About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Sunday, October 19, 2014

Kembara Cik Siti: Terengganu State Museum, The Largest Museum Complex in Southeast Asia

Assalammualaikum...

Kembali bersiaran setelah hilang mood malas dan ada masa senggang setelah serabut dengan 'Quantitative Econs.' Yeay! At least untuk sementara waktu.

Nak sambung cerita ceriti Ganu...exploring the largest museum complex in Southeast Asia, Terengganu State Museum!



Simply love the architecture, sangat kemelayuan dan berciri tradisi yang sangat kuat.





Twice to Terengganu, twice jugak ke sini. Sebab -- sangat jatuh chenta dengan pegawai kurator muzium! Hahahaha..ok, tipu! Jangan lupa, mak jemah kan minah muzium! 
Barangsiapa tidak dapat bertahan kaki menjelajah muzium bersama mak jemah, nescaya orang itu tiada chemistry untuk bersama mak jemah. :p Saja nak highlight.



Kami di sini! Yippie!
Bergambar di hadapan pintu masuk utama. Satu kemestian. Mak jemah sponsor tiket masuk. Bukan mahal pun..apa nak kira sangat.



Sejuk mata memandang. 



Muzium yang terletak di Bukit Losong ni diilhamkan dari rekabentuk Rumah Tele atau Rumah Bujang Berserambi oleh Yang Mulia Raja Dato’ Kamarul Bahrin Shah. Ukiran pada dinding panel tu yang mahal nilai estetika nya....takjub okey! *sambil berangan-angan nak ada rumah kampung dinding ukir-ukir macam ni... ^_^




During our 'exploration', ada pameran dan Pertandingan Lukisan Citra Terengganu 2014. Bagi seorang yang berjiwa seni seperti mak jemah,satu demi satu lukisan dan puisi di'kelebek'nya. Jiwa saja seni. Tangan tak berseni pun. Masa kelas lukisan, memanjang mengelat! Kesian mak menakan dan adik sepupu bertabah melayan karenah ahkak..hahaha. Bila lagi nak membuli kannnn...



Dik Na dan aktiviti ber'selfie' berpisah tiada...sangat tak minah muzium! 

Below are among the exhibits and display that I manage to share with you all...lighting romantic tidak memberikan kerjasama yang baik...











Kompleks Muzium Terengganu consists of four main blocks. Sangatlah besar ya. Macam a big house, lepas tu ada anak beranak duduk keliling rumah utama gitu..setiap satu dihubungkan dengan jambatan. For me, menggambarkan pertalian sesebuah keluarga di desa yang rapat lagi bermuafakat.










Bertempat di Dewan Mandalika, Muzium Negeri Terengganu sedang berlangsung Pameran 1001 Senjata. So, memang kena sangat timing kami ke sini. Sempat lagi kalau sesiapa berminat menyaksikan transformasi pelbagai jenis senjata, tradisional hingga senjata moden dan terkini. The exhibition is now held until 31 December 2014.



Posing sikit sebagai bukti dah sampai...!





Tiba-tiba akak rasa macam nak lenyek 'orang' dengan kereta kebai...ggggrrrrr




During my first trip, mak bonda dah keletihan melayan karenah ahkak. Tapi dalam letih, dia memang suka jalan-jalan tempat macam ni. 

Overall, satisfied to be here. Dannnn..kalau ada events lagi sekiranya coincidence ada kat Ganu, memang nak pegi lagi. In shaa allah.

Mood suam-suam kuku nak update entry. Next week kalau cuak dengan assignment, boleh la sambung buat entry jalan-jalan cari makan pulak..lamaaaaaa tak cerita makan kann. *lama la sangat.

Till then....babai!

Love,
Murni Alfathunnisa


P/s: 
Saat kau merasa letih dengan kekasaran aku, cuba kau fikir bagaimana rasanya tatkala aku letih dengan keangkuhan dan keegoanmu? Saat kau merasa sedih, hampa dibenci.....cuba kau fikir bagaimana rasanya aku diabai, ditinggal tanpa pesan. Harapan apa lagi yang tinggal?


19 comments:

  1. masa akak pergi last january akak tak masuk dalam sebab letih sangat
    jalan-jalan kat pasar payang..just snap2 pic kat luar aje :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak tiha,

      kompleks muzium ni besar..memang letih nak jelajah semua..

      Delete
  2. hehehe....kesian kat mak bonda dah letih tu. sama lah dengan bonda saya, sekarang dah tak larat nak jalan-jalan. kalo datang rumah anak cucu di KL pun setakat duk rumah jer. Nak bawa kemana-mana kesian pula bila dah tak larat.

    cantik-cantik la semua gambar tu.... boleh jadi kenangan kemudian hari. boleh belek2 balik entri lama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. eelobor,

      tu la pasal..tak bawak, rasa kesian diorang teringin nak jalan-jalan. dah bawak pun kesian..letih.
      thanks...kadang-kadang belek entri lama tergelak sendiri pun ada.

      Delete
  3. jauh jalan ...gambaq2 makin cantek kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. shazruls,

      terima kasih...adeh...gambaq2 depa lagi cantik..

      Delete
  4. tak pernah sampai sini, kena terjah nanti

    ReplyDelete
  5. Bila kakak baca dari awal sampai akhir kakak rasa macam seronok pulak dan membayangkan kakak ada sama. Best betul. Ditambah pula gambar yg ditepek semuanya menarik mata memandang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju dengan kak zakie !! ^_^

      Delete
    2. kakzakie & umi nazrah,

      terima kasih kakzakie & umi nazrah, disebabkan gambar2 ni tak print masuk ke album..catatkan saja di blog untuk kenangan.

      Delete
  6. adeh....kesian tgk muka bonda...nmpk letih tpi akak tau dia seronok....
    Masa akak pergi mmg xboleh langsung bwk masuk kamera.....nk tngkap gmbar kt dlm tu pncuri2.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak nza,

      ye letih..tapi seronok..hehe.balik rumah tido pengsan. rugi tak boleh bawa masuk kamera kan..

      Delete
  7. bestnya sis.. tak pernah smpai lg terengganu.. suka tgk istana tu cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. amanina,

      kena pusing satu malaya dik...baru puas hati...semua tempat kita jelajah. bak kata pepatah, jauh pandangan, luas pengetahunan...cewahh...

      Delete
  8. laaaa... ingatkan ada gambar batu bersurat tu... muzium ni di dirikan disebabkan oleh batu bersurat tu lah... apa pun gambar memang cantik2

    ReplyDelete
    Replies
    1. najib ariyan,

      terima kasih. banyak gambar tak masuk kat blog ni kekdahnya....tak larat nak upload satu2...tuannya pulak bukan rajin sangat. ye..batu bersurat tu dan sejarah terengganu tak boleh dipisahkan.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails