About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, February 23, 2014

Back to Work: Challenging Week Ahead



It's more than a week menjalani rutin kerja yang baru. Sangat melelahkan kerana telah lama dimanjakan. Kalau sebelum ini cuma 10KM pergi dan 10KM balik, sekarang pulak dah berganda..20KM pergi dan kadang-kadang 27KM balik sebab nak mengelakkan kesesakan dan terpaksa pulak hulurkan TnG.

Walaupun bukan kakitangan gomen yang terkenal dengan akujanji "Saya Yang Menurut Perintah", kakitangan firma swasta macam kitorang ni pun lagi2 lah tak terkecuali. Malahan dah clearly stated in our offer letter, management will revise, relocate staff anywhere and anytime and must be willing to travel. Sometimes, separuh hari di Juru, separuh hari lagi di Kulim. Peritnya menggalas dua tanggungjawab di dua tempat kerja di bawah satu pengurusan!

Dah a week plus jugak semenjak balik dari kampus, buku-buku pelajaran belum bersentuh! Ujian sangat.

Bukan mengeluh..cuma nak legakan sikit bebanan dalam benak fikiran ni. Tidak jugak untuk bermegah-megah dengan kerja, because I know...kat luar sana, ramai lagi kawan-kawan yang hebat jawatannya, berat lagi tanggungjawab dan lebat lagi $$$$ yang diterima. Tapi, people like me..single-working-lady, apa lagi nak cerita? Pasal somi? Pasal anak? Semua tu I takdak...hanya ada family..work..study. 





My only concern now is memikirkan method terbaik melatih 4 orang kakitangan baru yang have no related experience in property industry. Challenging! Semoga bangun pagi esok, I'll come up with some fresh ideas!

Enough said for tonight...

Daaa!

Love,
Murni Alfathunnisa


XOXO :D
Publish!

Wednesday, February 19, 2014

Student Life: Peritnya 2nd Semester..!



Dah seminggu balik dari berkampung di kampus. Penat pun tak hilang lagi...dah sambung menyambung pulak dengan sibuk kerja kat opis. 



Sorotan sepanjang kursus intensif kat kampus selama 3 minggu...






Beginilah suasana biasa malam-malam menjelang mid-term exam. Menelaah nota sambil dengar instrumental youtube. Menggunakan wifi yang berdesup lajunya dengan sebaik mungkin...hehehehe. Study tanpa instrumental..confirm terlelap berkali-kali. So, penggunaan youtube dapat meminimakan kadar 'lelapan'. Selain itu, terdapat beberapa kesan akibat dari proses menahan mata dari tertido dengan mengunyap jajan sepanjang malam, terdapat peningkatan mendadak terhadap berat badan..!






Hari pertama..pendaftaran desasiswa. Bosan menunggu...posing sekejap. Bukan selalu nak expose punnnn!



Masa masuk minggu ke-3, minggu terakhir...exam untuk paper2 major pun bermula. Stress sampai ke kemuncaknya. Seriously, tekanan macam ni tak sama macam masa 1st sem dulu. Maybe, semester ni cuai terlebih, kurang masa study. Kuliah pun ada yang tertinggal. Sudahnya subjek major dirasakan macam berat gilerrr...dan susah nak bawak. 


Tah berapa kali dok "teqeyak" sorang-sorang..macam fed-up pun ada. Kalau setakat membaca nota, mengingat dan memahami teori, mungkin keadaan tak sulit macam ni. Tapi, bila keluar soalan melibatkan segala rumus fungsi calculus..pembezaan, pengamiran..bla bla bla..dan bila alpahabet di darab dengan angka siap punca kuasa 5..mula la tuan punya badan rasa tak kuasaaaa sangat nak hadap berkali-kali dan tak faham. Makin bertambah stress kalau student major ekonomi tak dapat jawapan tepat dalam pengiraan GDP disebabkan kegagalan menghitung GDP deflator. Bagi seorang yang suka meletakkan high-expectation macam chek..that is my number one failure!







Dan minggu ke-3 tu jugak menghabiskan sisa-sisa petang hari yang tak ada kuliah dekat tasik aman a.k.a tasik biawak ni..mujor tak terserempak biawak. 
Konon-konon..ambik udara segar nak hilangkan stress la. Hmm...boleh laa..layan pi la sat..walaupun terkadang curious jugak hati ni bila tengok students lain macam happy je! Siap boleh beriadah dengan cycling keliling kampus macam takde stress je pun...

Oleh itu...penghujung sem ni bila dah dapat result final sem, semuanya akan diputuskan..sama ada meneruskan major ekonomi yang telah lama menjadi cita-cita dan tumbuh bersama minat......ataupun beralih ke bidang pilihan ke2. Give-up? Tak...tapi apalah maknanya, jika diteruskan boleh pulak mengakibatkan kemurungan berterusan? I want to do something that I enjoy doing. Bukan stress sampai memanjang monyok je muka tu...kannnn...




Beratur dan bersesak-sesak adalah normal sepanjang kursus intensif. Semester ni beratur teruk-teruk selama sejam sebab nak collect baucar buku BB1M. Yihawwwww...! Ahkak suke! Ni la gelagat student yang excited sebab tak dapat BR1M..dapat dua ratus lima puluh hengget dalam bentuk baucar buku pun dah syukur alhamdulillah..boleh la dipergunakan dengan sebaik mungkin.


To summarize, a lot of effort and improvement required sekiranya mahukan keputusan yang baik di penghujung semester ni. Pengalaman lain seperti fasiliti yang disediakan USM sepanjang intensif kali ni tak dinafikan..ada pembaharuan berbanding sesi lepas. Now, dah ada keta 'golf' to cater students dalam kampus...selain dari depends pada bas yang jugak dah transform wajah baru. Service bas tak boleh nak komen, sebab tak naik langsung bas. Al kesahnya nak feeling-feeling student..jalan kaki je dari desasiswa ke dewan kuliah dan sebaliknya juga.

Dannnnnn...paling ketara, bila balik ke rumah..nak pi keja...blaus, kemeja...pants semuaaaaaaaaaa dah ketat!!!

Okeylah...sendu sudah dengan baju yang ketat. Stop dulu...esok-esok sambung cerita lagi..in shaa allah.


Love,
Murni Alfathunnisa

XOXO :D
Publish!


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails