boleh release stress sat..hehe

      Delete
  2. Salam Murni. Amboi, lama tak apdet, sekali apdet punya la panjang, jenoh bacaaa, kahkah! Miss you so much, dik.
    Kak pi Pangkor 14 tahun nan lalu, lama siot. Kedai sotong giant tu masih ada lagi rupanya na. Walaupun sunset kat pantai tu tak cun katanya tapi tetap sepesel jua.
    Tumpang enjoy tengok percutian ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam..kak dinas....i mish u bebeh! serius rindu kak dinas..hari tu jengok jugak blog kak dinas, tak hapdet jugak..kekeke. in shaa allah lepas ni aktif balik kak..
      uih...lama jugak kedai sotong tu noo..dok ingat dalam beberapa tahun kebelakangan ni ja dok ada. hmm. sunset cenang best lagi..

      Delete
  3. Awat tengok sini macam best ja pangkor...haritu tanya anak...katanya tak best...haishhhh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. makcikkantin, sini buat2 best kot..hehehe. takdak aktiviti apa sangat..melainkan utk org yg suka watersports dan snorkelling..night life memang takdak...makan mahal.

      Delete
  4. pangkor nie kalau pegi 1 malam jer ok lah....tapi kalau bermalam sampai 2 hari.... jenuh rasanya nak menghabiskan masa. apapun, tiap kali pegi pangkor memang best....

    ReplyDelete
    Replies
    1. eelobor..betul2..kalau lama2 memang boring. unless memang pegi dengan tujuan taknak buat apa2, nak cari ketenangan gitu.

      Delete
  5. dear, best x chalet tu. xda aral cuti sekolah nnti nak kesana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. anida,

      sorry lambat reply. pengalaman kami, Alhamdulillah...best.

      Delete
  6. salam..nak tau chalet ni dekat tepi pntai, or jauh dari pntai ye..boleh tak reply kat blog akak nnti..tq..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam,

      dekat dengan pantai..berjalan kaki dalam 2min sahaja..seberang jalan.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails