Sunday, October 19, 2014

Kembara Cik Siti: Terengganu State Museum, The Largest Museum Complex in Southeast Asia

Assalammualaikum...

Kembali bersiaran setelah hilang mood malas dan ada masa senggang setelah serabut dengan 'Quantitative Econs.' Yeay! At least untuk sementara waktu.

Nak sambung cerita ceriti Ganu...exploring the largest museum complex in Southeast Asia, Terengganu State Museum!



Simply love the architecture, sangat kemelayuan dan berciri tradisi yang sangat kuat.





Twice to Terengganu, twice jugak ke sini. Sebab -- sangat jatuh chenta dengan pegawai kurator muzium! Hahahaha..ok, tipu! Jangan lupa, mak jemah kan minah muzium! 
Barangsiapa tidak dapat bertahan kaki menjelajah muzium bersama mak jemah, nescaya orang itu tiada chemistry untuk bersama mak jemah. :p Saja nak highlight.



Kami di sini! Yippie!
Bergambar di hadapan pintu masuk utama. Satu kemestian. Mak jemah sponsor tiket masuk. Bukan mahal pun..apa nak kira sangat.



Sejuk mata memandang. 



Muzium yang terletak di Bukit Losong ni diilhamkan dari rekabentuk Rumah Tele atau Rumah Bujang Berserambi oleh Yang Mulia Raja Dato’ Kamarul Bahrin Shah. Ukiran pada dinding panel tu yang mahal nilai estetika nya....takjub okey! *sambil berangan-angan nak ada rumah kampung dinding ukir-ukir macam ni... ^_^




During our 'exploration', ada pameran dan Pertandingan Lukisan Citra Terengganu 2014. Bagi seorang yang berjiwa seni seperti mak jemah,satu demi satu lukisan dan puisi di'kelebek'nya. Jiwa saja seni. Tangan tak berseni pun. Masa kelas lukisan, memanjang mengelat! Kesian mak menakan dan adik sepupu bertabah melayan karenah ahkak..hahaha. Bila lagi nak membuli kannnn...



Dik Na dan aktiviti ber'selfie' berpisah tiada...sangat tak minah muzium! 

Below are among the exhibits and display that I manage to share with you all...lighting romantic tidak memberikan kerjasama yang baik...











Kompleks Muzium Terengganu consists of four main blocks. Sangatlah besar ya. Macam a big house, lepas tu ada anak beranak duduk keliling rumah utama gitu..setiap satu dihubungkan dengan jambatan. For me, menggambarkan pertalian sesebuah keluarga di desa yang rapat lagi bermuafakat.










Bertempat di Dewan Mandalika, Muzium Negeri Terengganu sedang berlangsung Pameran 1001 Senjata. So, memang kena sangat timing kami ke sini. Sempat lagi kalau sesiapa berminat menyaksikan transformasi pelbagai jenis senjata, tradisional hingga senjata moden dan terkini. The exhibition is now held until 31 December 2014.



Posing sikit sebagai bukti dah sampai...!





Tiba-tiba akak rasa macam nak lenyek 'orang' dengan kereta kebai...ggggrrrrr




During my first trip, mak bonda dah keletihan melayan karenah ahkak. Tapi dalam letih, dia memang suka jalan-jalan tempat macam ni. 

Overall, satisfied to be here. Dannnn..kalau ada events lagi sekiranya coincidence ada kat Ganu, memang nak pegi lagi. In shaa allah.

Mood suam-suam kuku nak update entry. Next week kalau cuak dengan assignment, boleh la sambung buat entry jalan-jalan cari makan pulak..lamaaaaaa tak cerita makan kann. *lama la sangat.

Till then....babai!

Love,
Murni Alfathunnisa


P/s: 
Saat kau merasa letih dengan kekasaran aku, cuba kau fikir bagaimana rasanya tatkala aku letih dengan keangkuhan dan keegoanmu? Saat kau merasa sedih, hampa dibenci.....cuba kau fikir bagaimana rasanya aku diabai, ditinggal tanpa pesan. Harapan apa lagi yang tinggal?


Monday, October 6, 2014

Kembara Cik Siti: Nasi Kerabu Ayam Panggang & Seafood Celup Tepung


Assalammualaikum..yuhhhuuuuuu

Kembali dari hibernate! Maafkan Cik Siti menyepi beberapa hari akibat dari keadaan kesihatan kurang memberangsangkan. Terkena diarrhea. A few days jugak hilang selera makan. Perut bangsawan memang macam ni...sensitif :p

Cerita ceriti Ganu pun kali ni pasal jalan-jalan cari makang! As usual, blog ni dan entri makan-makan adalah ibarat irama dan lagu, berpisah tiada.

Masa trip bulan march hari tu, aktiviti meronda jalan-jalan cari makang memang limited sangat. Sebab tuan rumah memang tak benarkan kami makan kat luar, beria-ia dia masak sarapan, lunch & dinner. Dek kerana kesungguhan itu, sangat-sangatlah kami hargai dan hormati. Lagipun rumah tu memang tengah 'seafood galore'. Pagi petang siang malam dengan ikan nya..dengan sotong nya. Rezeki uncle Jack Sparrow. Tak baik pulak membazir.

Trip kali ke-2 recently, baru la kami bersama-sama tuan rumah dapat meronda jalan-jalan cari makang. Breakfast kami pada hari kedua di Kuala Terengganu...of course la nasi kerabu.


Nasi Kerabu, Ayam Panggang, Daging Panggang, Solok Lada... Thumbs up!


Fauzi Nasi Kerabu Ayam Panggang, Jalan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu..berhampiran Flat Sri Kolam. Best nasi kerabu I've ever taste!

Dalam family, selera mak jemah ni ja 'pelik-pelik kebangun' sikit nak dibandingkan dengan mak bonda dan ahdenda-ahdenda. Depa semua pure pentegar masakan utaqa..mak jemah ni universal sikit. Suka sarapan lontong macam orang Johor, suka makan tengahari asam pedas macam orang Melaka, suka masak lemak cili padi macam orang 'nismilan', suka nasi kerabu macam orang Ganu...suka makan pasta macam 'Italiano'...hmmm, terlebey sudaaa...! malam baru boleh tune semula jadi orang Penang, suka makan nasi kandaq! hehehehe...





Sedap hingga tak tertoleh..


Ratu selfie ni kalau ada bersama, hmm, makan pun tak senang!




Kembong pipi mak jemah.. 

Nampak tak kesedapan nasi kerabu di situ....? sampai kembong pipi kannnnn...! Serius lah sedap nasi kerabu kat sini. Kedainya biasa saja, tak ada signboard pun, tapi betul-betul tepi jalan. Parking limited, just by the roadside. Customer ramai. Full house jugak pagi tu. Yang bestnya..tang ayam panggang tu. Harga? Tak tau..sebab uncle Jack Sparrow yang belanja breakfast super duper sedap pagi tu. Thank you uncle...mudah-mudahan morahhhh rezeki tuan tanah kedaung..hehehe.







Lepas breakfast dan mengumpul semua energy, kalori dan nutrien dalam badan, aktiviti memborong pun bermula. Kalau dengan mak bonda, aktiviti shopping agak terkawal. Tapi kalau dah berteman dengan sifu shopping..berteman 'masterji' dalam arena memukat di lautan bergelora, hmmm, memang boleh termenung panjang la lepas berbelanja tu. Pasar Payang of course la tempat wajib, mau jugak dua tiga trip Pasar Payang saja. Ratu shopping tu punya pasal la...

Paling best masa shopping kat Desa Murni, berlaku adegan menyayat hati...




Gambar ehsan Lebai Google

Mula-mula shopping kat Desa Murni kat Pengadang Baru..ok, fine la..memang syurga tudung. Segala mak nenek tudung ada...tudung saji pun ada nokss! Tak puas hati lagi, pi Desa Murni kat Batu Enam pulak. Boleh ratu shopping tu tanya mak jemah...,

"hang shopping berapa puluh hengget ni, satgi contra balik, aku bayaq dulu kat hang."

Mak jemah apa lagi dengan muka penoh hangat hati kata balik kat dia,

"agak-agak la wei...aku beli tudung inner silang 3 hengget ja kot..nak pi contra celah mana???"

Macam bengang je, macam marah je...hahaha.

Ratu shopping tu dengan muka blur ala-ala tak pueh ati..

"Oo...ni semua barang aku ek...?Banyaknya aku beli......:p " mung ni...memang nak kena! Masa hang borong ibarat tak jejak di bumi nyata tu hang tak ingat...time hang nak bayaq wujud pulak perkataan contra di situ......haisy, mengundang kemorkaan sungguh!

Ahkak mithali macam biasalah...budi bahasa disanjung tinggi, malas bertekak. Ku diamkan saja sampai buat entry ni..muahahahahaa!

Sebelum meneruskan agenda jalan-jalan cari makang, kami singgah ke muzium..next entry kita cerita-ceriti muzium...

Kali ni nak cerita tour highlights, yang trip pertama kali tak sempat pi... makang celup-celup tepung! Moh kite ke Mengabang Telipot. Ada apa dengan Mengabang Telipot..? Pi menjenguk Warung Pok Nong dan resipi rahsia beliau.





Kalau dah tahap gini sesaknya, mesti la ada something yang special dekat Warung Pok Nong ni kan...




Ambik dulu contact number tu...







Sekali letak...zasss! terus kena sambarrrrr...!! Berebut-rebut pakat dok 'sua' penyepit. 
Dan hasil setelah queue selama 1 jam 5 minit....nenjiaaaa....






Ikang celup tepung..

Sila kecur air liur ya...



Sotong celup tepung...




Udang celup tepung...

Semuanya dalam RM 40 macam tu saja including drinks untuk 4 orang. Kalau tak sebab mai jauh-jauh dari Penang, tak daya mak jemah nak queue satu jam, kalah nasi kandaq beratuq gaya ni..

Overall, sangat berpuas hati.

Shopping pun dah, makang-makang pun dah. Kami singgah Seberang Takir semasa perjalanan balik dengan objektif membeli keropok lekor. Kepok lekor pulakkk...hmm. Harus laaaa, Ganu dan kepok lekor berpisah tiada. Kali ni tak beli kat Losong macam first trip hari tu, sebab nak rasa yang Bukit Tok Beng punya.


Letih menaip..till the next entry! Babai..


Love,
Murni Alfathunnisa





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails