About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, January 19, 2014

Babai Opis....

Pejam celik, pejam celik..I dah di tahun 2, bermakna separuh perjalanan mengejar scroll degree sudah pun bermula. Kecuaian di tahun ke 2 memang tak dapat dielakkan (alasan..), terjadi jugak. 4 bulan I mengabaikan study, sekadar bertungkus-lumus menyiapkan assignment, no additional effort to study at all. Seperti biasa, I blame my poor time management. 

Dalam masa yang sama..I have to admit, I did not achieve work performance seperti yang diangan-angankan di awal tahun 2013 yang lalu. Banyak masa I spend online. Biasanya bila perlu menyemak email dan buat beberapa research di internet berhubung kerja, masa tu la tujuan asal dah lari alignment..kihkih...sibuk jugak nak berfacebook. Memang lah waktu tu bebanan kerja tak banyak...

Now, di awal tahun 2014, bebanan kerja meningkat mendadak. Berkerja dalam construction and property sector, workload yang banyak ni hanya mengikut musim..biasanya menjelang launching, project nak start construction dan project nak apply CF yang memerlukan banyak masa dicurahkan ke atas paperwork dan follow-up dengan PBT dan konsultan.


My healthy snack! :p Dia ikut tuan dia ke kampus..sehari 7 bijik...rasanya lebih dari 7 bijik selamat dalam mulut..



Masa sibuk ni jugak la 'sektor pembelajaran' I memerlukan komitmen lebih tinggi dari masa lain. Esok..bermulalah 3 minggu komitmen sebagai pelajar di kampus secara 'sepenuh masa' berbanding masa-masa lain yang hanya secara maya. I dibebani rasa bersalah, kerja yang ditinggalkan tiada siapa yang menanggung...lebih tepat, yang ditinggalkan tidak cukup kemampuan menanggung beban tugas I di office. Lagi membuak rasa bersalah...I'm not a good leader. I failed to trained them. Bila di saat-saat I tidak mampu melaksanakan tugas, tiada yang lain yang boleh dipertanggungjawabkan. Lebih-lebih lagi tugas yang tinggal bukanlah tugas fizikal semata-mata...tapi yang memerlukan 'skill' tertentu. Termasuklah skill psiko business affiliates, consultants, customer..supaya depa ni tak take their own sweet times nak siap satu2 tugas. Hmmmm...I have no choice...




......Babai office...at the moment..I'm leaving you behind to chase my another priority. I'll be back on and off to visit you and what you leave in my tray during my absence. Please be nice..and behave yourself. Jangan bebankan anak-anah buah ku di sana yaaa...

Ada serupa psiko tak tinggal pesanan kat pejabat yang tak bernyawa ini...?? haha...

Mudah-mudahan I dapat fully-utilised 3 minggu mendatang ni dengan mengejar yang sudah tertinggal, mengutip yang sudah tercicir..dengan kekuatan dan penuh rasa ketenangan. Ya Allah, permudahkanlah. Amin.

USM..here I come.



Love,
Murni Alfathunnisa

XOXO :D
Publish!




Tuesday, January 14, 2014

Day Trip: Kota Ngah Ibrahim, Muzium Larut Matang


Salam Maulidur Rasul..


Alhamdulillah...masih diberi kesempatan bernafas, dianugerahkan tubuh badan yang sihat..ada sikittttt masa yang lapang untuk update blog.



Nak sambung cerita entri lepas..sepetang di Kuala Sepetang gitu..


Sebelum makan mee udang kat Mak Teh Mee Udang Banjir, kami singgah ke sini dulu, Muzium Matang atau Kompleks Sejarah Kota Ngah Ibrahim. Dah lama berhajat nak singgah sini. Nasib baik sempat sebelum muzium ni tutup pukul 5 petang tu.






Walaupun tak puas tak dapat nak explore lebih lama Kota Ngah Ibrahim ni dan kawasan sekitarnya (or more exactly tak boleh nak belek satu-satu display kat dalam muzium tu), tapi ok la dari tak singgah jenguk-jenguk langsung.








Masa kami sampai kakitangan muzium dah cepat-cepat suruh kami masuk dan explore bahagian dalam muzium ni, sebab dah dekat waktu nak tutup. Takut nanti tak sempat diorang nak tutup gate tu ada pelawat lain pulak yang masuk..

Pic atas dan bawah -- aras bawah muzium.







Those 'beskat' reminds me a lot...of "pakcik". "Pakcik" too old..nyanyuk dan sudah lupakan i..sob sob sob. Terkeluar topik sudah!

Back to the title...


Briefly, Kota Ngah Ibrahim ni dulu macam administration centre di daerah Larut yang jugak kediaman Ngah Ibrahim. Ngah Ibrahim ni sape..? Dia ni bukan pakngah chek ok...haha...dia ni anak Long Jaafar..dan Long Jaafar ni pulak bukan paklong chek..haha...ok..not funny! Long Jaafar adalah melayu pertama yang mempelopori industri perlombongan bijih di daerah Larut, Matang dan Selama, Perak.






Terkejut gak mak jemah masa sampai kat satu ruang muzium ni..macam pejabat tentera nippon...!







Sebelum dijadikan muzium, bangunan ini once occupied by British Resident in Perak. Kemudian dijadikan Maktab Perguruan atau Kolej Matang sebelum diambil alih "nippon" untuk dijadikan markas tentera sewaktu pendudukan Jepun di Malaya.






Tingkat atas...memang terasa sangat feel rumah melayu lama, which I truly appreciate! Best. And..I'm not the type of person yang alergik, fobia dan sebagainya dengan muzium.

Muzium tu ibarat telaga ilmu! Semakin kita timba, semakin banyak output yang kita dapat...wahhh..gitu...kerlas mak jemah!









Top photo demonstrates the office of British Resident upon their administration in this district of Larut Matang.








Yang ni pulak mahkamah olok-olok..lebih kurang gini la suasana perbicaraan 
dalam kamar mahkamah masa perbicaraan pembunuhan J.W.W Birch oleh Dato' Sagor dan Dato' Maharajalela. Wahhh..bermaharajalela mak jemah berleter...korang kalau baca sejarah, buat muka bosan belaka..ok lah..tak mau cerita dah.








I love this part...suka tengok seni ukiran kayu. Ni dekat aras 1, sebahagian ukiran yang ada pada pintu kamar beradu Ngah Ibrahim.






Ni pulak antara barang yang dipamerkan dalam kamar tidur Ngah Ibrahim.

Bila tengok jam tangan yang dah semakin menginjak ke pukul 5, kami pun tak nak berlengah-lengah lagi. Mak Teh dah panggil pi makan mee udang...hehehe....




Last sekali..tak nak membebel dah, kalau nak datang melawat Muzium Matang ni, refer je kat gambar atas tu. Closed on public holiday saja ya.



Love,
Murni Alfathunnisa


XOXO :D
Publish!




Friday, January 3, 2014

Day Trip: Mak Teh Mee Udang, Kuala Sepetang

1st entry 2014! I'm soooo missing this blog...rindu mau membebel. Update cerita dah basi je lah sebagai pembuka tirai 2014...

Kali ni pun, agenda ad-hoc. Tidak direncanakan. Sekadar mengikut kata hati bila teringatkan keluhan mak bonda yang teringin nak makan mee udang. Anakanda mengikut saja...

Pergi pun berdua..

3.00pm sabtu hari tu (sabtu entah bila tahun lepas..) baru nak gerak dari Bukit Mertajam. Seperti biasa di musim cuti persekolahan, trafik bergerak perlahan sebaik melepasi Plaza Tol Juru. Jugak sebab pembinaan exit to connect PLUS with Penang 2nd bridge yang masih berjalan...maka terkedek-kedek lah di lorong kanan. Apa pun..alhamdulillah..selamat sampai ke destinasi. 

Tak susah pun nak cari. At first lajak ke Mak Jah, kedai fofuler kannnn...dan crowd nya pun fofuler sangat. Tak koser nak biarkan mak bonda jalan jauh berbatu dek parking yang berjejai-jejai bak gerabak keretapi, so...u-turn je, makan kat Mak Teh.





Slurrrppp.....pedas tapi lazat! Tengok gambar cabai melaka ni baru teringat mak bonda janji nak buat jeruk, hmmm..ku tuntut janji mu bonda dengan bismillah.. :D








Now..masa untuk menatap gambar mee udang dan terliur. Seriously, 1st time rasa mee udang Mak Teh ni dan sangat tidak menghampakan. Cuma portion mee rasa macam tak cukup. Berkemungkinan perut ni cepat je ada ruang kosong disebabkan gegaran-gegaran kecil sepanjang jalan berturap yang tidak rata itu...






Untung bawak mak bonda tengah teringin..so meal hari tu telah dibelanja oleh mak bonda...ngee. Sebelum bergerak pulang, capture dulu banner ni. Ni habuan untuk aktiviti eko-pelancongan tempatan di masa hadapan. Bukan boleh harap sangat otak mereng I ni...semua benda nak buat...





Actually, sebelum makan mee udang Mak Teh, kami ke sini dulu........tunggu next entry!






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails