About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Monday, October 6, 2014

Kembara Cik Siti: Nasi Kerabu Ayam Panggang & Seafood Celup Tepung


Assalammualaikum..yuhhhuuuuuu

Kembali dari hibernate! Maafkan Cik Siti menyepi beberapa hari akibat dari keadaan kesihatan kurang memberangsangkan. Terkena diarrhea. A few days jugak hilang selera makan. Perut bangsawan memang macam ni...sensitif :p

Cerita ceriti Ganu pun kali ni pasal jalan-jalan cari makang! As usual, blog ni dan entri makan-makan adalah ibarat irama dan lagu, berpisah tiada.

Masa trip bulan march hari tu, aktiviti meronda jalan-jalan cari makang memang limited sangat. Sebab tuan rumah memang tak benarkan kami makan kat luar, beria-ia dia masak sarapan, lunch & dinner. Dek kerana kesungguhan itu, sangat-sangatlah kami hargai dan hormati. Lagipun rumah tu memang tengah 'seafood galore'. Pagi petang siang malam dengan ikan nya..dengan sotong nya. Rezeki uncle Jack Sparrow. Tak baik pulak membazir.

Trip kali ke-2 recently, baru la kami bersama-sama tuan rumah dapat meronda jalan-jalan cari makang. Breakfast kami pada hari kedua di Kuala Terengganu...of course la nasi kerabu.


Nasi Kerabu, Ayam Panggang, Daging Panggang, Solok Lada... Thumbs up!


Fauzi Nasi Kerabu Ayam Panggang, Jalan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu..berhampiran Flat Sri Kolam. Best nasi kerabu I've ever taste!

Dalam family, selera mak jemah ni ja 'pelik-pelik kebangun' sikit nak dibandingkan dengan mak bonda dan ahdenda-ahdenda. Depa semua pure pentegar masakan utaqa..mak jemah ni universal sikit. Suka sarapan lontong macam orang Johor, suka makan tengahari asam pedas macam orang Melaka, suka masak lemak cili padi macam orang 'nismilan', suka nasi kerabu macam orang Ganu...suka makan pasta macam 'Italiano'...hmmm, terlebey sudaaa...! malam baru boleh tune semula jadi orang Penang, suka makan nasi kandaq! hehehehe...





Sedap hingga tak tertoleh..


Ratu selfie ni kalau ada bersama, hmm, makan pun tak senang!




Kembong pipi mak jemah.. 

Nampak tak kesedapan nasi kerabu di situ....? sampai kembong pipi kannnnn...! Serius lah sedap nasi kerabu kat sini. Kedainya biasa saja, tak ada signboard pun, tapi betul-betul tepi jalan. Parking limited, just by the roadside. Customer ramai. Full house jugak pagi tu. Yang bestnya..tang ayam panggang tu. Harga? Tak tau..sebab uncle Jack Sparrow yang belanja breakfast super duper sedap pagi tu. Thank you uncle...mudah-mudahan morahhhh rezeki tuan tanah kedaung..hehehe.







Lepas breakfast dan mengumpul semua energy, kalori dan nutrien dalam badan, aktiviti memborong pun bermula. Kalau dengan mak bonda, aktiviti shopping agak terkawal. Tapi kalau dah berteman dengan sifu shopping..berteman 'masterji' dalam arena memukat di lautan bergelora, hmmm, memang boleh termenung panjang la lepas berbelanja tu. Pasar Payang of course la tempat wajib, mau jugak dua tiga trip Pasar Payang saja. Ratu shopping tu punya pasal la...

Paling best masa shopping kat Desa Murni, berlaku adegan menyayat hati...




Gambar ehsan Lebai Google

Mula-mula shopping kat Desa Murni kat Pengadang Baru..ok, fine la..memang syurga tudung. Segala mak nenek tudung ada...tudung saji pun ada nokss! Tak puas hati lagi, pi Desa Murni kat Batu Enam pulak. Boleh ratu shopping tu tanya mak jemah...,

"hang shopping berapa puluh hengget ni, satgi contra balik, aku bayaq dulu kat hang."

Mak jemah apa lagi dengan muka penoh hangat hati kata balik kat dia,

"agak-agak la wei...aku beli tudung inner silang 3 hengget ja kot..nak pi contra celah mana???"

Macam bengang je, macam marah je...hahaha.

Ratu shopping tu dengan muka blur ala-ala tak pueh ati..

"Oo...ni semua barang aku ek...?Banyaknya aku beli......:p " mung ni...memang nak kena! Masa hang borong ibarat tak jejak di bumi nyata tu hang tak ingat...time hang nak bayaq wujud pulak perkataan contra di situ......haisy, mengundang kemorkaan sungguh!

Ahkak mithali macam biasalah...budi bahasa disanjung tinggi, malas bertekak. Ku diamkan saja sampai buat entry ni..muahahahahaa!

Sebelum meneruskan agenda jalan-jalan cari makang, kami singgah ke muzium..next entry kita cerita-ceriti muzium...

Kali ni nak cerita tour highlights, yang trip pertama kali tak sempat pi... makang celup-celup tepung! Moh kite ke Mengabang Telipot. Ada apa dengan Mengabang Telipot..? Pi menjenguk Warung Pok Nong dan resipi rahsia beliau.





Kalau dah tahap gini sesaknya, mesti la ada something yang special dekat Warung Pok Nong ni kan...




Ambik dulu contact number tu...







Sekali letak...zasss! terus kena sambarrrrr...!! Berebut-rebut pakat dok 'sua' penyepit. 
Dan hasil setelah queue selama 1 jam 5 minit....nenjiaaaa....






Ikang celup tepung..

Sila kecur air liur ya...



Sotong celup tepung...




Udang celup tepung...

Semuanya dalam RM 40 macam tu saja including drinks untuk 4 orang. Kalau tak sebab mai jauh-jauh dari Penang, tak daya mak jemah nak queue satu jam, kalah nasi kandaq beratuq gaya ni..

Overall, sangat berpuas hati.

Shopping pun dah, makang-makang pun dah. Kami singgah Seberang Takir semasa perjalanan balik dengan objektif membeli keropok lekor. Kepok lekor pulakkk...hmm. Harus laaaa, Ganu dan kepok lekor berpisah tiada. Kali ni tak beli kat Losong macam first trip hari tu, sebab nak rasa yang Bukit Tok Beng punya.


Letih menaip..till the next entry! Babai..


Love,
Murni Alfathunnisa





15 comments:

  1. haduiiii.....nasi kerabu & menu celup tepung yang tak boleh nak tahan nie. huhuhu....beratur saje dah sejam? mesti top kedai poknong nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. eelobor,
      maybe ramai customer sebab cuti hari Malaysia. ramai ambik kesempatan jalan-jalan cari makang. dah biasa try belum..? kalau belum, sila masukkan dalam itinerary kalau ke Ganu yer.

      Delete
    2. Saya pernah makang sini ke tak ekk? Macam pernah,,, macam belum pernah,, ala lupalah,,

      Delete
    3. kakak chenta,

      kalau ingat2 lupa, hukumnya wajib pergi sekali lagi..hehehehe

      Delete
  2. aritu pi kt tak jumpa pulak desa murni. yang nampak ialah sasabun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. IM,

      Ooo..sabasun.Ust. Noorhisham tu suka sangat promote sabasun. biasa lalu, tapi tak pernah singgah. Desa Murni banyak dah branch sekarang ni.

      Delete
  3. Assalammualaikum...salam perkenalan dari ptg pauh...ni murni dari page penang halal food tu ke...hehe...kita follow ye...jemput2 le blog kami...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inni Osman,

      Waalaikummusalam...ye saya. member group PHF jugak ye..yang mana satu eh..? ramai dah member sekarang ni. anyway, salam kenal...nanti free kita singgah blog awak yer..kecik je dunia ni..

      Delete
  4. Kakak rasa nama Pak Nong ni satu M'sia dah kenal kan Murni.
    Femes macam KFC/McD jugalah kiranya.

    Selamat Hari Raya Aidiladha dari kakak
    (ingatkan tadi hidangan utk raya hihi...)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakzakie,

      entri qada' ni kakzakie..pegi nya dah sebulan, ni baru nak buat entry. hidangan raya macam biasa je..ketupat palas, wajib ada. pok nong glamer dah..tu pasal full house sokmo.

      Delete
  5. Baguslah awak,, bab makan semua boleh masuk ek,,, terbaik !

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakak chenta,

      saya suka mencuba...tapi kalau sekali cuba, tak kena dengan selera..tu la first & last. lagipun kita kan 1 Malaysia..hehehehe..asal halal apa salahnya.

      Delete
  6. huwaaaaaaaaaaa......terliur tgk nasi kerabudan seafood celup tepung........

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails